Facebook Twitter
    Trending
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    • SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    By AMAL HAYATI FAUZIFebruary 9, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bagaimana jadikan cuti agar terasa lebih lama. - GAMBAR HIASAN CANVA

    “BARU sempat menarik nafas lega pada Jumaat petang, tiba-tiba Isnin kembali”. 

    Situasi ini bermain di fikiran setiap kali hujung minggu. Perasaan resah mula muncul sehingga membuatkan “Monday blues” untuk memulakan minggu baharu.

    Kenapa cuti hujung minggu sering terasa sekejap ?

    Pakar pengurusan masa, Laura Vanderkam menerusi laporan What To Wear berkata, hujung minggu sering terasa singkat kerana tidak dimanfaatkannya dengan baik.

    Sepanjang minggu, hidup kita terikat dengan jadual tetap, pergi kerja awal pagi dan pulang ke rumat saat matahari mula terbenam. 

    Apabila hujung minggu tiba, kita cenderung melakukan  perkara tidak penting dan hanya bergoyang kaki di rumah tanpa aktiviti.

    Rancang cuti anda sebaiknya

    Salah satu cara paling berkesan untuk membuat hujung minggu terasa lebih panjang adalah dengan merancang cuti dengan aktiviti berfaedah. Tetapkan tiga aktiviti utama sebelum hujung minggu bermula seperti berikut:

    • Bersiar-siar atau beriadah dengan rakan
    • Makan malam bersama keluarga atau pasangan
    • Menghadiri aktiviti kerohanian atau sukarelawan
    Kurangkan masa dengan gajet

    Menonton filem atau melayari media sosial bukan perkara buruk. Bagaimanapun jika terlalu lama menghadap gajet, hujung minggu mudah terasa kosong dan tidak bermakna.

    Sebaliknya, imbang semula masa tersebut dengan aktiviti sosial atau mencuba hobi baharu agar cuti anda terasa lebih bermakna.

    Bangun awal 

    Ramai menggunakan cuti hujung minggu untuk menggantikan tidur yang kurang sepanjang hari bekerja. Namun, bangun terlalu lewat boleh mengganggu kitaran tidur. Sebaiknya, bangun satu hingga dua jam lebih lewat daripada waktu biasa agar badan kekal segar tanpa menjejaskan rutin harian.

    Lakukan kerja rumah dalam waktu singkat

    Kerja rumah dan urusan harian memang tidak dapat dielakkan, namun ia tidak sepatutnya menghabiskan seluruh hujung minggu. Tetapkan tempoh khusus untuk menyelesaikannya supaya baki masa boleh digunakan untuk berehat tanpa rasa bersalah.

    Usah cemas cuti bakal berakhir

    Rasa cemas memikirkan hari Isnin sering membuatkan Ahad terasa singkat. Atasinya dengan merancang aktiviti menyeronokkan pada hari Ahad agar minda kekal fokus kepada perkara positif dan bukan semata-mata kepada rutin kerja keesokan hari.

    Percutian singkat sudah memadai

    Perjalanan sehari atau percutian singkat mampu membuat hujung minggu terasa lebih panjang. Perubahan suasana menjadikan masa lebih bermakna, apatah lagi jika anda dirancang awal kerana rasa teruja itu sudah bermula sebelum hujung minggu tiba. -RELEVAN

    Previous ArticleJangan simpan ini dalam kereta!

    Artikel berkaitan

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026
    Artikel Terkini

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.