SETIAP kali musim perayaan, jutaan rakyat Malaysia akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Malah. Aidilfitri minggu ini adalah masa perjalanan balik kampung paling besar di negara yang mempunyai hampir 70 peratus penduduk Islam. Ada yang lebih bernasib baik akan menempuh perjalanan antara satu dan dua jam. Tidak kurang yang perlu memandu lebih daripada lapan jam berikutan kesesakan trafik. Perjalanan jauh boleh meletihkan, lebih-lebih lagi dengan kesesakan jalan, cuaca panas dan tempoh memandu panjang. Keletihan melampau juga boleh menjejaskan fokus pemandu. Penting untuk mereka yang memandu untuk membuat persediaan sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Berikut langkah mudah yang boleh membantu anda…
Umi Fatehah
MUSIM beraya sememangnya sangat meriah. Rumah dipenuhi ahli keluarga daripada dua hingga tiga generasi, juadah istimewa dan mencipta kenangan. Kadang-kadang ada juga cabarannya. Sama ada makcik-makcik cerewet, penceramah dan pengkritik tak berlesen yang membuatkan kita tertekan. Nasib baik, ada cara untuk melalui semua ini dengan tenang sambil tetap berseronok meluangkan masa bersama keluarga. Dengan strategi mudah, ‘secubit’ gurauan dan mungkin ‘setangki’ kesabaran, Raya boleh jadi menyeronokkan walaupun berdepan saudara banyak songeh. Ubah cara kita respon Kita perlu faham dan ingat satu perkara penting. Cara mereka bercakap dan apa yang dicakapkan, kita tidak mampu mengubahnya. Tetapi kita mampu mengubah dan mengawal…
ZAMAN remaja ialah waktu kita mula belajar tentang diri sendiri. Kita mula ada minat, cita-cita dan pandangan sendiri. Tetapi dalam banyak keadaan, keputusan masih dibuat oleh ibu bapa, guru atau sekadar ikut pilihan kawan. Tidak salah meminta pandangan. Namun, jika terlalu bergantung pada orang lain, kita mungkin sukar berdiri sendiri apabila dewasa nanti. Sebab itu, belajar membuat keputusan sejak remaja sangat penting. Fasa mencari identiti Menurut ahli psikologi Erik Erikson, remaja berada dalam fasa mencari identiti diri. Pada usia ini, seseorang mula mengenal segalanya tentang diri sendiri seperti minat, perkara yang kurang disukai serta nilai dan prinsip. Jika semua keputusan…
GARAM bukan sahaja berfungsi sebagai perasa masakan malah memainkan peranan penting dalam diet harian. Tubuh memerlukan sodium untuk membantu fungsi saraf, otot serta mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan. Namun pengambilannya perlu dikawal. Menurut WebMD, tubuh manusia hanya memerlukan kira-kira 1,500 miligram sodium sehari. Namun secara purata, rakyat Amerika mengambil sekitar 3,400 miligram sehari iaitu lebih dua kali ganda jumlah yang disarankan. Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko strok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Persoalannya, bagaimana untuk mengetahui jika tubuh sedang ‘overdose’ garam? Sentiasa berasa sangat dahaga Jika anda sering berasa sangat dahaga, ia mungkin petanda tubuh menerima terlalu banyak…
UMAT Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi selepas sebulan berpuasa. Apabila tibanya Syawal, pelbagai perkara dinanti-nantikan seperti hidangan istimewa yang hanya muncul setahun sekali, peluang bertemu dan mengeratkan semula hubungan dengan saudara-mara dan rakan. Namun untuk kebanyakan orang, ada satu lagi tradisi yang tidak kurang meriah – pemberian duit raya. Bagi kanak-kanak, duit raya menjadi perkara paling ditunggu-tunggu ketika berkunjung ke rumah saudara-mara. Tetapi untuk golongan dewasa pula, persoalan yang sering timbul ialah berapa jumlah duit raya yang wajar diberikan? Pandangan sudut Islam Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat…
