Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana reCAPTCHA ‘saya bukan robot’ berfungsi?

    Bagaimana reCAPTCHA ‘saya bukan robot’ berfungsi?

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 16, 2024Updated:July 18, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    recaptcha
    Kotak 'saya bukan robot', salah satu reCAPTCHA paling popular untuk menangkis serangan bot. - GAMBAR HIASAN

    PERNAHKAH anda terjumpa kotak ‘saya bukan robot’ (I am not a robot) ketika melayari internet? Selalunya, kotak ini akan muncul ketika anda ingin log masuk laman tertentu yang berkemungkinan besar turut menyimpan maklumat peribadi.

    Ujian yang nampak mudah ini adalah sejenis CAPTCHA (Completely Automated Public Turing test to tell Computers and Humans Apart) yang dipasang pada laman sesawang sebagai satu lapisan keselamatan tambahan bagi membezakan tindak tanduk manusia dengan robot.

    Dalam dunia teknologi serba canggih ini, ada kemungkinan bahawa anda, atau pembaca lain sebenarnya adalah bot-bot jahat yang boleh ditemui dengan meluas di serata internet.

    Bot-bot ini digunakan untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, bot yang canggih boleh membuka ribuan akaun media sosial palsu baharu dalam masa satu minit.

    Malah, ia juga boleh digunakan oleh individu tertentu (misalnya scalpers) untuk membeli tiket konsert secara pukal dan menjualnya kembali dengan harga yang lebih tinggi.

    Selain itu, bot juga boleh digunakan penggodam untuk melancarkan serangan DDos (Distributed Denial of Service) yang berupaya melumpuhkan bank dan juga laman sesawang kerajaan.

    CAPTCHA pertama kali dicipta pada 1997 dengan tujuan menapis serangan bot-bot jahat. Selalunya, CAPTCHA dipasang pada halaman log masuk untuk mengelakkan sebarang kecurian informasi.

    Bagaimanapun, tidak sukar untuk melepasi ujian CAPTCHA. Selalunya, anda diminta untuk klik ‘tidak’ atau tekan kotak-kotak yang mempunyai gambar kereta, basikal atau papan tanda.

    Namun, usai menyelesaikan ujian tersebut, pasti anda akan tertanya-tanya: benarkah robot tidak boleh selesaikan CAPTCHA yang sebegini mudah?

    Robot lebih pintar daripada manusia

    Bot mempunyai ketepatan sebanyak 99.8 peratus berbanding manusia dengan ketepatan sekitar 54 hingga 84 peratus. – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Sebenarnya, robot boleh menyelesaikan ujian CAPTCHA dengan sangat mudah dan lebih pantas daripada manusia.

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti California, bot yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) lebih efisien.

    Malah, mereka mendapati, bot tersebut mempunyai ketepatan sebanyak 99.8 peratus berbanding manusia dengan ketepatan sekitar 54 hingga 84 peratus.

    Namun, ada sains di sebalik CAPTCHA yang membuatkan bot-bot jahat ini sukar untuk lolos.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    ARTIKEL BERKAITAN: Langkah terbaik untuk berkata tidak di tempat kerja 

    CAPTCHA dapat kesan tingkah laku rawak manusia

    Apa beza CAPTCHA dan reCAPTCHA? Menurut Cloudfare, reCAPTCHA lebih kompleks.

    Kotak ‘saya bukan robot’ merupakan sejenis reCAPTCHA yang disediakan secara percuma oleh Google sebagai pengganti CAPTCHA biasa. Ia dibangunkan oleh pakar dari Universiti Carnegie Mellon sebelum dibeli oleh Google pada 2009.

    Ada beberapa jenis reCAPTCHA yang digunakan secara meluas. Salah satunya adalah  reCAPTCHA menggunakan gambar sebenar; misalnya gambar kereta, jalan atau tulisan dari buku atau surat khabar lama. Kita perlu klik dan pilih gambar yang betul berdasarkan arahan.

    CAPTCHA berasaskan gambar yang meminta pengguna klik kotak tertentu mengikut arahan. – GAMBAR HIASAN/CLOUDFARE

    Selain itu, ada juga reCAPTCHA yang lebih ringkas berbentuk kotak dengan arahan ‘saya bukan robot’. Jangan tertipu, ujian sebenarnya bukanlah untuk mengira berapa pantas anda boleh tekan butang yang disediakan.

    Apa yang reCAPTCHA tersebut lakukan adalah menganasis tingkah laku anda sebelum dan semasa menekan butang. Ia akan mengesan pergerakan, posisi dan kelajuan kursor.

    Bukan itu sahaja, ia juga turut mengesan alamat IP pengguna, lokasi, berapa banyak klik pada tetikus dan banyak lagi perkara lain yang manusia seperti kita tidak faham.

    Apabila anda mengesahkan anda bukan robot, Google akan ‘melakukan siasatan terperinci’ untuk membuktikannya.

    Ia akan merangkak menerusi sejarah carian dan melihat senarai cookies untuk mengesahkan anda adalah manusia. Lagipun, bukankah Google tahu segalanya mengenai anda?

    Hanya ada satu perkara yang membezakan robot dan manusia – pergerakan manusia lebih rawak dan spontan. Ia sukar untuk ditiru.

    Sistem reCAPTCHA mengunakan sistem pemarkahan dari 0.0 hingga 0.1. Jika ‘pelawat’ adalah bot, markahnya lebih rendah berbanding manusia. Semakin tinggi markah, semakin besarlah kemungkinan bahawa ‘pelawat’ itu adalah seorang manusia.

    Pendek kata, setelah menekan butang ‘saya bukan robot’, anda telah memberi keizinan untuk Google mengesahkan anda adalah manusia dengan apa cara sekalipun. – RELEVAN

    captcha featured fungsi recaptcha pendidikan recaptcha
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.