Umi Fatehah

HARI pendaftaran universiti bukan sekadar membawa beg pakaian. Bagi kebanyakan pelajar, ia langkah pertama ke dunia yang baharu dalam semua aspek. Semuanya seperti baru. Orang sekeliling, persekitaran, kampus, dewan dan bilik kuliah, cara pembelajaran, kehidupan di asrama dan sehingga makan minum. Seseorang memulakan kehidupan baru dengan tanggungjawab yang digalas untuk meraih sekeping penghargaan yang akan menjadi tiket kepada kerjaya pada masa depan. Apa yang paling nyata, ia masa seseorang akan berdikari, mengurus masa, emosi dan kehidupan bersendirian. Jadi, apa yang perlu dilakukan sebelum melangkah masuk ke alam kampus terutama dengan semua tawaran universiti kerajaan telah diumumkan? 1. Urus dokumen penting…

Read More

KEPUTUSAN permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program Sarjana Muda sesi akademik 2025/2026 untuk lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf akan diumumkan pada hari ini, 5 September. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan, semakan keputusan boleh dibuat bermula 5 September, 12 tengahari hingga 14 September ini menerusi laman sesawang rasmi UPUOnline atau aplikasi mudah alih UPUPocket. Calon yang menerima tawaran perlu membuat pengesahan setuju terima atau menolak tawaran di laman web universiti masing-masing bermula 6 hingga 14 September. “Surat tawaran rasmi hanya akan dikeluarkan oleh universiti selepas calon membuat pengesahan setuju terima dalam…

Read More

PROGRAM Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKasih yang bermula 31 Ogos lalu telah mendapat sambutan menggalakkan walaupun sebelum ini timbul kritikan mengenai jumlah dan mereka yang mendapat bantuan itu. Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion kepada 20 juta penerima yang membolehkan setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas membeli 14 kategori produk. Persoalannya, barang apa yang patut didahulukan dalam menggunakan peruntukan My Kasih? Keperluan asas harian: Beras, minyak dan telur Antara barangan pertama yang perlu dimasukkan ke dalam troli ialah makanan asas dalam kebanyakan menu harian rakyat Malaysia. Beras – Satu beg 10 kilogram beras boleh bertahan sehingga sebulan…

Read More

RAMAI wanita beranggapan bahawa disebabkan bertudung, penjagaan rambut tidak sepenting penjagaan wajah.  Hakikatnya, tudung hanya menutup pandangan orang lain terhadap rambut tetapi tidak menghalang masalah seperti gatal kulit kepala, rambut berminyak, gugur atau berbau kepam.  Penjagaan rambut bukan sahaja penting untuk kesihatan fizikal, malah memberi kesan kepada keyakinan diri. Apabila rambut sihat, kita rasa lebih segar, yakin dan tidak terbeban dengan masalah kecil yang boleh menjejaskan mood seharian. Cuci rambut mengikut jadual Ramai yang berfikiran, semakin kerap mencuci rambut, semakin bersih dan sihat rambut. Sebenarnya tidak. Rambut yang dicuci setiap hari boleh kehilangan minyak semula jadi yang berfungsi melindungi kulit…

Read More

PROGRAM Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKasih sudah bermula mulai 31 Ogos lalu sehingga 31 Disember 2025. Membabitkan peruntukan RM2 bilion dan memberi manfaat kepada 22 juta penduduk negara ini. Masih ramai yang tertanya-tanya, barangan yang boleh dibeli menerusi skim bantuan ini. Secara kasar terdapat 14 kategori produk atau barangan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan RM100.  Dalam artikel ini, Relevan memperincikan panduan lengkap barang yang boleh dibeli, cara menggunakan kad pengenalan di kaunter pembayaran serta kaedah menyemak senarai pasar raya yang mengambil bahagian dalam kempen bantuan ini. Barangan makanan asas Program MyKasih memberi keutamaan kepada barangan makanan…

