Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

    Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

    By Umi FatehahOctober 8, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri. - GAMBAR HIASAN IQBAL ROSLI/UTUSAN

    SETIAP hujung bulan – baki bank tinggal dua angka. “Ke mana semua duit aku pergi?” Walaupun gaji baru sahaja masuk, ia mengalir entah ke mana.

    Ada yang salahkan ekonomi, kos sara hidup atau majikan yang tak naikkan gaji. Tetapi pada kebanyakan masa ia berpunca daripada kegagalan diri sendiri mengawal perbelanjaan.

    Gaya hidup yang cepat ‘haus’

    Anak muda hari ini berdepan tekanan gaya hidup yang sangat berbeza. Kopi RM15 jadi rutin. Rutin yang menyuap kepada imej kemewahan. Makanan seharusnya aesthetic, bukan sekadar mengenyangkan. Telefon perlu model terbaharu, bukan sebab rosak tetapi takut ketinggalan.

    Media sosial  menjadi pendorong utama. Kita nampak orang lain makan di tempat cantik, beli barang baharu, melancong ke luar negara, terus terasa ia juga mesti dirasai. Tanpa sedar, kita hidup untuk meniru, bukan untuk memenuhi keperluan diri.

    Ini lebih memudaratkan terutama mereka yang mempunyai pendapatan yang tidak besar.  Tren meniru ini akan memusnahkan kehidupan seseorang.

    Nafsu yang dibungkus sebagai self reward

    Konsep ganjaran diri sendiri kononnya bertujuan menghargai diri selepas bekerja keras. Tapi bila digunakan tanpa kawalan, ia menjadi lesen untuk berbelanja sesuka hati.

    “Tak apalah, penat kerja, aku kayak untuk beli ini. Menghargai diri sendiri, bukan?”

    Ayat itu nampak tidak bersalah tapi bila diulang setiap minggu, itulah yang menjerat kita. Memberi ganjaran kepada diri sendiri bukan masalah besar tapi bila semua benda dianggap ganjaran, kewangan sendiri pula menjadi korban.

    Hakikatnya, kita tak perlu merawat diri dengan membeli. Kadang-kadang, rehat yang cukup, masa dengan keluarga atau waktu tanpa tekanan sudah cukup untuk mengembalikan tenaga. 

    Namun, semua itu tidak dapat ditayang di Instagram. Sebab itulah kita cenderung mencari ganjaran yang boleh dipamerkan supaya orang nampak kita bahagia, berjaya dan hidup senang. Pemikiran inilah yang perlahan-lahan menjerumuskan ramai ke dalam perangkap berbelanja berlebihan.

    Duit jadi alat untuk nampak bernilai

    Dalam dunia digital, nilai diri sering diukur dengan apa yang boleh ditunjukkan.

    Orang tak tahu berapa jumlah simpanan kita tapi mereka nampak beg tangan, jam tangan dan kereta yang dipandu. Itu yang membuat ramai sanggup berhutang demi kelihatan senang, bukan benar-benar hidup senang.

    Budaya flexing atau menunjuk-nunjuk inilah yang secara halus merosakkan kewangan generasi muda.

    Kita terperangkap dalam perlumbaan tanpa berpenghujung. Mahu nampak berjaya seperti orang lain. Namun, tanpa disedari mereka yang kita bandingkan mungkin bergelut dengan hutang yang sama.

    Belajar kawal diri, bukan bina bajet semata

    Ramai mengetahui cara membuat bajet tapi hanya segelintir yang betul-betul berdisiplin untuk mematuhi belanjawan masing-masing. Pucuk pangkal masalahnya bukan pada formula tapi pada tabiat.

    Kawal diri bermula daripada hal kecil:

    • Jangan beli hanya sebab diskaun.
    • Bezakan antara keperluan dan keinginan.
    • Simpan sebelum belanja, bukan selepas habis belanja baru menyimpan.

    Disiplin kewangan tak dapat dibentuk dalam sehari. Tapi setiap kali menahan diri daripada perbelanjaan yang tak diperlukan, kita sedang melatih ‘otot’ kawalan diri, sama seperti membina stamina dalam bersenam.

    Ketenangan lebih mahal daripada kemewahan

    Akhirnya, tujuan memiliki duit bukanlah untuk menunjuk siapa paling banyak tapi untuk memberi kita ketenangan bagi menghadapi perbelanjaan pendidikan dan kesihatan sama ada anak-anak atau diri sendiri pada masa depan.

    Tiada gunanya gaji besar kalau setiap bulan cemas menunggu tarikh gaji masuk. Tiada ertinya barang mewah kalau jiwa resah memikirkan hutang kad kredit tertunggak.

    Orang yang tahu mengawal diri bukanlah orang yang paling kaya tapi orang yang paling tenang dengan apa yang dimiliki.

    Kemewahan sebenar bukan pada apa yang dimiliki tapi pada kemampuan untuk berkata, “Aku dah cukup.”

    Kaya bukan pada pendapatan tapi pada kawalan

    Kalau setiap kali gaji habis kita hanya ulang alasan sama – inflasi, komitmen atau harga barang naik, mungkin sudah tiba masa untuk muhasabah diri.

    Kita mungkin tidak mampu mengubah ekonomi tapi kita boleh mengubah cara kita berbelanja. Kita tak boleh mengawal pasaran tapi kita boleh mengawal nafsu sendiri.

    Akhirnya, bukan tak cukup duit yang buat hidup kita sempit tetapi diri sendiri yang tak tahu bila perlu berhenti. – RELEVAN

    Previous ArticleHati-hati, fon telinga boleh jadi punca hilang deria pendengaran
    Next Article Kisah di sebalik nama 9 Kapal Flotilla

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.