DISIPLIN adalah kunci kejayaan. Bak kata ahli falsafah Yunani, Plato – kejayaan pertama dan terbesar seorang individu adalah keupayaan untuk menakluki diri sendiri. Menurut sebuah kajian yang dimuatkan dalam Journal of Personality, individu yang berdisiplin selalunya lebih gembira. Tetapi mengapa? Penulis kajian tersebut, Profesor Kathleen Vohs berkata, mereka yang mempunyai disiplin dapat melakukan banyak perkara yang mendatangkan kegembiraan dan kepuasan diri. Dalam masa sama, mereka juga dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan sebarang konflik disebabkan kawalan kendiri yang baik. Semua orang ada cita-cita dan matlamat sendiri. Namun, untuk menjadikan matlamat tersebut satu realiti, kita perlu ada disiplin diri yang mantap.…
Zahra Mohamad Zhahir
PADA zaman dahulu, hidupnya seorang pembuat arca dan arkitek legenda bernama Daedalus. Hasil kerja Daedalus dikatakan sangat sempurna. Malah, ukirannya seakan-akan hidup sehingga pembelinya terpaksa mengikat arca tersebut pada tiang kerana takut ia melarikan diri. Bagaimanapun, Daedalus bukanlah seorang pembuat arca semata-mata, beliau adalah seorang pencipta yang mendahului zamannya. Boleh dikatakan, Daedalus adalah seorang genius. Disebabkan reputasi beliau, Daedalus telah diupah oleh Raja Minos dan isterinya untuk mengurung seekor raksasa yang telah lama mengganas di kepulauan Crete. Raksasa tersebut adalah seekor Minotour (manusia berkepala lembu) pemakan daging. Raja Minos percaya dengan kepandaian Daedalus, raksasa tersebut akan dapat dikurung selama-lamanya. Akur…
SEMUA orang ingin mendapatkan duit lebih. Bagaimanapun, dengan kekangan-kekangan sedia ada seperti kerja hakiki dan tanggungjawab terhadap ahli keluarga, ramai yang menangguhkan niat mereka. Lagipun, bukan mudah untuk membahagikan masa melakukan pelbagai kerja dalam satu-satu masa. Walaupun dapat menjadi sumber pendapatan tambahan, kerja sambilan turut menuntut komitmen terutamanya dari segi masa. Namun, dunia sekarang semakin mencabar. Tidak dinafikan, sebarang pendapatan tambahan sedikit sebanyak mungkin dapat menampung kos kehidupan. Wang tersebut boleh digunakan untuk pelbagai hal, contohnya untuk membayar hutang atau sebagai tabungan masa hadapan. Mempunyai pelbagai sumber pendapatan merupakan langkah terbaik untuk mempersiap diri jika berlaku sebarang musibah pada kemudian…
ALKANA, alkena dan alkuna merupakan tiga jenis hidrokarbon yang mempunyai peranan penting dalam kehidupan seharian. Ketiga-tiga jenis sebatian organik tersebut merupakan sejenis hidrokarbon alifatik yang terdiri daripada rantaian atom karbon dan hidrogen. Perbezaannya adalah pada jumlah ikatan kovalen antara dua karbon – alkana mempunyai satu ikatan, alkena mempunyai dua ikatan dan alkana pula tiga. Perbezaan inilah yang menyebabkan alkana, alkena dan alkuna mempunyai sifat fizikal dan kimia yang berbeza. Ia juga membuatkan ketiga-tiga hidrokarbon tersebut mempunyai fungsi yang pelbagai. Salah satu contoh alkana yang kita gunakan dalam kehidupan seharian adalah propana. Gabungan propana dan butana digunakan bagi menghasilkan gas petroleum…
Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 menunjukkan peningkatan kepada 2.84 berbanding 2.82 pada 2022. Menurut Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman, PNGK tersebut juga adalah yang tertinggi sejak peperiksaan tersebut dilaksanakan. “Seramai 1,116 atau 2.70 peratus calon mendapat PNGK 4.00. Jumlah calon yang mendapat PNGK 4.00 menurun sebanyak 68 calon berbanding 1,184 calon pada tahun 2022. “Dalam pada itu, seramai 803 atau 71.95 peratus calon yang mendapat PNGK 4.00 adalah dari kategori B40,” jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Cara semak keputusan STPM 23 Julai ini ARTIKEL BERKAITAN: UPU: Lebih 70,000 calon STPM/Setaraf berjaya…
