Facebook Twitter
    Trending
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Imbas laporan: Perpecahan al-Arqam dan kesesatan Aurad Muhammadiyah

    Imbas laporan: Perpecahan al-Arqam dan kesesatan Aurad Muhammadiyah

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 26, 2024Updated:October 14, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GRAFIK OLEH RELEVAN

    KONTROVERSI melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) mengangkat kembali kisah lama tentang pertubuhan al-Arqam. 

    Al-Arqam merupakan pertubuhan dakwah yang diketuai Ashaari Muhammad, ditubuhkan pada 1968 dengan nama Kumpulan Rumah Putih.

    Pertubuhan itu diisytiharkan sesat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 11 Ogos 1994. Ashaari ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kira-kira sebulan selepas itu, sebelum dibebaskan pada Oktober 2004.

    Walaupun diisytihar sesat pada 1994, kontroversi al-Arqam bermula sejak dekad 1980-an. Al-Arqam yang bergerak sebagai yayasan pada dekad itu mula mendapat perhatian media perdana apabila Timbalan Ketuanya, Mokhtar Yaakob keluar daripada pertubuhan tersebut.

    Antara akhbar yang banyak membuat liputan tentang al-Arqam pada dekad itu ialah Utusan Malaysia. Kebanyakan liputan dibuat pada 1986, iaitu tahun Mokhtar keluar al-Arqam.

    Relevan meluangkan masa di Arkib Media Mulia untuk membaca sendiri laporan-laporan yang dibuat ketika itu. Berikut merupakan kontroversi-kontroversi melibatkan al-Arqam sepanjang 1986 yang ditemui.

    Terpecah-belah

    Pada 18 Jun 1986, Utusan Malaysia melaporkan perpecahan Yayasan Arqam selepas Timbalan Ketuanya, Mokhtar Yaakob didakwa keluar daripada pertubuhan tersebut.

    Laporan tersebut menjadi berita utama muka hadapan dengan tajuk “Yayasan Arqam pecah belah”. Wartawan Utusan Malaysia, Zin Mahmud mendapat maklumat daripada sumber terdekat Mokhtar bahawa pendakwah tersebut keluar kerana tidak bersetuju dengan kepercayaan ketuanya, Ashaari Muhammad mengenai Imam Mahdi.

    Terdahulu, pada 1979, tujuh orang tokoh kanan al-Arqam yang diketuai Akhbar Anang turut keluar atas sebab sama. Mereka kemudiannya lebih aktif dalam politik bersama parti PAS.

    Namun, menurut sumber tersebut, perpecahan kali ini terjadi sepenuhnya kerana akidah, bukan politik. 

    Ashaari ketika itu baru pulang dari lawatan ke Maghribi. Sebaik pulang, dia dikatakan memaksa semua ahli al-Arqam untuk mengamalkan tarekat Muhammadiyah As-Suhaimiah.

    KERATAN muka hadapan Utusan Malaysia 18 Jun 1986. Hubungi Arkib Media Mulia untuk salinan penuh.

    Mokhtar yang tidak mengamalkan tarekat tersebut tidak bersetuju dan seterusnya bertindak keluar bersama beberapa pengikutnya.

    Sumber tersebut memberitahu, Ibu Pejabat al-Arqam di Sungai Penchala, Kuala Lumpur juga telah dipindahkan ke Kampung Sempadan, Pahang akibat perpecahan itu.

    Laporan tentang al-Arqam diteruskan di muka hadapan Utusan Malaysia pada 19 Jun 1986. Kali ini, Zin melawat perkampungan pertubuhan tersebut di Sungai Penchala dan menemu bual penduduk serta bekas ahlinya. 

    Hasil tinjauan mendapati, banyak bangunan dirosakkan, dipercayai oleh pengikut Ashaari yang tak mahu kemudahan di situ digunakan pengikut Mokhtar. Perkampungan yang sebelum itu lengkap dengan kemudahan asas menjadi terbiar apabila pengikut Ashaari mula berpindah sejak Januari tahun itu.

