Facebook Twitter
    Trending
    • 5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah
    • Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya
    • Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir
    • Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais
    • Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu
    • Elok untuk bersenam pada waktu malam?
    • Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026

      Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

      April 22, 2026

      Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

      April 21, 2026

      Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

      April 21, 2026

      Elok untuk bersenam pada waktu malam?

      April 20, 2026
    • Kewangan

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026
    • Pendidikan

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    By Umi FatehahDecember 3, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal. - GAMBAR HIASAN HU CHEN/UNSPLASH

    DI sebalik ketidaktentuan ekonomi dunia dan ketegangan geopolitik yang berlarutan, perbelanjaan untuk gaya hidup mewah tetap menunjukkan peningkatan.

    Laporan Global Wealth and Lifestyle Report 2025 yang diterbitkan oleh kumpulan pengurusan kekayaan Switzerland, Julius Baer, telah menyenaraikan 10 bandar paling mahal di dunia.

    Senarai ini bukan sahaja mencerminkan kos barangan mewah malah merangkumi gaya hidup secara keseluruhan seperti perumahan, pendidikan, kesihatan, makanan, pengangkutan dan hiburan.

    1. Singapura  

    Singapura terus unggul sebagai bandar termahal di dunia untuk tahun ketiga berturut-turut. Status ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan negara kota ini terkenal dengan sistem ekonomi yang stabil, persekitaran perniagaan yang mesra pelabur dan kualiti hidup yang sangat tinggi.

    Singapura masih menjadi pilihan utama golongan berada kerana keselamatan, kebersihan, rangkaian pengangkutan awam yang cekap serta kemudahan moden bertaraf dunia.

    1. London

    London melonjak ke kedudukan kedua, mengatasi Hong Kong. Walaupun United Kingdom berdepan pelbagai cabaran isu ekonomi sejak beberapa tahun lalu, ibu negara ini kekal sebagai pusat kewangan, pendidikan dan budaya utama dunia.

    Kos sara hidup tinggi di London merangkumi pendidikan bertaraf elit, prosedur perubatan seperti lasik dan yuran program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA). Walaupun begitu, sesetengah pembelian seperti kenderaan tertentu dilaporkan lebih murah berbanding bandar teratas lain dalam senarai.

    1. Hong Kong

    Walaupun proses pemulihan selepas pandemik berlaku lebih perlahan berbanding bandar lain, bandar ini kembali menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh hasil peningkatan sektor pelancongan dan lonjakan eksport barangan. 

    Kedudukan strategiknya berhampiran ekonomi Asia Timur yang sedang pesat membangun, serta peranannya sebagai hab antarabangsa yang mudah diakses, terus mengekalkan daya tarikannya dalam kalangan golongan berada.

    1. Monaco

    Monaco terkenal dengan gaya hidup mewah dan menjadi kediaman pilihan ramai individu kaya serta terkenal dunia, meskipun keluasan wilayahnya sangat kecil. 

    Sejak memansuhkan cukai pendapatan, ia terus menarik golongan berpendapatan tinggi. Namun, keluasan wilayahnya yang kecil menyebabkan nilai hartanah kekal sebagai antara yang paling mahal di dunia. Walaupun tidak berada di tiga teratas kebelakangan ini, Monaco masih konsisten berada dalam kelompok bandar paling eksklusif.

    1. Zurich

    Sebagai bandar terbesar di Switzerland, Zurich dikenali dengan kestabilan, keselamatan dan kualiti hidup yang tinggi. 

    Ia menarik minat golongan ekspatriat kaya kerana kadar cukai yang rendah, jaringan perhubungan yang baik dan kemudahan pendidikan bertaraf tinggi. 

    Walaupun perubahan harga tidak begitu ketara sepanjang tahun lalu, kekurangan bekalan hartanah dan permintaan tinggi telah mendorong bandar ini naik ke kedudukan kelima.

    1. Shanghai 

    Sejak berada di puncak senarai beberapa tahun lalu, kedudukan Shanghai semakin merosot apabila bandar lain di Asia Pasifik mencatat peningkatan kos sara hidup yang lebih ketara. 

    Namun begitu, ia masih mengekalkan status sebagai salah satu bandar termahal di dunia, khususnya dalam kategori makanan mewah. Selain faktor ekonomi, perubahan budaya yang kurang menggalakkan pameran kemewahan turut mempengaruhi penurunannya dalam senarai ini.

    1. Dubai

     

    Selepas tersingkir daripada kelompok 10 teratas tahun lalu, Dubai kembali melonjak ke kedudukan lebih tinggi hasil usaha agresif menarik golongan berpendapatan tinggi melalui skim pemastautin dan dasar cukai yang menarik. 

    Gaya hidup kosmopolitan, peluang perniagaan yang berkembang pesat serta pelan pembangunan bercita-cita tinggi terus menjadikan Dubai antara destinasi utama golongan berada.

    1. New York 

    Kedudukan New York terus merosot tahun ini walaupun mencatat antara kenaikan harga tertinggi dalam kalangan bandar Amerika Utara. 

    Ketidaktentuan politik dan ekonomi di Amerika Syarikat mendorong sebahagian golongan kaya mula mempertimbangkan untuk berpindah ke luar negara, termasuk ke UK meskipun kos sara hidup di London lebih tinggi. 

    Walaupun kos suite hotel di New York paling mahal di dunia, beberapa barangan mewah masih dianggap agak mampu milik susulan kekuatan dolar AS.

    1. Paris 

    Paris, kota cinta dan fesyen, berada di tempat kesembilan. Secara keseluruhan, Paris mencatat kenaikan harga tertinggi di rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) walaupun kos Champagne, penerbangan dan pendidikan swasta agak lebih rendah berbanding bandar lain. 

    Meski tidak mengalami peningkatan kemasukan golongan kaya seperti bandar lain, Paris kekal konsisten berada dalam kelompok 10 teratas.

    1. Milan

    Selain terkenal sebagai pusat fesyen dan reka bentuk, Milan juga merupakan hab kewangan penting dengan warisan budaya yang kaya. 

    Bandar ini mendapat manfaat daripada penghijrahan golongan kaya dari UK susulan dasar pemastautin dan percukaian yang proaktif. 

    Harga barangan mewah tempatan yang stabil atau menurun, serta kos penerbangan kelas perniagaan yang lebih rendah, menjadikan gaya hidup mewah di Milan masih agak berpatutan berbanding bandar mewah lain. – RELEVAN

    Previous ArticleFasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Next Article Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    Artikel berkaitan

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026

    Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    April 22, 2026

    Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

    April 21, 2026

    Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

    April 21, 2026

    Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

    April 21, 2026

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026
    Artikel Terkini

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026

    Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    April 22, 2026

    Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

    April 21, 2026

    Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

    April 21, 2026

    Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

    April 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.