Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    By Zubaidah IbrahimSeptember 25, 2023Updated:September 26, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya. - GAMBAR HIASAN COTTONBRO STUDIO

    KENTUT adalah perkara normal apabila terlalu banyak gas dalam usus besar. Otot anus akan melonggar dan mengeluarkan gas berbau busuk.

    Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, gas yang dihasilkan dan berkumpul dalam usus adalah sebahagian dari proses pencernaan dan tindak balas aktiviti bakteria dalam saluran usus besar kita.

    Kentut berlaku sesekali sahaja, tetapi jika kerap kentut mungkin menandakan ada masalah yang lebih serius.

    Berikut Zubaidi kongsikan 5 punca yang menyebabkan kerap kentut seperti berikut:

    1. Perubahan pemakanan

    “Apabila kita melancong ke sebuah negara yang agak asing dan makanan yang disediakan sangat berbeza dengan makanan yang selalu kita makan, menyebabkan perubahan proses pencernaan.

    “Mungkin lebih banyak gas dihasilkan dan kita mungkin kentut dengan lebih banyak,”katanya menerui perkongsian di Facebook miliknya.

    2. Makanan berangin

    Makanan berkanji selalunya menghasilkan gas lebih banyak.

    Contohnya ubi, keledek dan kentang. Begitu juga makanan yang masam, bersantan dan pedas. Makanan berprotein boleh menghasilkan banyak gas dan menyebabkan kentut menjadi lebih busuk.

    3. Alahan pada susu

    Bagi mereka yang mengalami alahan pada protein susu atau mengalami masalah intoleransi laktosa, dinasihatkan mengelakkan susu kerana mereka akan menghasilkan lebih banyak gas.

    Ini akan menyebabkan abdomen menjadi kembung, memulas dan kentut lebih banyak.

    4. Penyakit seliak

    Ia adalah masalah pencernaan apabila pesakit mengalami alahan pada gluten iaitu protein di dalam gandum dan oat. Selain abdomen kembung, ia menyebabkan rasa memulas.

    5. Sindrom gangguan usus (IBS)

    Irritable bowel syndrome (IBS) adalah masalah gangguan pada sistem pencernaan tanpa sebab yang spesifik.

    Ia mengakibatkan sakit perut, gas berlebihan, kentut dan cirit-birit terutama setelah makan. Pesakit akan rasa tidak selesa dan terus ke tandas.

    Beliau turut kongsikan 6 tip bagi mengatasi masalah kerap kentut.

    • Mengenal pasti makanan yang boleh menyebabkan kerap kentut dan mengelakkannya.
    •  Banyakkan minum air kosong bagi melancarkan sistem pencernaan.
    •  Ambil dua sudu minyak zaitun bagi memudahkan membuang air besar.
    •  Lakukan aktiviti fizikal bagi menggerakkan usus besar untuk menghalang sembelit.
    • Kurangkan makanan berlemak (santan), pedas dan masam.
    • Elakkan minuman berkarbonat dan alkohol.

    Jika masalah kerap kentut, kembung abdomen, cirit-birit, najis berdarah dan kurang selesa makan berlanjutan sehingga berat badan berkurangan, buatlah pemeriksaan kesihatan bagi mengelakkan masalah ini lebih parah. – RELEVAN

    Previous ArticleSiapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    Next Article Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.