Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perpecahan politik, integriti ekonomi dan risiko terhadap Petronas

    Perpecahan politik, integriti ekonomi dan risiko terhadap Petronas

    By TENGKU NGAH PUTRANovember 1, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERPECAHAN politik yang sempit mengancam keupayaan Petronas untuk menyumbang hasil kepada negara. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk melihat semula asas dan tujuan kita sebagai sebuah negara yang merdeka.

    Ini terutamanya setelah kita menyambut ulang tahun ke-60 pada 16 September dan pengumuman Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu.

    Peristiwa itu memperlihatkan kepentingan perpaduan ekonomi dan politik yang semakin mendesak dalam keadaan dunia yang penuh ketidakpastian.

    Sejak pembentukan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), wujud usaha-usaha untuk memperjuangkan hak negeri, terutamanya Sabah dan Sarawak.

    MTEM mengingatkan bahawa perjuangan itu mestilah dilaksanakan secara bijaksana, tanpa mengorbankan kesatuan ekonomi nasional yang amat penting dalam menghadapi persaingan global.

    Di peringkat politik, Malaysia telah mengalami pelbagai cabaran dalam memastikan penyatuan sebuah persekutuan yang kuat. 

    Namun, kami bimbang dengan peningkatan sentimen parokial yang sering kali dipacu isu MA63 serta sentimen politik tempatan di Sabah dan Sarawak.

    Penting untuk diingat bahawa Malaysia sebagai sebuah negara bersatu telah berjaya mempertahankan keselamatan dan kedaulatan kita di rantau ini, terutamanya dalam menghadapi ancaman dari luar.

    Kejayaan itu merupakan hasil perpaduan kita sebagai satu bangsa, bukannya berdasarkan pembahagian atau perpecahan.

    Risiko hasil Petronas

    Dari segi ekonomi pula, MTEM menegaskan bahawa keutuhan ekonomi negara bergantung kepada kekuatan serta integriti ekosistem industri minyak dan gas yang dikendalikan Petronas.

    Sejak penubuhannya, Petronas telah memainkan peranan penting dalam menyatukan sumber ekonomi dan memacu pertumbuhan negara dengan profesionalisme dan integriti.

    Syarikat itu – yang dimiliki seluruh rakyat Malaysia – telah menyumbang lebih RM1.2 trilion kepada negara sejak ditubuhkan. Namun, MTEM bimbang langkah-langkah tertentu daripada pihak negeri yang bertumpukan kepada keuntungan segera mungkin boleh menyebabkan ancaman kepada kestabilan ekonomi serta industri minyak dan gas negara khususnya.

    Belanjawan 2025 yang dibentangkan baru-baru ini memberi gambaran jelas mengenai kemerosotan hasil petroleum daripada 41.3 peratus hasil negara pada 2009 kepada hanya 18.3 peratus pada 2025.

    Ini bukan sekadar kesan harga minyak, malah hasil negeri yang kian dibahagikan akibat desakan politik negeri yang tidak mempertimbangkan kesejahteraan nasional.

    MTEM melihat tindakan sebegitu sebagai satu peringatan jelas tentang bahaya politik perpecahan.

    Jika tidak dihentikan, Petronas yang selama ini menjadi benteng ekonomi nasional bakal berhadapan risiko kehilangan upaya untuk menjana pendapatan bagi seluruh negara. Akibatnya, pulangan dalam bentuk dividen, royalti dan cukai juga akan berkurangan.

    Akhirnya, rakyatlah yang akan menanggung beban.

    Tidak berpecah lagi

    Petronas telah berfungsi sebagai simbol perpaduan ekonomi negara selama lebih 50 tahun dan hasilnya telah disumbangkan kepada kerajaan persekutuan dan negeri-negeri, serta Dana Amanah Negara.

    Pelaburan strategik Petronas di Sabah dan Sarawak seperti Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) di Bintulu, loji baja di Sipitang dan infrastruktur utama lain telah memberikan manfaat besar kepada ekonomi serta rakyat negeri-negeri tersebut.

    Itu merupakan bukti nyata bahawa perpaduan ekonomi yang digerakkan Petronas memberi pulangan kepada semua negeri tanpa mengira sempadan geografi.

    MTEM mengingatkan bahawa kita berkongsi sejarah panjang sebagai sebuah negara yang pernah melalui cabaran bersama dalam menghadapi konfrontasi dengan Indonesia, tuntutan wilayah daripada Filipina dan ancaman kuasa luar seperti China di perairan.

    Malaysia tidak boleh dan tidak wajar berpecah lagi. Kita mesti kembali kepada semangat asal penubuhan Malaysia yang meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara dalam membina negara ini, bukan sebagai alat politik sempit.

    Tanpa penyatuan dan perpaduan dalam pembangunan ekonomi, terutamanya dalam sektor yang berisiko tinggi seperti industri minyak dan gas, kemungkinan besar Malaysia akan kehilangan daya saingnya dan sukar menarik pelaburan yang sangat diperlukan.

    Kekal, bangun, lindung

    Dalam era globalisasi yang semakin mencabar, ekonomi yang bersatu dan berskala besar adalah satu-satunya cara untuk terus maju dan berkembang. Malaysia tidak mampu bersaing di pentas dunia sebagai sebuah ekonomi yang berpecah-belah.

    MTEM menyeru agar kepimpinan negeri dan persekutuan bekerja bersama demi memastikan pembangunan ekonomi yang seimbang dan berterusan, sekali gus menjamin hasil daripada sektor tersebut terus dimanfaatkan untuk kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

    MTEM juga mengingatkan bahawa pembangunan dan kemajuan ekonomi tidak akan bermakna sekiranya kita terus dipecah-belahkan. Kita perlu berusaha menyatukan rakyat Malaysia dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak.

    Kita juga perlu berusaha menghargai peranan setiap negeri dalam membina masa depan yang lebih baik dan lebih cerah untuk semua.

    Marilah kita, sebagai sebuah negara yang bersatu, meneruskan usaha untuk mengekalkan, membangun dan melindungi ekosistem minyak dan gas negara yang telah kita bina selama ini.

    MTEM dengan tegas menyeru agar semua pihak mempertimbangkan masa depan Malaysia secara menyeluruh dan mengelakkan sebarang usaha yang boleh merosakkan integriti ekonomi kita.

    Demi kemakmuran bersama, kita harus bergerak ke arah perpaduan ekonomi yang kuat dan tidak terpecah-belah. – RELEVAN

    Penulis merupakan Ketua Kluster Minyak dan Gas MTEM.

    Previous ArticleMengingati Salleh Ben Joned dan legasi Jebatnya
    Next Article 5 hal tentang tadbir urus cukai dalam ESG

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.