Read More

TAHUKAH anda bahawa kecerdasan anak bukan hanya ditentukan oleh latihan minda atau kaedah pengajaran di sekolah? Otak mereka juga bergantung pada nutrisi asas terutamanya zat besi.  Menurut kajian Iron deficiency and impaired child development oleh National Institutes of Health (NIH), kekurangan zat besi boleh menyebabkan anak mudah penat, sukar fokus malah berisiko mempunyai intelligence quotient (IQ) lebih rendah berbanding rakan sebaya. Permasalahan ini bukan sekadar isu pemakanan tetapi berkait rapat dengan masa depan akademik dan perkembangan sosial kanak-kanak. Mengapa zat besi penting? Zat besi ialah mineral utama yang berfungsi membawa oksigen dalam darah melalui hemoglobin. Selain itu, ia membantu pembentukan…

Read More

MALAYSIA berdepan perubahan besar dalam struktur demografi. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Malaysia dijangka menjadi sebuah negara menua pada tahun 2048 apabila 14 peratus rakyatnya mencapai usia 65 tahun ke atas.  Apa yang membimbangkan, kadar kesuburan dan perkahwinan semakin menurun, sekaligus mencetuskan pelbagai kebimbangan kepada fabrik masyarakat, sosial, dan ekonomi negara. Ini kerana mana-mana negara memerlukan jumlah golongan dan umur tertentu untuk memajukan ekonomi. Kadar kesuburan menjunam Kadar kelahiran di Malaysia dijangka merosot daripada 1.67 anak bagi setiap wanita pada 2025 kepada hanya 1.6 menjelang 2035. Angka ini jauh lebih rendah berbanding paras penggantian generasi iaitu 2.1. Apabila kadar kesuburan…

Read More

ADA orang rasa bersalah apabila makan lewat malam. Mereka bimbang berat badan meningkat. Ada yang lebih rela tidur dalam keadaan lapar berbanding makan pada lewat malam.  Berapa ramai yang dapat tidur dengan lena ketika perut lapar? Mata dipejam tapi otak asyik membayangkan makanan. Namun, persoalannya adakah baik untuk kesihatan sekiranya tidur dalam keadaan lapar? Kesan tidur dengan perut lapar adalah tidak sama bagi semua orang. Menurut Healthline, sesetengah orang mungkin tidak menghadapi masalah tetapi bagi sesetengah pihak, ia boleh menjejaskan tidur, emosi dan kesihatan untuk jangka masa panjang.  Berikuta adalah tujuh perkara yang boleh berlaku jika anda kerap tidur dalam…

Read More

MERDEKA membawa maksud sebuah negara yang berdaulat, berdiri dengan kuasa sendiri tanpa dicengkam kuasa asing. Namun, sebelum Tanah Melayu mengecap kebebasan itu, ia dijajah lebih 400 tahun. Bermula dengan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511, disusuli Belanda, British, Jepun dan Siam di sebahagian utara Semenanjung. Kesan penjajahan telah meninggalkan pengaruh yang kuat, khususnya pengaruh British dalam sistem pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Namun, di sebalik semua kepahitan itu, terdapat keazaman tulen untuk keluar daripada bayang-bayang penjajah. Maka timbul usaha untuk mencapai kemerdekaan yang digerakkan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.  Beliau mengetuai delegasi menteri dan pemimpin politik Tanah…

Read More

KITA semua tahu siapa Bapa Kemerdekaan dan bila Malaysia mencapai kemerdekaan. Maklumat itu sudah diterap sejak dibangku sekolah rendah dan diulang setiap kali Ogos menjelma.  Namun, Malaysia bukan hanya tentang tarikh keramat 31 Ogos atau laungan keramat “Merdeka!” di Stadium Merdeka. Negara ini menyimpan banyak fakta yang mungkin tidak diketahui oleh ramai rakyat Malaysia. Adakah anda tahu bahawa kemerdekaan negara lebih daripada tarikh dan sambutan setiap tahun? Mari uji sejauh mana pengetahuan anda mengenai Malaysia yang dicintai ini. Teka-teki Aku pohon yang kukuh. Kayu aku pernah dipanggil “kayu ajaib” kerana tahan lasak. Aku diangkat sebagai pokok kebangsaan Malaysia pada 2019.…

Read More