Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang Gen Z mahu dalam kerjaya?

    Apa yang Gen Z mahu dalam kerjaya?

    By Umi FatehahJune 21, 2023Updated:June 22, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    APA yang Gen Z mahu dalam kerjaya? - GAMBAR HIASAN FIROSNV PHOTOGRAPHY/UNSPLASH

    GENERASI Z ialah kumpulan yang dilahirkan antara 1996 dengan 2012. Mereka ini bukan sekadar graduan atau golongan profesional tetapi mungkin juga bakal menjadi tulang belakang syarikat maju pada masa hadapan.

    Gen Z ini bukan biasa-biasa. Mereka tidak takut menyuarakan pendapat demi kesejahteraan kehidupan.  

    Sebagai generasi pertama yang membesar dengan telefon pintar dan melalui pandemik, boleh dikatakan pengalaman dilalui Gen Z berbeza daripada generasi lain termasuklah Milenial.

    Menurut laporan Gen Z In The Workplace oleh syarikat perisian sumber manusia, Employment Hero, oleh kerana kelantangan menyuarakan pendapat, mereka telah menyumbang kepada perubahan landskap dunia kerjaya berkenaan pencarian titik keseimbangan kehidupan dan kerjaya.

    Paling penting, sesetengah majikan dan syarikat di pasaran mendengar apa yang disuarakan. 

    Keseimbangan kehidupan dan kerjaya

    Menurut perkongsian di Business.com, hampir separuh daripada pekerja Gen Z berasa letih dengan kerja mereka manakala hanya kurang daripada separuh mengatakan bahawa majikan memainkan peranan baik untuk mengekalkan beban kerja yang sihat.

    Gen Z mahukan pekerjaan yang tidak merosakkan kesihatan mental. Mereka juga lebih terbuka tentang status dan keperluan kesihatan mental mereka sendiri berbanding pekerja generasi lain.

    Satu faktor di sebalik keutamaan ini ialah Gen Z melihat kerja sebagai perkara yang kurang penting dalam jati diri mereka. Sesetengah daripada mereka juga berpendapat tidak berbaloi untuk mengorbankan ketenangan minda dan jiwa untuk mendapat pencapaian luar biasa dalam kerjaya.

    Oleh kerana kerja merupakan bahagian yang kurang penting dalam identiti diri, kebanyakan mereka lebih memilih cuti tambahan sebagai pilihan utama mereka untuk ganjaran atau pengiktirafan atas sumbangan kepada syarikat.

    Bagi Gen Z, keseimbangan kerja-kehidupan adalah pertimbangan yang sangat penting. Dan sepatutnya, majikan juga mementingkan keseimbangan kerja-kehidupan pekerjanya.

    Mementingkan kesihatan mental 

    Jika perasan, rata-rata yang memperjuangkan kepentingan kesihatan mental dalam kerjaya ialah golongan Gen Z. Laporan Gen Z In The Workplace juga mendedahkan kira-kira 75 peratus pekerja golongan Gen Z menjangkakan majikan menawarkan beberapa bentuk sokongan kesihatan mental.

    Beberapa syarikat di Malaysia juga sudah mula menawarkan khidmat sokongan kesihatan mental kepada pekerjanya. Salah satu syarikat besar yang mula menitikberatkan kesihatan mental pekerja ialah TikTok. 

    TikTok dikatakan membayar khidmat syarikat luar bagi menyalurkan khidmat sokongan kesihatan mental sejak negara dilanda pandemik.

    Di samping memartabatkan kepentingan kesihatan mental, syarikat yang mempunyai budaya kerja yang positif turut menjadi buruan Gen Z.

    Keseimbangan dan fleksibiliti

    Meskipun kerja di rumah (WFH) atau kerja jarak jauh mula dipopularkan sejak pandemik menyebelahi golongan Milenial yang semakin tua dan Gen X yang mempunyai tanggungjawab menjaga ahli keluarga sambil bekerja, Gen Z juga turut menikmati manfaat daripada budaya kerja tersebut.

    Kajian GOBankingRates mendapati bahawa Gen Z mempunyai keutamaan yang kuat tentang di mana mereka bekerja. Kurang daripada 29 peratus menyatakan bahawa sistem kerja jarak jauh atau WFH adalah satu kemestian.

    Berbanding baby boomer dan Gen X yang lebih tua, mereka mengutamakan sistem kerja yang tetap di pejabat. 

    Dalam tinjauan GoBankingRates yang lain, 56 peratus daripada Gen Z menyatakan mereka mahu atau perlu bekerja dalam suasana kerja yang lebih moden dan santai. 

    Inginkan kebebasan kewangan

    Gen Z memberi tumpuan untuk mencari pekerjaan bergaji tinggi kerana bimbangkan keadaan ekonomi, pemberhentian kerja dan mahu menyelesaikan hutang pelajaran mereka. 

    Sikap mementingkan hal ehwal kewangan tidak menjadikan mereka mementingkan diri sendiri. Malah, kebanyakan mereka berazam untuk tidak mengulangi kesilapan atau kesusahan yang dialami oleh generasi terdahulu. 

    Disebabkan keadaan ekonomi sekarang tidak stabil dan perbelanjaan harian lebih tinggi berbanding zaman dahulu, ia telah menjadi pembakar semangat atau inspirasi untuk mereka mencari wang.

    Masing-masing mempunyai matlamat yang ingin dicapai, sama ada mahu membeli rumah, kereta, melancong dan sebagainya. Jadi, untuk memastikan impian dapat dicapai, mereka memburu pekerjaan yang menawarkan gaji pemula lebih tinggi. – RELEVAN

    Previous ArticleBeri pendedahan awal pertanian, atasi monopoli tenaga kerja asing
    Next Article 11 tanda anda sedang angau merenyam dilamun cinta

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.