Facebook Twitter
    Trending
    • Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu
    • Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini
    • Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan
    • Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu
    • Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti
    • Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba
    • Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru
    • Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026

      3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

      March 19, 2026

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026
    • Kewangan

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026
    • Pendidikan

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026

      Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

      March 30, 2026

      Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

      March 26, 2026

      Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

      March 25, 2026
    • Kerjaya

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 hal tentang tadbir urus cukai dalam ESG

    5 hal tentang tadbir urus cukai dalam ESG

    By S. SARAVANA KUMAR dan NUR SHOHIDAH RAMLEENovember 5, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BAGI syarikat, dasar cukai yang telus penting untuk membina kepercayaan dalam kalangan pihak berkepentingan serta orang ramai. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    HARI ini, pertimbangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) telah menjadi antara komponen yang sangat penting dalam strategi korporat.

    Peralihan kepentingan tersebut adalah hasil pengiktirafan bahawa kejayaan jangka panjang sesebuah perniagaan bergantung kepada amalan lestari dan mampan.

    Ini menyebabkan faktor ESG mula mempengaruhi keputusan pelaburan, strategi pengoperasian dan kerangka peraturan dalam segenap industri di seluruh dunia.

    Dalam tiga cabang spektrum ESG, tadbir urus adalah tonggak utama yang kritikal dan mempengaruhi perjalanan sesebuah syarikat.

    Tadbir urus merangkumi aspek seperti etika korporat, akauntabiliti, ketelusan dan pengurusan hubungan dengan pihak berkepentingan.

    Tadbir urus cukai pula melibatkan strategi yang digunakan syarikat untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang cukai.

    Walau bagaimanapun, tadbir urus cukai bukan sahaja terhad kepada strategi tersebut, malah merangkumi bagaimana strategi tersebut mencerminkan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab sosial korporat.

    Tadbir urus cukai mempunyai objektif dua hala. Pertama, memastikan pematuhan terhadap undang-undang cukai. Kedua, memberi isyarat kepada pihak berkepentingan bahawa syarikat komited terhadap amalan perniagaan yang adil dan bertanggungjawab.

    Objektif kedua itu menjadi tumpuan utama kerana pihak berkepentingan semakin mementingkan ketelusan dan akauntabiliti syarikat – bukan sahaja dari segi jumlah cukai yang dibayar, malah sumbangan mereka kepada matlamat sosial dan alam sekitar.

    Peranan cukai dalam ESG

    Bagi syarikat, dasar cukai yang telus penting untuk membina kepercayaan dalam kalangan pihak berkepentingan serta orang ramai.

    Secara semula jadi, syarikat yang terbuka dengan urusan cukai mereka dilihat lebih boleh dipercayai dan bertanggungjawab. 

    Ini kerana sumbangan cukai adalah asas kepada pembiayaan perkhidmatan awam seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan infrastruktur; sebahagian besarnya digunakan untuk ekuiti sosial.

    Sumbangan cukai merupakan bahagian penting dalam tiang sosial ESG dan syarikat yang menyelaraskan amalan cukai dengan wajar menunjukkan mereka ada tanggungjawab sosial.

    Cabaran dan peluang dalam mengintegrasikan cukai serta ESG

    Usaha mengintegrasikan strategi cukai dalam rangka kerja ESG bukanlah tanpa cabaran dan kerumitan. Cabaran utama adalah menyesuaikan dengan keperluan rumit pelbagai bidang kuasa.

    Keperluan khusus bidang kuasa tersebut dilengkapi piawaian global yang sentiasa berkembang, seperti Pelan Tindakan Penghapusan Asas dan Pengalihan Keuntungan (BEPS) Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). 

    Walaupun keperluan yang pelbagai itu mempunyai matlamat yang sama, iaitu membendung pengelakan cukai dan memastikan amalan cukai yang adil, aplikasi dan penguatkuasaan boleh berbeza dengan ketara pada setiap bidang kuasa.

    Selain itu, memandangkan dinamik peraturan berubah lebih cepat daripada sebelumnya, syarikat perlu sentiasa menyesuaikan tadbir urus cukai. Ini termasuk memastikan pematuhan terhadap indeks dan rangka kerja yang bertema kemampanan, seperti Inisiatif Pelaporan Global (GRI), yang kini merangkumi pendedahan cukai sebagai komponen utama.

    Walaupun terdapat cabaran, dinamik pasaran menawarkan peluang yang signifikan kepada syarikat untuk memaparkan kepimpinan dalam kemampanan, seterusnya meningkatkan reputasi serta kepercayaan pihak berkepentingan.

    Sebagai contoh, pendedahan cukai yang telus menyokong dakwaan syarikat mengenai sumbangan positif kepada masyarakat yang memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan dan bukan hanya kepada pemegang saham mereka.

    Amalan terbaik dalam tadbir urus cukai untuk ESG

    Untuk mengintegrasikan tadbir urus cukai dan matlamat ESG dengan berkesan, syarikat perlu membangunkan rangka kerja tadbir urus cukai komprehensif yang memastikan ketelusan dan pematuhan, selaras dengan objektif kemampanan yang lebih luas.

