Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Puisi sebagai cerminan diri sendiri

    Puisi sebagai cerminan diri sendiri

    By Zahra Mohamad ZhahirJanuary 17, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Puisi sebagai cerminan diri sendiri

    DALAM artikel sebelum ini, Relevan membincangkan bagaimana seni puisi semakin dilupakan dalam masyarakat.

    Namun, Merahmalam, Pujangga Anakie dan Safwan Suhardy merupakan antara golongan muda yang berusaha mengangkat martabat puisi dengan pendekatan eksperimental, menyuntik elemen segar dan relevan agar sesuai dengan zaman moden.

    Mereka berpuisi bukan sekadar mengekspresi diri tetapi juga sebagai cerminan harapan dan perjuangan mereka. Dengan pendekatan unik, mereka ingin menghidupkan semula keindahan puisi dan menyampaikan mesej yang lebih mendalam kepada masyarakat.

    ARTIKEL BERKAITAN: “Kami berpuisi bukan kerana nama”

    Selain meluah perasaan, puisi menjadi platform untuk anak muda meluahkan segala kegusaran dalam hati, terutamanya yang berkait rapat dengan cabaran hidup di ibu kota. 

    Itulah apa yang cuba diketengahkan oleh Safwan Suhardy, 27, yang sudah tiga tahun melibatkan diri dalam acara-acara puisi. 

    Baginya, puisinya lebih keras dan tegas. Ada sedikit jenaka yang diselitkan dalam puisi, namun ia lebih bersifat sinis dan melawan. 

    Menurut anak kelahiran Negeri Sembilan itu, berpuisi merupakan caranya untuk melepas lelah dan amarahnya mengenai keserabutan kota ke khalayak ramai. 

    “Puisi yang saya bawa selalunya berkisar  kehidupan kota dan masyarakat yang berusaha keras mencari rezeki. Selepas lima hari penat bekerja, saya ingin lepaskan segalanya melalui puisi. 

    “Puisi saya berlandaskan hakikat sebenar, perit jerih dan penat lelah seorang anak muda yang bertungkus-lumus mencari rezeki di ibu kota,” katanya. 

    Jangan biar diri ditindas

    Bercakap mengenai cabaran utama yang dihadapinya ketika ini, Safwan berkata, kekecewaan itu merupakan satu perkara biasa, lebih-lebih lagi bagi pemuisi yang baru bermula. 

    “Macam-macam perkara boleh menimbulkan kekecewaan. Ada yang rasa kecewa sebab zine tidak terjual. Ada juga yang kecewa kerana kurang penerimaan, dikritik dan sebagainya. 

    “Tetapi, paling kecewa adalah kehadiran sesetengah pihak yang sengaja ingin mengeksploitasi anak muda yang baru berkecimpung dalam dunia puisi. Tipu bayaran, songlap duit dan sebagainya. Ini boleh buatkan jiwa kami mati,” katanya. 

    Malah, Safwan berkata, kehadiran individu pentingkan diri sebegini perlu dicantas dengan segera agar ia tidak berterusan menindas mereka-mereka yang berminat untuk berpuisi. 

    “Ruang untuk anak muda berpuisi ini kecil sahaja. Pi mai pi mai tang tu juga. Walaupun kecil, masih ada yang ingin ambil kesempatan. Namun, keadilan perlu ditegakkan. Tiada toleransi untuk mereka yang berniat jahat. 

    “Tetapi Tuhan itu maha mengasihani. Saya anggap apa yang pernah berlaku kepada diri saya tidak berlaku kepada orang lain. Lagipun, sebarang kekecewaan saya boleh jadikan inspirasi untuk puisi seterusnya,” katanya. 

    Tiga anak muda ini contoh terbaik yang akan memastikan seni puisi ini tidak akan pupus sehingga akhir zaman. – RELEVAN

    featured pendidikan puisi
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.