Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jom detoks badan selepas puas makan juadah raya agar kesihatan lebih terjamin

    Jom detoks badan selepas puas makan juadah raya agar kesihatan lebih terjamin

    By Umi FatehahApril 15, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Rendang, kuah kacang, lemang dan ketupat secara realitinya ialah makanan yang berminyak dan berlemak. - GAMABR HIASAN ISKANDAR AL IMRAN/PEXELS

    RAMAI yang sudah pulang ke sarang masing-masing selepas puas cuti beraya di kampung halaman. Ini juga menandakan bahawa kita perlu kembali kepada kehidupan realiti iaitu kerja, uruskan anak-anak bersekolah, termasuklah dari sudut penjagaan kesihatan.

    Sepanjang beraya di kampung halaman, pasti banyak rumah saudara mara diziarahi. Ini juga bermaksud pelbagai juadah raya yang sudah kita jamah. 

    Rendang, kuah kacang, lemang dan ketupat secara realitinya ialah makanan yang berminyak dan berlemak. Meskipun sedapnya tidak dapat disangkal, makanan-makanan ini bukan makanan yang sihat dan seimbang.

    Oleh itu, marilah kita kembali menjaga kesihatan dan lakukan detoks bagi menyingkirkan segala lemak dan minyak berlebihan selepas makan juadah raya. 

    1. Dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti

    Dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti ialah perkara wajib untuk mengekalkan kesihatan badan dan menggalakkan detoksifikasi secara semula jadi. Melalui tidur, otak dapat berehat dan mengecas semula diri serta membuang sisa toksik yang terkumpul sepanjang hari. 

    Salah satu bahan buangan toksik ialah protein beta-amyloid yang menyumbang kepada perkembangan penyakit Alzheimer. Sekiranya kurang tidur, badan kita tidak mempunyai masa untuk membuang toksin. Jadi, toksin boleh terkumpul dan menjejaskan beberapa aspek kesihatan.

    Tidur yang kurang berkualiti juga mempunyai kaitan dengan kesan negatif kepada kesihatan dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Antaranya ialah tekanan, kebimbangan, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan obesiti.

    Anda perlu dapatkan tidur selama tujuh hingga sembilan jam setiap malam untuk membantu menggalakkan kesihatan yang baik.

    1. Banyakkan minum air

    Kelebihan meminum air yang mencukupi adalah lebih daripada sekadar menghilangkan dahaga anda. Ia mengawal suhu badan, melincirkan sendi, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien serta menyahtoksik badan anda dengan membuang bahan buangan.

    Sel-sel badan anda perlu terus membaiki diri mereka untuk berfungsi secara optimum dan memecahkan nutrien untuk digunakan oleh badan sebagai tenaga.

    Walau bagaimanapun, proses ini membebaskan sisa dalam bentuk urea dan karbon dioksida, yang boleh menyebabkan kemudaratan jika ia terkumpul dalam darah anda. 

    Urea ialah bahan yang terbentuk daripada pemecahan protein dalam hati. Jika kandungan urea terlalu banyak dalam darah, salah satu gejala yang paling biasa ialah keletihan.

    Hal ini kerana tahap urea darah yang tinggi boleh menyebabkan penurunan aliran oksigen ke seluruh badan. Gejala lain termasuk pengeluaran air kencing berkurangan atau air kencing berwarna gelap. Ini berlaku kerana ketidakupayaan buah pinggang untuk menapis bahan buangan daripada aliran darah dengan betul.

    Pengambilan air harian yang mencukupi ialah 125 auns (3.7 liter) untuk lelaki dan 91 auns (2.7 liter) untuk wanita. Anda mungkin memerlukan lebih atau kurang bergantung pada diet, tempat tinggal dan aktiviti kehidupan seharian.

    1. Kurangkan pengambilan gula dan makanan yang diproses

    Orang ramai sering mengaitkan gula dan makanan yang diproses dengan pelbagai krisis kesihatan hari ini. Penyelidikan juga membuktikan bahawa pengambilan makanan bergula dan diproses yang berlebihan akan meningkatkan risiko obesiti dan penyakit kronik lain seperti penyakit jantung, kanser dan diabetes.

    Penyakit ini menghalang keupayaan badan anda untuk menyahtoksik secara semula jadi dengan merosakkan organ yang memainkan peranan penting, seperti hati dan buah pinggang.

    Contohnya, pengambilan minuman manis yang tinggi boleh menyebabkan hati berlemak dan ini akan memberi kesan negatif kepada fungsi hati. Anda boleh memastikan sistem detoksifikasi badan anda sihat dengan mengurangkan pengambilan snek, manisan dan makanan diproses.

    Menggantikan makanan ringan dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga merupakan cara yang sihat untuk mengurangkan pengambilan makanan tidak sihat.

    1. Makan makanan tinggi kandungan antioksidan

    Antioksidan berfungsi untuk melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul yang dipanggil radikal bebas. Tekanan oksidatif adalah keadaan yang berpunca daripada penghasilan radikal bebas yang berlebihan.

    Badan anda secara semula jadi menghasilkan molekul ini untuk proses selular seperti pencernaan. Walau bagaimanapun, alkohol, asap tembakau, diet rendah nutrien dan pendedahan kepada bahan pencemar boleh menghasilkan radikal bebas yang berlebihan.

    Molekul ini menyebabkan kerosakan kepada pelbagai sel. Penyelidikan mencadangkan bahawa kerosakan radikal bebas memainkan peranan dalam keadaan seperti demensia, penyakit jantung, penyakit hati, asma dan jenis kanser tertentu.

    Makan diet yang kaya dengan antioksidan boleh membantu badan anda melawan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas yang berlebihan dan toksin lain yang meningkatkan risiko penyakit anda.

    Fokus untuk mendapatkan antioksidan daripada makanan dan bukan makanan tambahan. Mengambil terlalu banyak suplemen antioksidan boleh meningkatkan risiko penyakit tertentu.

    Beri, buah-buahan, kacang, koko, sayur-sayuran, rempah ratus dan minuman seperti kopi dan teh hijau mempunyai kandungan antioksidan tertinggi.

    1. Kekal aktif

    Senaman dalam kekerapan yang tinggi (tidak kiralah berapa berat badan sekalipun) dikaitkan dengan kehidupan yang lebih panjang dan pengurangan risiko penyakit seperti diabetes jenis 2, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser.

    Walaupun terdapat beberapa kelebihan lain bagi senaman, mengurangkan keradangan (inflammation) adalah matlamat utama untuk memastikan kualiti kesihatan yang baik. 

    Walaupun beberapa keradangan diperlukan untuk pulih daripada jangkitan atau penyembuhan luka, terlalu banyak keradangan akan melemahkan sistem badan dan menggalakkan penyakit.

    Anda dinasihatkan untuk melakukan sekurang-kurangnya 150-300 minit seminggu senaman intensiti sederhana seperti berjalan pantas atau 75-150 minit seminggu aktiviti fizikal intensiti tinggi seperti berlari. – RELEVAN

    Previous ArticleSisi lain Aidilfitri dalam dua lagu raya
    Next Article Awas ketoksikan vitamin D, pengambilan berlebihan boleh bawa maut

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.