Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perincian perbelanjaan operasi dan pembangunan Belanjawan 2024

    Perincian perbelanjaan operasi dan pembangunan Belanjawan 2024

    By Umi FatehahOctober 19, 2023Updated:October 19, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEBANYAK RM393.8 bilion diperuntukkan untuk Belanjawan 2024, menjadikannya belanjawan terbesar dalam sejarah. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BERMULA 2020, ekonomi Malaysia berhadapan cabaran besar berikutan pandemik Covid-19.

    Banyak syarikat yang kehilangan pendapatan disebabkan terpaksa menutup perniagaan, tidak mampu menggaji pekerja dan membayar sewa dan ia menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara.

    Pada 11 Februari 2021, dilaporkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia telah menyusut sebanyak 3.4 peratus pada suku keempat tahun sebelumnya. Di samping itu, ekonomi Malaysia menyusut sebanyak 5.6 peratus sepanjang 2020, mencatatkan prestasi terburuk sejak Krisis Kewangan Asia pada 1998.

    Namun, keadaan bertambah baik apabila pelbagai usaha pemulihan dijalankan kerajaan. Pertumbuhan semakin stabil dan perniagaan juga mula tumbuh serta membuat keuntungan.

    Paling penting, kerajaan perlu mengatur strategi bagi memastikan pertumbuhan fiskal negara lebih kalis krisis dan mempunyai asas hasil yang luas.

    Menurut Laporan Tinjauan Fiskal 2024, kerajaan kekal komited terhadap konsolidasi fiskal dalam jangka masa sederhana ke arah kemampanan fiskal dan kestabilan makroekonomi meskipun terdapat peningkatan komitmen perbelanjaan.

    Justeru, kerajaan bertekad untuk menyalurkan sumber bagi memperkukuh pembentukan modal ke arah memastikan kemampanan pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang. 

    Subsidi dan bantuan sosial

    Subsidi dan bantuan sosial yang merangkumi 17.4 peratus daripada perbelanjaan operasi (OE) diunjur menyusut sebanyak 17.9 peratus kepada RM52.8 bilion disebabkan oleh pelaksanaan program rasionalisasi subsidi secara berperingkat terutamanya bahan api dan elektrik.

    Daripada jumlah tersebut, sekitar 60 peratus digunakan untuk pembayaran subsidi manakala selebihnya adalah untuk bantuan sosial dan insentif. 

    Bayaran khidmat hutang (DSC)

    Komponen DSC merupakan bayaran yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk dibayar sebelum perbelanjaan OE yang lain. Sejumlah RM49.8 bilion diperuntukkan bagi DSC yang merangkumi 16.4 peratus daripada OE terutamanya disebabkan oleh hutang kerajaan Persekutuan yang semakin meningkat.

    Daripada jumlah ini, sebanyak 98.5 peratus atau RM49 bilion diperuntukkan bagi pinjaman domestik manakala bakinya untuk pinjaman luar pesisir.

    Bantuan merangsang ekonomi

    Sejumlah RM90 bilion atau 4.5 peratus daripada KDNK diperuntukkan kepada perbelanjaan pembangunan (DE) yang turut merangkumi sekitar 2,000 projek baharu dengan anggaran aliran tunai awal sebanyak RM8 bilion pada 2024.

    Sektor ekonomi kekal sebagai penerima tertinggi iaitu 50.3 peratus daripada DE diikuti oleh sosial (31.5 peratus), keselamatan (13.9 peratus) dan pentadbiran am (4.3 peratus).

    Sejumlah RM45.2 bilion disediakan untuk sektor ekonomi bagi memacu dan menyokong pertumbuhan ekonomi. Walau bagaimanapun, peruntukan ini adalah lebih rendah berbanding RM55 bilion pada 2023 termasuk pembayaran bon 1MDB yang telah matang. 

    Perumahan

    Bagi subsektor perumahan pula, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan bagi membina kuarters kerajaan dan perumahan mampu milik untuk rakyat termasuk di bawah Program Bantuan Rumah.

    Pemeliharaan keselamatan negara

    Kerajaan memberikan penekanan terhadap pemeliharaan keselamatan negara dan menjaga keselamatan awam. Sektor keselamatan diperuntukkan sebanyak RM12.5 bilion dengan RM7.4 bilion disalurkan kepada subsektor pertahanan manakala RM5.1 bilion untuk subsektor keselamatan dalam negeri. 

    Projek di bawah sektor ini termasuk perolehan aset baharu, menaik taraf peralatan ketenteraan dan keselamatan sedia ada serta membina dan membaik pulih balai polis, kem tentera dan kuarters bagi anggota keselamatan. – RELEVAN

    Previous ArticleDi sebalik inisiatif kerjaya Belanjawan 2024
    Next Article 7 manfaat betik untuk kesihatan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.