    Menanti Mahdi palsu

    Kontroversi utama al-Arqam pada dekad 1980-an ialah tarekat yang diamalkan Ashaari, iaitu Aurad Muhammadiyah atau Muhammadiyah As-Suhaimiah. Pengamal tarekat itu percaya bahawa pengasasnya, Sheikh Muhammad As-Suhaimi merupakan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan umat Islam pada akhir zaman.

    Malah, mereka juga percaya bahawa Sheikh Muhammad tidak mati pada 1925 di Klang, Selangor sebaliknya dia dighaibkan sebelum dimunculkan semula pada akhir zaman kelak.

    Laporan Utusan Malaysia pada 26 Jun 1986 memetik bekas ahli al-Arqam, Satar Taha yang keluar daripada pertubuhan tersebut pada 1979. Katanya, pengamal tarekat Muhammadiyah percaya bahawa Sheikh Muhammad masih hidup dan menjadi penghulu segala wali Allah di hutan Alas Kotongo, Jawa Tengah.

    Kepercayaan tersebut menjadi asas percanggahan tarekat Muhammadiyah dengan ajaran Islam, menurut Mufti Perak ketika itu, Harussani Zakaria. Utusan Malaysia memetik pandangannya dalam laporan muka hadapan pada 20 Jun 1986.

    KERATAN muka hadapan Utusan Malaysia 20 Jun 1986. Hubungi Arkib Media Mulia untuk salinan penuh.

    Perincian yang lebih jelas tentang tarekat tersebut ada dalam laporan muka hadapan pada 26 Jun 1986.

    Utusan Malaysia menemu bual seorang pegawai tinggi kerajaan yang tidak mahu identitinya didedahkan. Menurut pegawai tersebut, lafaz syahadah yang diamalkan pengikut Ashaari lebih panjang daripada biasa.

    Katanya, lafaz syahadah tersebut akan ditambah kalimah Abu Bakar As-Siddiq, Umarul Faruk, Usmannubar Rahim, Ali Adududdin, Muhamad Al-Mahdi Khulafa’ Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam.

    Malah, bacaan syahadah itu juga perlu disusuli dengan salam kepada “empunya wirid” dengan berkata: “Assalamualaikum Ya Saidina Assheikh Assuhaimi”.

    Antara dakwaan lain yang didedahkan pegawai tersebut ialah pemimpin tertentu al-Arqam mempunyai kuasa batin untuk mempengaruhi pengikutnya dan setiap ahli perlu berbaiah.

    Taat setia ahli

    Ahli al-Arqam juga dikatakan mempunyai pegangan “aku dengar dan aku ikut”, yang bermakna mereka akan mengikut arahan pemimpin tanpa banyak soal. 

    Pada 18 Julai 1986, Utusan Malaysia memetik temu bual New Straits Times dengan bekas tokoh kanan al-Arqam yang keluar pertubuhan itu pada 1979, Akhbar Anang. 

    KERATAN laporan Utusan Malaysia 18 Julai 1986. Hubungi Arkib Media Mulia untuk salinan penuh.

    Akhbar ketika itu mendakwa Ashaari dan pemimpin tertinggi al-Arqam memesongkan kefahaman tentang fardu kifayah untuk memberikan upah murah kepada pekerjanya.

    Katanya, Ashaari memberitahu pengikutnya bahawa kerja menghasilkan kicap dan tauhu ialah fardu kifayah.

    “Ahli-ahli al-Arqam sanggup bekerja dengan gaji yang rendah kerana mempercayai kegiatan seumpama itu adalah satu jihad dan siapa yang melakukannya ialah mujahid yang akan mendapat ganjaran di akhirat.

    “Ini ialah pandangan yang salah mengenai fardu kifayah. Apa yang jelas, kegiatan seumpama itu merupakan satu jenis penindasan,” kata Akhbar. – RELEVAN

    Al-Arqam arkib featured GISBH pendidikan sejarah
    Artikel Terkini

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025

    Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

    May 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.