MUSIM panas yang melanda seluruh Malaysia dijangka akan berlarutan sehingga Ogos ini. Ekoran cuaca panas itu, beberapa kes maut akibat strok haba telah direkodkan. Sebagai langkah berjaga-jaga, mari kita kenali apa itu perbezaan ciri dan simptom antara strok haba atau keletihan haba agar langkah yang proaktif dapat diambil bagi mencegah masalah kesihatan atau lebih teruk, maut. Keletihan haba berlaku apabila badan kehilangan kandungan air dan garam, biasanya akibat berpeluh. Sebaliknya, strok haba adalah keadaan serius yang berlaku apabila badan tidak dapat mengawal suhu dalamannya. Strok haba Bagi strok haba, simptom pertama yang mungkin pesakit akan alami ialah peningkatan suhu badan…
Umi Fatehah
MCDONALD’S Malaysia hari ini mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s 2023. AGI McDonald’s ini merupakan inisiatif dan komitmen McDonald’s Malaysia dalam mengiktiraf dan menyanjung warga pendidik yang telah banyak menyumbang dan menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi madani. Hasil daripada kolaborasi kukuh bersama Kementerian Pendidikan, AGI McDonald’s 2023 telah berjaya membongkar kisah guru luar biasa di seluruh Malaysia. Hal ini terbukti apabila lebih daripada 16,000 pencalonan telah diterima iaitu melebihi tiga kali ganda daripada jumlah pencalonan tahun lepas. “McDonald’s amat menghargai kerjasama strategik dan erat yang telah diberikan oleh pihak KPM. Kejayaan kerjasama ini telah meningkatkan jumlah pencalonan yang…
SEJAK akhir-akhir ini, seluruh Malaysia mengalami cuaca yang sangat panas. Menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, seluruh negara dijangka akan mengalami cuaca panas dan kering sehingga Ogos. Keadaan cuaca sebegini akan membuatkan badan menjadi cepat lesu dan sering berasa keletihan. Selain itu, gaya hidup, rutin senaman dan diet juga boleh menjejaskan tindak balas badan kita terhadap cuaca. Memandangkan kita akan kekal kepanasan sehingga Ogos, Relevan senaraikan 10 jenis makanan yang boleh membantu menyejukkan badan di samping nilai khasiat yang luar biasa dan sangat baik untuk badan kita. Pisang Pisang membantu mengecutkan tisu dalam badan yang meningkatkan keupayaannya…
PERNAHKAH anda berbual dengan rakan tentang mahu membeli kasut, beg tangan atau minyak wangi tertentu dan tiba-tiba, iklan yang keluar di skrin ketika melayari sosial media memaparkan item yang ingin dibeli? Jika ya, mungkin timbul beberapa persoalan sama ada telefon pintar anda sedang mendengar dan mengintip segala perbualan seharian. Mungkin juga anda cuba bersangka baik, mungkin ia hanya kebetulan? Bolehkah telefon mendengar? Sebenarnya, ia bukan kebetulan tetapi ia juga tidak bermakna telefon anda mengintip segala perbualan. Kemungkinan besar, anda sudah memberikan semua maklumat yang dibenarkan bagi membolehkan iklan yang ditayangkan sesuai dengan apa yang anda bualkan. Kebanyakan daripada kita kerap…
YOUTUBE telah melakukan eksperimen dengan memaparkan notifikasi pop-up kepada beberapa pengguna yang memberi amaran tidak dibenarkan menggunakan penyekat iklan (ad-blocker) ketika menggunakan laman web perkongsian video tersebut. Notifikasi seperti yang boleh dilihat di bawah, muncul jika Google mengesyaki anda menggunakan sejenis penyekat kandungan yang menghalang video di YouTube memaparkan iklan. Menurut YouTube, ini adalah percubaan dan hanya sebilangan kecil pengguna akan melihat notifikasi tersebut semasa melayari YouTube.com. Notis itu memberitahu pengguna, “nampaknya anda mungkin menggunakan penyekat iklan,” dan mengingatkan mereka bahawa “iklan membolehkan YouTube kekal percuma untuk berbilion pengguna di seluruh dunia.” Ia juga menggesa anda untuk “layari tanpa iklan…
