Facebook Twitter
    Trending
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    By Umi FatehahMarch 12, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    ZAMAN remaja ialah waktu kita mula belajar tentang diri sendiri. Kita mula ada minat, cita-cita dan pandangan sendiri. Tetapi dalam banyak keadaan, keputusan masih dibuat oleh ibu bapa, guru atau sekadar ikut pilihan kawan.

    Tidak salah meminta pandangan. Namun, jika terlalu bergantung pada orang lain, kita mungkin sukar berdiri sendiri apabila dewasa nanti. Sebab itu, belajar membuat keputusan sejak remaja sangat penting.

    Fasa mencari identiti

    Menurut ahli psikologi Erik Erikson, remaja berada dalam fasa mencari identiti diri. Pada usia ini, seseorang mula mengenal segalanya tentang diri sendiri seperti minat, perkara yang kurang disukai serta nilai dan prinsip.

    Jika semua keputusan ditentukan oleh orang lain, anda mungkin membesar tanpa benar-benar memahami kehendak sendiri. Lama-kelamaan, keyakinan diri boleh terjejas dan mudah keliru.

    Jangan sekadar ikut kawan

    Rakan sebaya memang penting dalam hidup pelajar. Mereka boleh jadi sumber sokongan dan semangat. Tetapi kadang-kadang, kita membuat pilihan untuk ikut kawan hanya kerana tidak mahu rasa tersisih.

    Kajian oleh American Psychological Association mendapati remaja lebih cenderung mengambil risiko apabila berada dalam kumpulan rakan sebaya. Ini menunjukkan pengaruh kawan memang kuat.

    Sebab itu, sebelum ikut sesuatu keputusan, tanya diri sendiri: “Aku buat ini sebab aku mahu, atau sebab orang lain buat?”

    Kesilapan sebahagian daripada proses belajar

    Ramai pelajar takut membuat keputusan kerana takut salah, dimarahi atau diejek.

    Sebenarnya, kesilapan kecil semasa remaja ialah peluang untuk belajar. Selagi kita masih dibimbing oleh ibu bapa dan guru, ini ialah masa paling selamat untuk belajar daripada pengalaman.

    Ahli pendidikan seperti John Dewey pernah menekankan bahawa pengalaman sendiri ialah cara terbaik untuk belajar. Apabila membuat pilihan dan melihat kesannya, kita lebih faham tentang tanggungjawab.

    Mulakan dengan keputusan kecil

    Tidak perlu terus membuat keputusan besar. Mulakan dengan perkara kecil seperti memilih aktiviti kokurikulum yang diminati atau mengurus wang saku dengan lebih teratur.

    Apabila biasa berfikir dan menilai pilihan, kita akan lebih yakin membuat keputusan yang lebih besar pada masa depan.

    Membuat keputusan sendiri bukan bermaksud melawan atau menolak nasihat. Ia tentang belajar berfikir dan berani bertanggungjawab atas pilihan kita.

    Hari ini mungkin kita memilih cara belajar. Esok, kita memilih kerjaya. Lusa, kita membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga dan masa depan.

    Semua itu bermula dengan satu perkara kecil iaitu berani membuat keputusan sendiri sejak remaja. – RELEVAN

    Previous ArticlePetanda badan ‘overdose’ garam
    Next Article Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    Artikel berkaitan

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026
    Artikel Terkini

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.