SEBELUM ini, Relevan telah kongsikan artikel cara menulis dan contoh terbaik resume serta cover letter buat rujukan pemburu kerja. Kebiasaannya, selepas resume dan cover letter atau surat pengiring diterima, anda akan dipanggil ke temu duga kerja. Ketika proses temu duga pula, majikan akan bertanyakan beberapa soalan bagi menilai kelayakan anda untuk bekerja dengan mereka. Menurut beberapa jurulatih kerjaya, deskripsi kerja yang ditawarkan adalah soalan bocor temu duga. Namun, dalam banyak-banyak soalan, ada kemungkinan majikan akan bertanya soalan apakah kelemahan anda? Agak sukar bukan untuk menjawab soalan negatif ini tanpa memberi jawapan yang negatif? ARTIKEL BERKAITAN: Cara menulis dan contoh resume…
Umi Fatehah
PERNAHKAH secara tiba-tiba anda terlihat bentuk yang kelihatan seperti titik hitam atau kelabu, sarang labah-labah, garisan berlekuk atau benang? Bentuk itu pula hilang apabila anda menggerakkan bola mata atau cuba untuk fokus melihatnya. Adakalanya, ia akan kelihatan lebih menyerlah apabila anda melihat arah yang cerah. Menurut Mayo Clinic, keadaan ini dinamakan sebagai eye floaters atau apungan mata. Ia biasanya tidak menjejaskan penglihatan anda. Namun jika tampil dengan saiz yang lebih besar, ia mungkin akan memalapkan penglihatan dalam pencahayaan yang berbeza. Apungan mata akan lebih kerap terjadi apabila kita meningkat usia. Dari masa ke masa, otak anda menyesuaikan diri dan tidak…
MENJELANG Ramadan yang bakal tiba sekitar penghujung bulan Mac, pasti ramai di antara kita yang sudah tidak sabar untuk berpuasa pada tahun ini. Seperti yang kita tahu, menunaikan ibadah puasa merupakan Rukun Islam yang ketiga. Justeru itu, sebagai seorang yang dilahirkan sebagai muslim, hendaklah kita berpuasa sepanjang bulan Ramadan melainkan ada masalah kesihatan atau asbab yang dibenarkan. Menurut Mufti Wilayah, berikut merupakan golongan yang dibenarkan tidak berpuasa pada bulan Ramadan. Wanita yang datang haid atau nifas Wanita hamil atau menyusukan bayi Orang yang sakit sama ada mempunyai harapan untuk sembuh atau tidak Orang yang menjalani prosedur pembedahan Musafir Merujuk kepada…
KES jangkitan harian Covid-19 dilaporkan sebanyak 223 kes semalam berbanding 251 kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,045,192 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 181 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,997,801 kes. Semalam juga dilaporkan sifar kes kematian dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam sebanyak 36,967 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,877 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,380 kes dengan 9,077 kes atau 96.8 peratus…
SEMALAM mencatatkan sebanyak 251 kes jangkitan harian Covid-19 berbanding 279 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,044,969 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 197 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,998,652 kes. Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, begitu juga tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,967 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,877 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,350 kes dengan 9,012 kes atau…
ANGKA jangkitan baharu Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 279 kes berbanding 235 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,044,718 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 236 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,998,455 kes. Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dan begitu juga kematian sebelum tiba di hospital (BID). Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,967 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,877 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,296 kes dengan 8,964…
KITA sering mengingati zaman kanak-kanak sebagai tempoh emas. Kita bebas daripada apa sahaja kebimbangan kerana pada tempoh ini, belum sampai waktunya untuk menggalas beban dan tanggungjawab dewasa. Walau bagaimanapun, generasi hari ini sedikit berbeza dengan generasi kanak-kanak zaman dahulu. Di seluruh dunia, ramai remaja menghadapi masalah kesihatan mental. Menurut Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), kira-kira 86 juta remaja berumur lingkungan 15 hingga 19 tahun mempunyai masalah kesihatan mental yang didiagnosis dan 50 peratus daripada mereka mula mengalaminya seawal usia 14 tahun. Manakala 75 peratus bermula sebelum mereka mencapai usia pertengahan 20-an. Apa yang membimbangkan ialah masalah kesihatan mental ini…
JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 235 kes semalam berbanding 226 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,044,439 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 216 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,998,219 kes. Satu kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dan ia merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,967 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,877 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,253 kes dengan 8,916 kes…
HARI ini 8 Mac 2023 merupakan Hari Wanita Sedunia yang disambut di seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sambutan Hari Wanita Sedunia adalah hari yang mana semua wanita diiktiraf atas pencapaian mereka tanpa mengira bangsa, etnik, linguistik, budaya, ekonomi atau politik. Sejak peringkat awal lagi, Hari Wanita Sedunia telah memberi dimensi global baharu bagi wanita di negara-negara maju dan membangun. Justeru itu, Relevan himpunkan lima wanita yang berpengaruh dalam Malaysia bagi meraikan kejayaan dan sumbangan mereka sebagai wanita. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Azizah merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang terkini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dilahirkan…
SEBANYAK 226 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 188 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,044,204 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 202 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,998,003 kes. Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, begitu juga tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID). Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,966 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,876 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,235 kes dengan 8,913 kes…