MASALAH hipertensi atau tekanan darah tinggi sering digelar sebagai pembunuh senyap (silent killer) kerana sesiapa sahaja yang menghidapi masalah ini, mereka tidak menunjukkan simptom yang ketara. Kadar hipertensi di Malaysia pula sangat tinggi di mana tiga daripada 10 dewasa menghidapi masalah kronik ini. Disebabkan hipertensi tidak menunjukkan simptom yang ketara, hampir separuh daripada pesakit tidak mengambil apa-apa tindakan. “Sikap tidak mengendahkannya boleh membawa kepada komplikasi serius seperti strok dan kegagalan organ dalam badan. “Sebaik sahaja munculnya tanda-tanda amaran seperti penglihatan yang kabur, pening-pening, sakit dada dan kesukaran untuk bernafas, ini bermakna komplikasi sudah pun berlaku,” jelas Pakar Perubatan Keluarga di…
KETUA Eksekutif Twitter Inc Elon Musk pada hari Selasa mendedahkan butiran tentang ciri baharu platform media sosial itu termasuk menambah panggilan dan pemesejan yang disulitkan (encrypted message). Tahun lepas, Musk membentangkan rancangan beliau untuk “Twitter 2.0 The Everything App”, yang katanya akan mempunyai ciri seperti mesej langsung (direct message), ciapan yang lebih panjang dan pembayaran. “Akan datang tidak lama lagi ialah panggilan suara dan video daripada peranti anda kepada sesiapa sahaja di platform ini. Jadi, anda boleh berinteraksi dengan orang di mana-mana sahaja pelusuk dunia tanpa perlu memberi nombor telefon,” kata Musk dalam ciapannya. Ciri panggilan di Twitter akan membawa…
SUDAH berulang kali pakar kewangan menekankan kepentingan ilmu kewangan untuk menjadi individu yang celik ilmu kewangan agar tidak membuat kesilapan dalam membuat keputusan berkaitan dengannya. Sebagai orang dewasa, kita sudah tahu di mana dan apa yang perlu dibuat untuk menimba ilmu kewangan. Menuntut ilmu boleh dilakukan dalam pelbagai cara sama ada membaca buku kewangan, menonton video nasihat kewangan atau menghadiri kelas-kelas ilmu kewangan. Tetapi, sebenarnya ilmu kewangan ini juga penting untuk diajarkan kepada anak-anak. Mengajar ilmu kewangan seawal usia kanak-kanak akan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan wang sejak kecil. Buat ibu bapa yang mahu mula…
ADAKAH anda pernah terfikir untuk berhenti kerja yang anda suka? Jangan risau, ramai lagi yang mempunyai perasaan yang sama. Menurut Biro Statistik Buruh di Amerika Syarikat, kebiasaannya pekerja akan bekerja di tempat kerja yang sama selama kira-kira empat tahun sebelum membuat keputusan untuk menukar syarikat. Kebanyakan individu yang berasa berat untuk meninggalkan pekerjaan yang mereka sukakan disebabkan beberapa kebimbangan. Mereka mahu kekal berkhidmat di syarikat yang sama tetapi mungkin sudah sampai tempoh untuk menukar syarikat demi perkembangan kerjaya. Mungkin anda merasakan sudah bosan dengan rutin yang sama bertahun-tahun, perjalanan ulang-alik ke tempat kerja yang terlalu panjang atau mungkin juga inginkan…
NANAS mengandungi banyak nutrien dan khasiatnya. Buah ini kaya dengan kandungan Vitamin C, mangan (sejenis mineral) dan enzim untuk membantu pencernaan. Pengambilan nanas juga boleh meningkatkan imuniti dan mengurangkan risiko kanser. Namun begitu, selepas memakan nanas, pernahkah anda mengalami sensasi aneh di belakang tekak atau rasa gatal-gatal pada lidah? Perkara ini berlaku disebabkan oleh kompleks enzim yang dipanggil bromelain. Bromelain ialah protease iaitu sejenis enzim yang menguraikan protein menjadi blok binaannya yang dikenali sebagai asid amino. Salah satu fungsi lain yang menjadi keunikan nanas juga ialah ia boleh digunakan untuk melembutkan daging. Perasaan kurang selesa di bahagian tekak dan kegatalan…