SYAWAL akan menjelma kurang 10 hari lagi. Ramai sudah merancang perjalanan pulang ke kampung halaman. Namun di sebalik keterujaan menyambut hari raya bersama insan tersayang, ada satu perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka — jumlah sebenar perbelanjaan untuk pulang beraya. Ramai hanya memikirkan kos asas. Hakikatnya, apabila semua perbelanjaan diambil kira, jumlah yang dibelanjakan sering kali lebih besar daripada yang dijangka. Kos utama balik kampung Minyak dan tol Untuk mereka yang memandu pulang ke kampung, kos minyak dan tol biasanya menjadi perkara pertama dalam bajet perjalanan. Jika jarak perjalanan jauh, jumlahnya boleh mencecah ratusan ringgit untuk perjalanan pergi dan balik.…
MEDIA sosial kini dibanjiri dengan hantaran Gen Z yang hidupnya kelihatan sangat mewah. ‘Skrip’ kehidupan mereka hampir sama – kerap melancong, beli barangan mewah dan semuanya dimuat naik dengan sangat ‘estetik’, menampakkan lagi kemewahan dan ekslusiviti. Ada yang bertanya, adakah semua itu realiti atau wayang untuk membina penjenamaan peribadi sahaja? Menurut Reader’s Digest, generasi yang lahir antara 1997 hingga 2012 membesar dengan internet dan media sosial. Jadi, imej dalam talian bukan sekadar gaya hidup, ia sudah sebati menjadi sebahagian daripada identiti mereka. Menurut pengasas platform pendidikan kewangan Generation Money, Alex King, budaya tunjuk duit (financial flexing) ini sebahagian daripada cara…
SELEPAS seharian menahan lapar dan dahaga, waktu berbuka puasa sangat dinanti. Meja dipenuhi pelbagai juadah seperti kuih-muih, minuman manis, makanan bergoreng dan hidangan berat hingga sukar mengawal selera. Tidak hairanlah ada yang terlajak makan ketika berbuka. Walaupun berbuka bertujuan mengembalikan tenaga, makan secara berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan seperti perut kembung, rasa mengantuk malah meningkatkan risiko kenaikan berat badan sepanjang Ramadan. Oleh itu, penting untuk mengawal pengambilan makanan agar tubuh kekal sihat dan bertenaga. Mulakan dengan makanan ringan Amalan yang disarankan ialah memulakan berbuka dengan makanan ringan terlebih dahulu. Mengambil kurma dan air kosong boleh membantu tubuh mendapatkan tenaga segera selepas…
MENJELANG Aidilfitri, perbelanjaan isi rumah akan meningkat. Selain kos perjalanan dan makanan, pembelian pakaian baharu menjadi komponen utama dalam bajet hari raya. Namun kos sara hidup yang mencabar, mendorong pengguna memilih menggunakan kemudahan Buy Now, Pay Later (BNPL). Wajarkah kaedah BNPL digunakan untuk bergaya menjelang 1 Syawal? Harga meningkat, pilihan pembayaran bertambah Harga pakaian perayaan boleh mencecah ratusan ringgit. Bagi keluarga dengan beberapa anak, jumlahnya meningkat dengan ketara. BNPL menawarkan alternatif pembayaran yang lebih fleksibel. Pengguna boleh membahagikan bayaran kepada beberapa ansuran tanpa perlu membayar jumlah penuh secara sekali gus. Dari sudut pengurusan tunai jangka pendek, ini membantu pengguna kerana…
NAMA Cleopatra VII Philopator sering dikaitkan dengan kecantikan, kebijaksanaan dan kisah cintanya bersama tokoh besar Rom. Namun sehingga hari ini, lokasi sebenar makam dan mumianya masih menjadi misteri sejarah. Beberapa tahun lalu, seorang ahli arkeologi wanita dari Republik Dominika, Dr. Kathleen Martínez, mencuri perhatian dunia apabila beliau mendakwa menjumpai petunjuk kukuh tentang lokasi makam Cleopatra. Penemuannya tertumpu di kawasan kuil purba Taposiris Magna, berhampiran Alexandria, Mesir. Walaupun mumia Cleopatra belum disahkan ditemui, usaha gigih Martínez membuka lembaran baharu dalam pencarian salah satu tokoh paling misteri dalam sejarah dunia. Siapakah Cleopatra? Cleopatra ialah pemerintah terakhir Dinasti Ptolemy di Mesir. Beliau bukan…

