Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas

    Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas

    By JOHANNA MUMTAZ WANPAApril 30, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas. -GAMBAR NASA

    PADA 12 April 1961, satu detik bersejarah telah tercatat dalam lipatan sejarah dunia apabila seorang lelaki dari Kesatuan Soviet (kini dikenali sebagai Rusia) berjaya mengelilingi orbit bumi buat kali pertama.

    Lelaki itu ialah Yuri Alekseyevich Gagarin, seorang angkasawan muda yang bukan sahaja mengubah sejarah penerbangan angkasa malah menjadi inspirasi kepada generasi muda di seluruh dunia.

    Kehidupan seorang wira

    Yuri Gagarin dilahirkan pada 9 Mac 1934 di sebuah kampung kecil bernama Klushino di Smolensk, Rusia. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Keluarganya hidup dalam keadaan sederhana dan bekerja sebagai petani.

    Yuri Gagarin dilahirkan pada 9 Mac 1934 di sebuah kampung kecil bernama Klushino di Smolensk, Rusia. -GAMBAR WIKIPEDIA

    Semasa Perang Dunia Kedua, rumah keluarga Gagarin telah diceroboh oleh tentera Nazi Jerman. Pengalaman pahit itu membentuk semangat dan kekuatan dalaman dalam diri Gagarin sejak kecil lagi.

    Setelah tamat persekolahan, Gagarin melanjutkan pengajian dalam bidang teknologi di Sekolah Perindustrian Saratov. Dari situlah minat beliau terhadap penerbangan mula berputik.

    Beliau menyertai kelab penerbangan dan mula belajar mengendalikan pesawat ringan. Minat mendalam itu mendorongnya untuk mendaftar ke Sekolah Penerbangan Orenburg, di mana beliau menerima latihan sebagai juruterbang tentera.

    Misi jelajah angkasa

    Pada 1960, program angkasa Soviet sedang giat mencari calon terbaik untuk dihantar ke angkasa lepas. Gagarin terpilih daripada lebih 2,000 calon kerana keistimewaan yang dimilikinya termasuk kemahiran menerbangkan pesawat serta ketahanan mental dan emosi yang luar biasa.

    Tambahan pula, perwatakan beliau yang rendah diri, berdisiplin dan mudah didekati menjadikan beliau calon yang sesuai untuk misi angkasa pertama dunia.

    Pada 12 April 1961, kapal angkasa Vostok 1 yang dipandu oleh Yuri Gagarin telah dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan.

    Dalam tempoh 108 minit, Gagarin berjaya mengelilingi bumi sebanyak satu pusingan. Walaupun penerbangannya singkat, ia menjadi titik permulaan kepada eksplorasi angkasa lepas oleh manusia.

    Sepanjang perjalanan itu, Gagarin sempat melaporkan keadaan bumi dari angkasa yang disifatkannya sebagai ‘sangat indah’.

    Semasa pelancaran kapal angkasa itu, Gagarin mengungkapkan kata-kata bersejarah iaitu ‘Poyekhali!’ yang membawa maksud ‘Mari kita pergi!’ dalam bahasa Rusia. Kata-kata ringkas itu menjadi simbol keberanian dan semangat manusia untuk meneroka perkara yang belum pernah dicapai.

    Wira kembali ke bumi

    Sekembalinya ke bumi, Gagarin disambut sebagai wira bukan sahaja di Soviet malah di seluruh dunia. Beliau mengadakan lawatan ke pelbagai negara sebagai duta keamanan dan kemajuan sains.

    Senyumannya yang ikhlas serta keperibadiannya yang menyenangkan menjadikan beliau disukai ramai. Namun begitu, Gagarin tetap kekal merendah diri dan tidak pernah melupakan asal usulnya.

    Walaupun beliau tidak dihantar lagi ke angkasa lepas selepas kejayaan itu, Gagarin terus berkhidmat dalam program angkasa Soviet sebagai jurulatih dan penasihat teknikal.

    Malangnya, pada 27 Mac 1968, dunia dikejutkan dengan berita kematian Yuri Gagarin dalam satu kemalangan pesawat latihan berhampiran Moscow. Pada ketika itu, beliau baru berusia 34 tahun.

    Namun, legasi Gagarin kekal abadi. Namanya terus dikenang menerusi sekolah, jalan raya, stesen angkasa dan monumen di seluruh dunia yqng dinamakan sempena beliau. Tarikh pelancarannya ke angkasa pada 12 April, turut diperingati dan disambut setiap tahun sebagai Hari Penerbangan Angkasa Lepas Antarabangsa.

    Impian jadi kenyataan

    Gagarin membuktikan bahawa impian sebesar mana pun boleh dicapai dengan usaha, semangat dan keyakinan diri. Beliau bukan sahaja membawa nama negaranya ke persada dunia tetapi membuka lembaran baharu dalam bidang sains dan teknologi.

    Kisah Yuri Gagarin merupakan contoh nyata bahawa kejayaan tidak bergantung kepada latar belakang semata-mata. Beliau berasal daripada keluarga biasa namun keazaman dan kerajinannya menjadikan beliau manusia pertama yang menjejakkan diri ke angkasa.

    Sebagai generasi muda, kita perlu mencontohi semangat Gagarin dalam mengejar ilmu dan menghadapi cabaran.

    Dunia hari ini menanti lebih ramai individu yang berani untukmelangkah ke hadapan seperti beliau, menjadikan mustahil kepada mungkin. Siapa tahu, suatu hari nanti mungkin anak muda dari Malaysia pula akan mencipta sejarah sebagai angkasawan terulung dunia. – RELEVAN

    Previous Article15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan
    Next Article Memahami hak sebagai pekerja

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.