Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    By Umi FatehahJuly 17, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya. - GAMBAR HIASAN FARIZWAN ABDULLAH/UTUSAN

    GAJI masuk seperti biasa setiap bulan. Ada yang menerima pada hujung bulan, ada yang pada pertengahan. Waktu duit baru masuk, kita rasa lega. Hutang tertunggak dilangsaikan, belanja dapur dapat ditambah dan ada baki untuk kegunaan harian. 

    Namun, anehnya, belum sampai pertengahan bulan, kita mula rasa sesak. Akaun bank semakin menipis, duit dalam dompet pun makin berkurangan. Mula timbul perasaan risau, kalau duit dah habis awal bulan, macam mana nak bertahan sampai gaji seterusnya?

    Lebih membingungkan, tiada pula belanja besar dibuat. Tiada barangan berjenama baru, tiada percutian mahal, tiada pembelian gajet terkini tetapi duit tetap habis begitu sahaja. 

    Jika anda pernah mengalami situasi ini, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai semula ke mana sebenarnya wang itu pergi setiap bulan.

    Pembelian kecil lama-lama jadi besar

    Ramai orang tidak sedar bahawa pembelian kecil setiap hari sebenarnya adalah punca utama duit cepat habis. Contohnya, membeli kopi berharga RM7 setiap pagi sebelum masuk kerja. 

    Kopi itu mungkin memberi tenaga dan semangat untuk memulakan hari tetapi jika dikira dalam sebulan bekerja (20 hari), jumlahnya sudah RM140. Itu belum termasuk air boba berharga RM12 yang dibeli ketika stres di pejabat atau selepas kerja untuk menghargai diri sendiri.

    Snek ringan seperti roti, keropok dan coklat yang dibeli di kaunter bayaran pasar raya atau stesen minyak juga menyumbang kepada kebocoran kewangan ini. 

    Kebanyakan pembelian kecil ini berlaku secara impulsif. Kita nampak, teringin, lalu dibeli tanpa memikirkan kesannya kepada bajet bulanan. Lama-kelamaan, apabila dikumpul, jumlahnya boleh mencecah ratusan ringgit sebulan, cukup untuk dijadikan simpanan kecemasan atau bayaran bil penting.

    Langganan yang kita lupa masih aktif

    Selain pembelian kecil, langganan bulanan aplikasi atau platform digital juga menjadi punca duit lesap tanpa sedar. 

    Zaman sekarang, hampir semua perkhidmatan menawarkan pelan premium. Daripada aplikasi muzik, langganan video hingga ke aplikasi senaman dan produktiviti. 

    Ketika mula melanggan, kita mungkin bersemangat mahu memanfaatkannya. Namun, selepas beberapa minggu, aplikasi itu tidak lagi dibuka tetapi bayaran terus ditolak setiap bulan secara automatik.

    Contohnya, langganan premium muzik RM14.90, aplikasi senam RM20 dan aplikasi penyunting gambar RM8 sebulan. Jika ketiga-tiganya tidak digunakan tetapi masih aktif, setiap bulan RM42.90 melayang begitu sahaja. 

    Dalam setahun, jumlah itu mencecah lebih RM500, setara dengan kos insurans nyawa asas atau simpanan pelaburan yang boleh berkembang nilainya.

    Belanja makan luar yang terlalu kerap

    Belanja makan luar juga merupakan faktor utama duit cepat habis. Ramai yang memilih untuk membeli makanan siap kerana lebih mudah dan menjimatkan masa. 

    Namun, mudah tidak semestinya murah. Misalnya, sarapan roti canai dan teh tarik berharga RM5, makan tengah hari nasi campur bersama air RM10 dan makan malam nasi goreng serta air berkarbonat RM9. Jumlahnya RM24 sehari.

    Jika dikira dalam sebulan bekerja, belanja makan luar sahaja sudah mencecah RM528. Ini belum termasuk hujung minggu yang selalunya makan di luar juga, kadangkala di restoran yang lebih mahal. 

    Sedangkan jika masak sendiri, kos untuk sehari mungkin tidak sampai separuh daripada jumlah itu. Selain lebih menjimatkan, memasak sendiri juga jauh lebih sihat kerana kita mengawal sendiri minyak, garam dan kandungan gula dalam makanan.

    Bayar minimum kad kredit

    Kad kredit sememangnya membantu jika digunakan dengan bijak. Namun, ramai hanya membayar kadar minimum setiap bulan kerana merasakan ia sudah memadai. 

    Sebenarnya, bayaran minimum hanya melangsaikan sebahagian kecil hutang pokok dan selebihnya adalah faedah. Hutang kad kredit mempunyai kadar faedah yang tinggi, sekitar 15-18 peratus setahun. 

    Jika anda terus membayar kadar minimum, baki hutang akan terus membesar dan pada akhirnya duit yang dibayar setiap bulan hanya habis untuk membayar faedah sahaja, bukan mengurangkan hutang asal.

    Situasi ini menyebabkan kita terperangkap dalam lingkaran hutang. Duit yang sepatutnya boleh digunakan untuk simpanan masa depan akhirnya hangus begitu sahaja hanya untuk membayar bunga hutang.

    Kos pengangkutan yang tidak disedari

    Kos pengangkutan juga sering diabaikan ketika merancang bajet bulanan. Bagi yang menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab untuk ke tempat kerja, tambang pergi dan balik mungkin mencecah RM15 sehari. 

    Dalam sebulan bekerja, perbelanjaan untuk pengangkutan sahaja sudah mencecah RM300. Bagi yang memandu sendiri pula, walaupun memiliki kereta sendiri kelihatan lebih jimat, kos minyak, tol dan parkir boleh menelan belanja yang sama atau lebih tinggi, terutamanya jika tempat kerja jauh dari rumah.

    Masalahnya, kerana kos pengangkutan ini dibayar sedikit demi sedikit setiap hari, ramai tidak sedar jumlah besarnya apabila dikumpul sebulan. Ia menjadi salah satu sebab utama duit cepat habis tanpa disedari.

    Beli kerana mahu, bukan perlu

    Ramai antara kita membeli sesuatu bukan kerana perlu tetapi kerana mahukan keseronokan. Membeli baju baharu walaupun almari sudah penuh, membeli alat elektronik baru hanya kerana keluaran terkini atau membeli set penjagaan kulit baharu kerana terpengaruh dengan ulasan media sosial padahal produk lama masih belum habis. 

    Pembelian impulsif seperti ini memang memberi rasa seronok sementara tetapi kesannya kepada kewangan adalah berpanjangan. Duit habis tetapi kita tetap rasa kosong kerana membeli tanpa tujuan sebenar. – RELEVAN

    Previous ArticleJangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    Next Article Manfaat matcha berbanding kopi yang ramai tak tahu

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.