TAHUKAH anda, span yang digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk di rumah sebenarnya lebih kotor daripada mangkuk tandas? Menurut sebuah kajian yang dimuatkan dalam jurnal Scientific Reports, span yang biasa kita gunakan setiap hari merupakan perumah kepada lebih 362 spesies bakteria yang berbeza, dengan purata sebanyak 45 bilion bakteria setiap sentimeter persegi. Penulis kajian tersebut, Markus Egert berkata, hanya satu tempat di dunia yang mempunyai jumlah bakteria yang hampir sama, iaitu di dalam usus manusia. Kajian sama turut membuktikan bahawa span di singki dapur kita sebenarnya lebih kotor daripada tempat duduk tandas yang hanya mempunyai kira-kira lapan jenis bakteria berbeza setiap…
SEMUA orang ingin menjadi produktif di tempat kerja. Kebolehan untuk kekal produktif membuktikan anda merupakan seorang pekerja yang cemerlang, boleh menyiapkan tugasan dengan pantas dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyiapkan satu-satu kerja bertepatan dengan petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing. Bukan itu sahaja, individu yang lebih produktif juga sering mendapat kepuasan dalam pekerjaan sekiranya kerja keras mereka membuahkan hasil. Malah, majikan juga lebih berkemungkinan menaikkan gaji atau memberi imbuhan tertentu kepada pekerja yang rajin. Dari segi kesihatan mental pula, mereka kurang tertekan kerana dapat mengagihkan masa dengan efisien bagi mencapai keseimbangan hidup-kerja. Bagaimanapun, bukan mudah untuk kekal produktif. Tidak dinafikan,…
MENGULANG kaji pelajaran pada saat akhir merupakan perkara biasa bagi pelajar. Saya pasti, semua orang pernah mengorbankan tidur malam untuk mengingat dan menghafal poin-poin penting dengan harapan ia akan masuk dalam peperiksaan pada keesokan hari. Bagaimanapun, sukar untuk kekal fokus sekiranya badan sudah penat. Ditambah pula dengan kehadiran telefon pintar, segala notifikasi yang masuk melalui aplikasi seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp sudah pasti akan menganggu produktiviti. Menurut kajian oleh Chartered Institute of Education Assessors (CIEA) terhadap 1,500 pelajar dari Universiti Indiana, hampir 48 peratus pelajar bawah 24 tahun mengakui terpaksa mengorbankan tidur malam semata-mata untuk mengulang kaji pelajaran pada saat…
PERNAHKAH anda terjumpa kotak ‘saya bukan robot’ (I am not a robot) ketika melayari internet? Selalunya, kotak ini akan muncul ketika anda ingin log masuk laman tertentu yang berkemungkinan besar turut menyimpan maklumat peribadi. Ujian yang nampak mudah ini adalah sejenis CAPTCHA (Completely Automated Public Turing test to tell Computers and Humans Apart) yang dipasang pada laman sesawang sebagai satu lapisan keselamatan tambahan bagi membezakan tindak tanduk manusia dengan robot. Dalam dunia teknologi serba canggih ini, ada kemungkinan bahawa anda, atau pembaca lain sebenarnya adalah bot-bot jahat yang boleh ditemui dengan meluas di serata internet. Bot-bot ini digunakan untuk pelbagai…
AIDIEL merupakan seorang pelajar di sebuah universiti tempatan. Dia ada banyak kawan. Rupa parasnya juga boleh tahan. Setiap semester, Aidiel berjaya mengekalkan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.8 ke atas. Pada waktu petang, dia suka bersukan. Malah, dia pernah mewakili universiti sebagai pemain apit kiri pasukan sepak takraw. Pendek kata, Aidiel cuba untuk melibatkan diri dalam semua perkara. Katanya, dia ingin menjadi pelajar yang pandai serba-serbi. Namun, pada waktu malam, Aidiel sukar untuk melelapkan mata. Dalam kotak fikirannya, ada satu ‘suara kecil’ yang menghantui. Pukul 1 pagi, Aidiel masih fikir mengenai tugasannya yang masih belum siap. Gel rambutnya sudah habis…