Facebook Twitter
    Trending
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    • Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam
    • Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lupus sisa perubatan dengan bertanggungjawab, lindungi alam sekitar

    Lupus sisa perubatan dengan bertanggungjawab, lindungi alam sekitar

    By Umi FatehahJune 16, 2023Updated:June 16, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    NAIB Presiden & Pengurus Besar GSK Malaysia & Brunei, Dr. Jonathan Pan memberikan ucapan alu-aluan semasa pelancaran Kempen #GiveBack GSK Malaysia Fasa 2 baru-baru ini. - FOTO IN.DEED

    SEMPENA Hari Alam Sekitar Sedunia, GSK Malaysia melancarkan fasa kedua kempen #GiveBack yang menggalakkan pelupusan sisa perubatan secara bertanggungjawab. 

    Kempen ini merupakan usaha alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) syarikat itu untuk mengumpul alat sedutan asma serta pek ubat terpakai yang sudah tamat tempoh dan tidak lagi digunakan. 

    “Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap kemampanan global, GSK memberi sepenuh perhatian bagi mencapai impak sifar bersih kepada iklim dan impak positif bersih kepada alam sekitar menjelang 2030. 

    “Melalui penganjuran kempen #GiveBack, kami menyokong matlamat-matlamat tersebut dengan menawarkan kaedah lebih mudah kepada rakyat Malaysia bagi melupuskan alat sedutan asma dan pek ubat terpakai secara bertanggungjawab, sekali gus mengurangkan kesan negatif terhadap bumi,” kata Naib Presiden dan Pengurus Besar GSK Malaysia & Brunei, Dr. Jonathan Pan.

    Menurut sebuah kenyataan, pada Jun tahun lepas, GSK memulakan fasa perintis bersama rakan kempen pertamanya, BIG Pharmacy. Bagi fasa kedua kempen ini, mereka menjalankan usahasama bersama rakan-rakan farmasi dan kumpulan penjagaan kesihatan.

    Pada fasa perintis, hanya 50 pusat pengumpulan dibuka. Bagi fasa kedua ini, lebih 600 pusat pengumpulan dibuka di seluruh negara bagi menggalakkan orang ramai menyertai kempen #GiveBack agar bahan sisa perubatan dapat dilupus dengan teratur dan selamat.

    “Kempen #GiveBack GSK ini sejajar dengan kempen Memulangkan Ubat yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami menggesa semua rakyat Malaysia untuk menyokong usaha ini dengan membawa alat sedut pelega asma dan pek ubat terpakai ke mana-mana pusat pengumpulan untuk dilupuskan dengan teratur.

    “Dalam bidang kerja kami, kami perlu mengimbangi keperluan menyediakan ubat yang dibungkus selamat dan tidak menafikan kesan negatifnya terhadap alam sekitar. Justeru itu, kami melakukan apa yang kami mampu untuk mengurangkan jejak karbon kepada bumi,” jelas Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Profesor Amrahi Buang.

    GSK menjalinkan kerjasama dengan Alpro Pharmacy, AM PM Pharmacy, BIG Pharmacy, CARiNG Pharmacy Group, FirstCare Pharmacy, Health Lane Family Pharmacy dan Mega Kulim Pharmacy. 

    Selain itu, Park@city Pharmacy & Medical Supplies, Straits Pharmacy dan Sunway Multicare Pharmacy turut berganding bahu. Kempen ini juga menerima sokongan daripada Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

    Di peringkat global, sistem penjagaan kesihatan menyumbang kira-kira 5.9 juta tan sisa pepejal kepada tapak pelupusan sampah dan lebih empat peratus pelepasan karbon di atmosfera. Salah satu penyumbangnya ialah alat sedutan asma yang sering dibuang sebelum ia kosong sepenuhnya. 

    Alat sedutan ini mengandungi bahan dorong iaitu gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global. Setiap satu penyedut berkenaan berpotensi melepaskan gas rumah hijau yang boleh memenuhi 300 belon. 

    Apabila digabungkan dengan mana-mana sisa perubatan lain, ia boleh menyebabkan kebakaran atau mencemarkan alam sekitar. Oleh itu, pelupusan bahan sisa yang lebih teratur dan selamat adalah sangat penting.  

    Tambahan pula, pembungkusan pek ubat terpakai lazimnya digunakan dalam penyimpanan ubat yang  menyumbang kepada lambakan sisa di tapak pelupusan sampah. 

    Di dalam pek ubat terpakai itu pula berkemungkinan masih mempunyai sisa ubat yang tidak dihabiskan. Ia juga mendatangkan kesan lebih bahaya jika ubat-ubatan di dalam pek tersebut larut diserap ke dalam tanah atau saluran air. – RELEVAN

    Previous ArticleGeriatrik: Merawat dan menjaga warga emas secara holistik
    Next Article Bazar Ramadan, Aidilfitri di Selangor dan Johor Bahru paling laku

    Artikel berkaitan

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026
    Artikel Terkini

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.