Facebook Twitter
    Trending
    • 6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu
    • Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta
    • Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?
    • Perkasa semula program keusahawanan 1K1P
    • Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini
    • Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara
    • Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini
    • Belanjawan 2026: 7 inisiatif ke arah kawalan bencana alam
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok, arak tampung peningkatan kualiti rawatan kesihatan

      October 11, 2025

      Hati-hati, fon telinga boleh jadi punca hilang deria pendengaran

      October 8, 2025

      7 figura ternama dunia menghidap Sindrom Asperger

      October 7, 2025

      Influenza A – kenali simptom dan cara menjaga diri

      October 7, 2025

      Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

      October 6, 2025
    • Kewangan

      Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

      October 14, 2025

      Belanjawan 2026: SARA, STR dan peluang kedua untuk rakyat bankrap

      October 10, 2025

      Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

      October 8, 2025

      Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

      October 8, 2025

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025
    • Pendidikan

      6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

      October 15, 2025

      Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

      October 15, 2025

      Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

      October 15, 2025

      Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: 7 inisiatif ke arah kawalan bencana alam

      October 11, 2025
    • Kerjaya

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan

      October 10, 2025

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025

      4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

      September 19, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bolehkah wasiat dicabar?

    Bolehkah wasiat dicabar?

    By NURUL ARIFAH SHAHIFUDINMay 22, 2025Updated:May 23, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bolehkah wasiat dicabar?
    Nurul Arifah Shahifudin

    WASIAT sering dianggap sebagai langkah terakhir seseorang dalam merancang pembahagian harta supaya ia dapat diagihkan secara teratur kepada waris selepas kematian. 

    Ia bukan sekadar catatan di atas kertas tetapi satu bentuk amanah yang membawa maksud besar iaitu menyampaikan harta kepada pihak tertentu menurut kehendak pewasiat.

    Namun, timbul persoalan “Kalau dah buat wasiat, bolehkah dicabar?”

    Jawapannya, boleh tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh hukum syarak dan perundangan negara. Wasiat tidak semestinya mutlak terutamanya jika ia bertentangan dengan prinsip keadilan Islam atau melanggar syarat sah.

    Asal usul wasiat dalam Islam

    Pada permulaan zaman Islam, umat Islam diberi kebebasan penuh untuk membuat wasiat kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira sama ada penerima itu waris atau bukan. Ini termasuklah ibu bapa, saudara mara, atau mana-mana individu yang mereka kehendaki.

    Namun, apabila syariat Islam diperincikan, muncul garis panduan yang lebih terperinci seperti berikut:

    • Hanya dibenarkan kepada bukan waris, iaitu individu yang tidak tersenarai dalam pembahagian faraid.
    • Tidak boleh melebihi 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta peninggalan.

    Langkah ini diambil bagi memastikan pembahagian harta berlaku secara adil kepada waris yang berhak dan untuk mengelakkan berlakunya kezaliman atau ketidakadilan terhadap mereka yang sepatutnya menerima bahagian harta berdasarkan hukum Islam.

    Islam menolak adat Jahiliah

    Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem pewarisan yang berat sebelah. Wanita dan kanak-kanak sering dinafikan hak terhadap harta peninggalan keluarga kerana dianggap tidak layak untuk mewarisi.

    Namun, Islam datang membawa perubahan besar. Martabat wanita dan kanak-kanak diangkat, dan hak mereka diiktiraf. Dalam Surah An-Nisa, ayat 7, Allah SWT berfirman:

    “Bagi lelaki ada bahagian dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, dan bagi wanita ada bahagian dari peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak, menurut bahagian yang telah ditetapkan.”

    Ayat tersebut menjelaskan bahawa hak mewarisi adalah untuk semua yang layak tanpa mengira jantina atau umur, selagi mereka memenuhi syarat sebagai waris.

