Facebook Twitter
    Trending
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    • Tips makan luar secara sihat
    • Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025

      5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

      November 12, 2025

      Bangun pagi rasa lemau? ini mungkin puncanya

      November 12, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hati-hati dengan scammer, ikuti langkah berbelanja dalam talian dengan selamat

    Hati-hati dengan scammer, ikuti langkah berbelanja dalam talian dengan selamat

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 11, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    WABAK Covid-19 telah menjadi batu loncatan kepada perkembangan perniagaan dalam talian.  Bermula dengan satu klik pesanan kepada perkhidmatan penghantaran keesokan harinya, perbelanjaan dalam talian telah berkembang pesat dan banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

    Menurut National Cybersecurity Alliance, berbelanja secara dalam talian bukan sahaja menguntungkan peniaga dan pembeli, tetapi juga menjadi medium penjenayah siber untuk menjana pendapatan. Mereka menipu dengan pelbagai cara; sama ada memperdaya pengguna untuk membayar barangan yang tidak akan sampai atau mencuri maklumat peribadi pengguna untuk kepentingan mereka.

    Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk melindungi diri anda daripada tipu daya scammer?  Relevan akan berkongsi beberapa tip untuk anda berbelanja secara dalam talian dengan bijak dan selamat.

    • Fikir sebelum tekan

    Berhati-hati dengan e-mel, teks atau promosi yang kelihatan mencurigakan atau menggalakkan anda untuk klik pautan dengan segera.  Jika anda menerima tawaran yang menarik, jangan terus klik pautan tersebut.  Sebaliknya, pergi ke laman web rasmi pedagang tersebut untuk mengesahkan sama ada tawaran itu sahih atau tidak. 

    Jika anda tidak menemukan tawaran yang disebutkan, laporkan kepada pembekal e-mel (email provider) anda sebagai percubaan pancingan data. Ingat, jika ia kelihatan terlalu indah untuk menjadi kenyataan, jangan terus terpedaya.

    • Lakukan penyelidikan

    Scammer gemar membina laman web e-dagang mereka sendiri.  Sebelum melakukan pesanan, pastikan anda baca ulasan atau maklum balas daripada pembeli lain.  Anda juga dinasihati untuk memeriksa lokasi kedai tersebut atau cara untuk menghubungi khidmat pelanggan di syarikat pedagang tersebut. 

    Untuk lebih terjamin, anda juga boleh melakukan panggilan terhadap pedagang tersebut terlebih dahulu untuk memastikan bahawa mereka merupakan peniaga yang sah. 

    • Pertimbangkan pilihan cara pembayaran anda

    Penggunaan kad kredit adalah lebih selamat berbanding kad debit kerana kad kredit mempunyai polisi yang lebih melindungi pengguna sekiranya ada apa-apa perkara buruk yang berlaku.  Anda juga mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan pembayaran pihak ketiga berbanding kad kredit.

    Terdapat banyak perkhidmatan pembayaran pihak ketiga yang boleh anda gunakan untuk membayar pembelian dalam talian seperti Google Pay, Apple Pay, ShopeePay dan sebagainya.  Jika anda menggunakan perkhidmatan yang disebutkan, anda tidak perlu  mendedahkan maklumat kad kredit anda dan keselamatan lebih terjaga. 

    • Perhatikan apa yang anda berikan

    Anda perlu berwaspada dengan jenis maklumat yang dikumpul sebelum menyelesaikan transaksi anda. Jika pedagang meminta lebih banyak data daripada yang anda rasa selesa dan selamat untuk dikongsikan, batalkan transaksi dengan serta merta.

    Anda hanya perlu mengisi ruangan yang diperlukan semasa pembayaran dan pastikan tidak menyimpan maklumat pembayaran dalam profil. Jika akaun atau laman web pedagang menyimpannya secara automatik, selepas selesai pembelian padamkan butiran pembayaran yang disimpan.

    • Pantau penyata bank dan kad kredit anda

    Pastikan anda sentiasa menyemak akaun anda untuk sebarang aktiviti yang tidak dapat dikenal pasti. Penyimpanan rekod yang baik adalah perlu dilakukan seiring dengan penjagaan keselamatan siber anda.  Cara lain untuk memantau aktiviti adalah menyediakan makluman atau amaran apabila kad kredit anda digunakan, e-mel atau mesej teks akan dihantar bersama butiran transaksi.

    Tidak dapat disangkal lagi sejak wujudnya kemudahan untuk berbelanja dalam talian, masa dan tenaga kita dapat dijimatkan kerana segalanya boleh diselesaikan di hujung jari sahaja.  Namun, jangan terlalu leka menikmati kemudahan teknologi.  Sentiasa beringat untuk menjaga keselamatan data peribadi agar keseronokan tidak bertukar menjadi tangisan.

    Berbelanjalah dengan selamat dan secara sederhana agar hidup tidak dibelenggu penyesalan. – RELEVAN

     

    dalam talian featured kewangan scammer

    Artikel berkaitan

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025

    Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

    November 13, 2025
    Artikel Terkini

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.