Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kataseni: Inisiatif menghidupkan penulisan seni tampak

    Kataseni: Inisiatif menghidupkan penulisan seni tampak

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 5, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PESERTA dan urusetia Kataseni bersama Hamir Soib (dua dari kiri) di studio Gudang. - GAMBAR MUSTAFFA TAPA OTAI (Ihsan Kataseni)

    KATASENI melihat jurang antara bidang penulisan dengan seni tampak, maka mereka cuba merapatkannya.

    Itu asas penganjuran Kataseni, sebuah program pementoran yang bertujuan melahirkan lebih banyak penulisan kritis tentang seni tampak di Malaysia.

    Pengarah Projeknya, Abdullahjones menekankan soal kefahaman dalam usaha melahirkan penulis dan pengkritik seni.

    Kata beliau, Kataseni mahu melahirkan lebih ramai penulis dan pengkritik yang betul-betul faham tentang seni.

    “Program ini adalah satu langkah awal yang penting dalam usaha melahirkan penulis dan pengkritik seni yang berkualiti.

    “Dengan pendedahan yang lebih mendalam terhadap dunia seni, kami berharap dapat membina satu generasi baharu yang bukan sahaja mampu menulis dengan baik tetapi juga mempunyai kepekaan dan pemahaman yang mendalam terhadap seni itu sendiri,” katanya dalam kenyataan pada 4 September.

    ABDULLAHJONES bertindak sebagai pengarah projek dan mentor untuk program Kataseni. – GAMBAR MUSTAFFA TAPA OTAI (Ihsan Kataseni)

    Melawat dan berdialog

    Program Kataseni diadakan pada 31 Ogos dan 1 September, bertempat di Ampang, Kuala Lumpur dan Kuang, Selangor.

    Program dua hari tersebut melibatkan latihan berhadapan dengan mentor pelukis serta lawatan ke pameran dan studio lukisan.

    Pada 31 Ogos, peserta dibawa menghadiri pameran Pesan dan Kenangan anjuran Galeri Seni Harta di Ampang.

    Pameran tersebut menampilkan koleksi lukisan milik pengumpul dan peguam, Pakharudin Sulaiman yang dikurasi Yap Sau Bin.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sesat di Galeri Puteh: Lagu-lagu M. Nasir dalam seni tampak

    Peserta bukan sahaja dipandu untuk menikmati pameran, malah diberi peluang berdialog dengan pengumpul dan kurator.

    Pada 1 September pula, peserta dibawa melawat studio Gudang milik pelukis, Hamir Soib di Kuang, Selangor.

    Sepanjang program, peserta berdialog dengan Hamir selain berpeluang melihat karyanya, baik yang sudah siap atau sedang dalam proses pembikinan.

    Peserta turut menyaksikan demonstrasi teknik melukis menggunakan bahan bitumen dan turpentin yang menjadi identiti karya Hamir.

    Kefahaman dan kedalaman

    Program Kataseni dianjurkan dengan kerjasama antara Kataseni dengan Balai Seni Negara menerusi Tabung Bantuan Seni.

    Ia bertujuan memperkukuh ekosistem seni negara melalui penulisan dan kritikan yang lebih mendalam.

    Bagi Kataseni, penulisan dan kritikan seni memerlukan kefahaman terhadap karya. Ia termasuk memahami sejarah seni dan mengenali seniman yang menghasilkan karya tersebut.

    Abdullahjones berkata, para peserta akan diminta menghasilkan dua rencana hasil program tersebut, yang akan disiarkan di portal Senimalaya.

    Harapan beliau, program tersebut akan menjadi platform yang terus relevan dan bermanfaat demi memperkasa industri seni tempatan.

    Malah, program itu juga diharap dapat merangsang lebih banyak dialog dan perbincangan kritikal mengenai karya seni yang dihasilkan seniman tanah air. – RELEVAN

    Previous ArticleJerawat, oh jerawat!
    Next Article “Orang berhenti kerja bukan sebab pekerjaan tetapi kerana bos yang teruk”

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.