    Prinsip utama wasiat dalam Islam

    Untuk memastikan wasiat sah di sisi Islam, beberapa prinsip asas perlu difahami dan dipatuhi:

    • Wasiat hanya untuk bukan waris, dan jumlahnya tidak boleh melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta peninggalan.
    • Pewasiat mestilah sihat tubuh badan dan waras akal ketika membuat wasiat, bagi mengelakkan unsur paksaan atau keraguan.
    • Wasiat kepada waris (seperti anak atau pasangan) hanya sah jika semua waris lain bersetuju selepas kematian pewasiat.
    • Jika pewasiat mempunyai hutang yang belum dilunaskan, maka wasiatnya tidak boleh dilaksanakan sehingga hutang itu diselesaikan terlebih dahulu.
    • Sekiranya seseorang mewasiatkan harta kepada individu yang membunuhnya, wasiat itu dianggap batal secara automatik.

    Harta pusaka: Berwasiat vs Tanpa wasiat

    Harta pusaka berwasiat

    Dalam kes harta pusaka berwasiat, si mati telah membuat perancangan awal dan menyediakan wasiat yang lengkap. Biasanya, wasiat akan menyenaraikan dengan jelas siapa yang akan menerima bahagian tertentu daripada hartanya khususnya untuk bahagian 1/3 yang boleh diberikan kepada bukan waris.

    Contohnya, pewasiat mungkin mewasiatkan sebahagian hartanya kepada badan kebajikan, jiran atau rakan yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan secara langsung.

    Harta pusaka tanpa wasiat

    Jika si mati tidak sempat atau tidak pernah membuat wasiat, maka keseluruhan harta peninggalannya akan dibahagikan mengikut hukum faraid. Waris-waris akan menerima bahagian masing-masing mengikut ketetapan yang telah ditentukan oleh syarak.

    Contoh kes: Wasiat kepada teman wanita

    Jika seorang lelaki Islam mewasiatkan seluruh hartanya kepada teman wanitanya walaupun dia mempunyai isteri dan anak-anak, hukum wasiat itu hanya sah untuk 1/3 daripada jumlah harta. Baki 2/3 akan dibahagikan mengikut faraid seperti berikut:

    • Isteri: ⅛
    • Anak-anak: 7/8 tetapi dibahagi mengikut jantina iaitu anak lelaki mendapat dua kali ganda berbanding anak perempuan.

    Bolehkah waris mencabar wasiat?

    Ya, waris berhak mencabar kesahihan sesuatu wasiat di mahkamah jika mereka percaya bahawa terdapat unsur penipuan, paksaan atau pelanggaran hukum syarak dalam wasiat tersebut.

    Namun begitu, mahkamah tetap akan mengiktiraf bahagian 1/3 yang diwasiatkan sekiranya ia sah dan tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Sekiranya semua waris bersetuju untuk menolak atau mengubah kandungan wasiat, mereka boleh berbuat demikian tetapi ia mesti dilakukan dengan persetujuan bersama.

    Wasiat bukan sekadar urusan legaliti tetapi mencerminkan nilai tanggungjawab pewasiat terhadap keluarga dan agamanya. Ia adalah amanah terakhir seseorang untuk memastikan hartanya tidak menjadi punca pertelingkahan.

    Beberapa perkara penting yang perlu diambil kira:

    • Rancang dan buat wasiat semasa masih sihat. Jangan tunggu saat-saat akhir.
    • Dapatkan nasihat daripada pakar seperti Amanah Raya atau peguam syariah bagi memastikan dokumen wasiat mematuhi undang-undang dan syariat.
    • Fahami hukum dan prinsip Islam agar wasiat tidak mencetuskan konflik dalam kalangan ahli keluarga selepas kematian.

    “Wasiat bukan hanya tentang harta tetapi berkaitan tanggungjawab.” – RELEVAN

    NURUL ARIFAH SHAHIFUDIN merupakan pegawai Amanah Raya dan telah berada dalam industri perwarisan sejak 2015. Berpengalaman dalam bidang pengurusan operasi dan membantu masyarakat dalam pengurusan pusaka serta merancang perwarisan melalui wasiat, amanah dan hibah.

    cabar wasiat featured kewangan wasiat

    Artikel berkaitan

    6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

    October 15, 2025

    Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

    October 15, 2025

    Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

    October 15, 2025

    Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

    October 14, 2025

    Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

    October 14, 2025

    Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara

    October 13, 2025
    Artikel Terkini

    6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

    October 15, 2025

    Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

    October 15, 2025

    Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

    October 15, 2025

    Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

    October 14, 2025

    Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

    October 14, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.