    Proses sebegini memerlukan lembaga pengarah dan pengurusan kanan memainkan peranan penting dalam menetapkan nada dan mengawasi pelaksanaan strategi cukai yang beretika dan telus.

    Ini melibatkan pemantauan amalan cukai syarikat secara aktif dan pencegahan perancangan cukai agresif yang mungkin merosakkan reputasi serta kepentingan pihak berkepentingan.

    Kepimpinan juga harus memastikan bahawa dasar cukai diperiksa secara berkala untuk mencerminkan komitmen syarikat terhadap amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

    Malah, penting untuk melihat bahawa pasaran telah memimpin penetapan amalan terbaik dalam tadbir urus cukai. 

    Sebagai contoh, beberapa pelabur institusi telah mula mempertimbang tingkah laku cukai yang bertanggungjawab sebagai faktor penting dalam keputusan pelaburan.

    Selain itu, piawaian Inisiatif Pelaporan Sejagat (GRI), khususnya GRI 207 yang memberi tumpuan kepada ketelusan cukai telah menyediakan rangka kerja yang jelas untuk pendedahan menyeluruh tentang amalan cukai bagi syarikat.

    Insentif cukai untuk ESG di Malaysia

    Belanjawan 2024 memperkenalkan beberapa insentif cukai untuk menggalakkan penerimaan luas inisiatif ESG. 

    Pendekatan itu menunjukkan langkah polisi yang tegas oleh kerajaan untuk memajukan agenda ESG.

    Inisiatif tersebut termasuk:

    • Potongan cukai sehingga RM50,000 setahun untuk perbelanjaan ESG.
    • Sambungan pengecualian cukai untuk pendapatan yuran pengurusan daripada dana Pelaburan Berdaya Lestari dan Bertanggungjawab (SRI)
    • Potongan cukai atas kos penerbitan sukuk SRI
    • Pengecualian cukai ke atas geran untuk sukuk dan bon SRI di bawah Piawaian Bon Berkaitan Kemampanan ASEAN
    • Potongan cukai sehingga RM300,000 untuk pengukuran, pelaporan dan pengesahan yang berkaitan projek karbon
    • Potongan cukai untuk sumbangan kepada penanaman pokok, pemeliharaan alam sekitar dan projek kesedaran pemeliharaan yang disahkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

    Masa depan tadbir urus cukai dalam ESG

    Pada masa hadapan, tadbir urus cukai dijangka dipengaruhi secara signifikan oleh kemajuan teknologi dan kerjasama antarabangsa.

    Pertama, inovasi teknologi seperti platform pelaporan digital dan blok rantai (blockchain) dijangka akan meningkatkan kecekapan dan ketelusan keseluruhan pematuhan cukai. Ini akan memudahkan pengumpulan data ESG yang lebih tepat dan cepat.

    Selain itu, trend kerjasama antarabangsa yang berkembang didorong inisiatif seperti pelan tindakan BEPS OECD dijangka akhirnya akan menyelaraskan peraturan cukai. 

    Apabila inisiatif merentas sempadan itu berkembang, lebih mudah bagi perniagaan untuk mematuhi kewajipan cukai berkaitan ESG.

    Kesimpulan

    Pada masa hadapan, pengintegrasian tadbir urus cukai dengan strategi ESG akan menjadi sangat penting bagi perniagaan yang ingin membina dan mengekalkan kepercayaan dengan pihak berkepentingan.

    Oleh itu, perniagaan digalakkan untuk mengamalkan amalan cukai yang telus dan bertanggungjawab sebagai sebahagian daripada komitmen mereka terhadap kemampanan.

    Ini tidak hanya akan membantu mereka mematuhi keperluan peraturan, malah meletakkan mereka dalam kedudukan yang baik di mata pelabur dan orang ramai yang semakin mengutamakan amalan etika serta ketelusan. – RELEVAN

    Saravana Kumar merupakan rakan kongsi di RDS Partnership yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam mengendali pelbagai kes dan transaksi berkaitan cukai, SST dan kastam.

    Nur Shohidah Romlee merupakan peguam di RDS Partnership yang terlibat secara aktif mengendali pelbagai transaksi korporat, termasuk isu berkaitan ESG dan pematuhan kawal selia.

    Previous ArticlePerpecahan politik, integriti ekonomi dan risiko terhadap Petronas
    Next Article Petua menulis A. Samad Said dalam Ilham Di Tepi Tasik

    Artikel berkaitan

    Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

    March 31, 2026

    Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

    March 31, 2026

    Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

    March 30, 2026

    Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

    March 27, 2026

    Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

    March 26, 2026

    Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    March 25, 2026
    Artikel Terkini

    Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

    March 31, 2026

    Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

    March 31, 2026

    Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

    March 30, 2026

    Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

    March 27, 2026

    Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

    March 26, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.