Facebook Twitter
    Trending
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    • SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU

    RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU

    By Umi FatehahAugust 1, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU. - GAMBAR JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

    DALAM pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RM67 bilion akan diperuntukkan bagi sektor pendidikan.

    Antaranya, untuk membina sekolah baharu, membaiki dan menaik taraf bangunan sekolah termasuk KEMAS serta fasiliti dan kemudahan institusi pendidikan tinggi awam.

    “Untuk rekod, sehingga 2025, kerajaan telah menaik taraf 1,200 sekolah daif di seluruh negara. 

    “Pembinaan sekolah juga akan dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar yang baharu. Manakala pembinaan sekolah vertikal akan diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah yang bersesuaian,” katanya.

    Tambahnya, kadar enrolmen murid prasekolah dan menengah mencapai 98 peratus iaitu melebihi kadar enrolmen sejagat. 

    Selain itu, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menjadi penanda aras utama pada peringkat kebangsaan akan terus diguna pakai untuk menilai keberkesanan dasar, kurikulum dan pendekatan pedagogi sistem pendidikan.

    Kualiti pendidikan negara akan ditingkatkan agar berada separas purata antarabangsa berdasarkan penilaian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) bagi memastikan sistem pendidikan kekal berdaya saing dan relevan.

    Bagi meningkatkan keberhasilan pendidikan, berikut merupakan antara usaha-usaha lain yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.

    • Mewajibkan pendidikan prasekolah bermula pada umur lima tahun.
    • Melaksanakan kajian semula ke atas waktu persekolahan optimum, menilai keberkesanan sekolah khusus, dan menambah baik model pendidikan bagi murid pintar cerdas dan berbakat.
    • Bahasa Inggeris dijadikan sebagai sebahagian daripada bahasa pembelajaran dan perhubungan. Manakala pembelajaran bahasa tambahan akan diperluas.
    • Sistem pendidikan negara akan diperkemas agar lebih bersepadu, berkesan dan responsif kepada cabaran masa depan.
    • Pendidikan prasekolah hingga menengah diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia.
    • Pendidikan prauniversiti dan pengajian tinggi diselaras oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dengan matlamat memperjelas bidang kuasa dan meningkatkan kecekapan dasar serta pelaksanaan.
    • Majlis Pendidikan Negara ditubuhkan untuk menyelaras, memantau serta merangka tindakan intervensi yang bersesuaian bagi memastikan sistem pendidikan negara sentiasa terkedepan dan bertaraf dunia. 
    • Kerajaan juga akan melaksanakan projek rintis pemberian autonomi kepada universiti awam yang terpilih bagi memperkukuh tadbir urus institusi pengajian tinggi.
    • Pengantarabangsaan institusi pendidikan tinggi awam juga akan diperkukuh bagi meningkatkan daya saing institusi di peringkat global.
    • Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) turut dilaksanakan dengan pembaharuan yang selari kehendak semasa. Identiti nasional akan diperkuat, bukan dengan paksaan tetapi melalui kefahaman dan semangat kebersamaan.

    Malaysia jadi negara AI menjelang 2030

    Dana Padanan dan Dana Produksi Bersama akan dilaksanakan bagi menggalakkan pelaburan bersama antara kerajaan dan sektor swasta dalam penghasilan kandungan bertaraf global. 

    Animasi Mechamato, Upin Ipin misalnya, telah menjadi bualan di arena antarabangsa. Permainan digital Giga Bash yang dibangunkan oleh anak tempatan juga memenangi anugerah Best in Play Winner di Game Developers Conference.

    Bagi memanfaat potensi industri ini, pembangunan bakat akan diperkukuh menerusi program industry bridging, peluasan inisiatif Train the Trainer serta pelaksanaan Junior Animator Apprenticeship.

    Kerjasama erat antara institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan industri akan menjadi pemangkin kepada perkongsian pengetahuan teknologi dan peningkatan kemahiran seperti yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi. 

    Penekanan turut diberikan kepada pengukuhan pendidikan STEM dan literasi digital, termasuk pengenalan asas AI, bagi melahirkan generasi yang bersedia memenuhi permintaan pasaran kerja masa depan yang bernilai tinggi.

    Menggalakkan belia menyertai TVET

    Penawaran program TVET juga akan distrategikan semula, dengan penekanan kepada sektor HGHV dan berasaskan teknologi termaju, sejajar dengan keperluan pasaran buruh bagi menyokong keperluan industri seperti di Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ), Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) dan Kulim Hi-tech Park (KHTP). 

    Bagi menggalakkan penyertaan belia, kerajaan akan memperkenal Skim Pembiayaan Perkasa TVET Madani dan Dana Latihan TVET. Selain itu, penawaran program TVET turut diperluas kepada pelajar tahfiz bagi melahirkan huffaz teknokrat yang mempunyai nilai tambah kepakaran teknikal.

    Pendidikan untuk Orang Asli

    Bagi menambah baik perlindungan hak dan darjat komuniti Orang Asli pula, Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] akan disemak semula. Melaluinya, perihal pemilikan tanah, pendidikan dan infrastruktur kepada komuniti ini akan ditambah baik sebagai ikhtiar meningkatkan sosioekonomi Orang Asli. 

    Semakan dasar akan dibuat bagi membolehkan Orang Asli mendapat manfaat  yang setara dan saksama dengan semua.

    Akses pendidikan kepada Orang Asli turut menjadi keutamaan kerajaan. Selain pemberian terus bantuan persekolahan kepada ibu bapa murid Orang Asli, sekolah berasaskan komuniti atau community-based school juga akan diperluas.

    Pendidikan untuk Orang Kurang Upaya (OKU)

    Kerajaan juga cakna kepada keperluan pendidikan untuk golongan orang kurang upaya (OKU). Sehingga Jun 2025, hampir 171,000 OKU kanak-kanak direkodkan mempunyai masalah dalam pembelajaran, termasuk kanak-kanak autisme.

    Oleh itu, dalam RMK13, inisiatif akan diteruskan untuk memperluas fasiliti dan kapasiti pendidikan khas kepada golongan rentan ini di seluruh negara. Ini termasuklah membina fasiliti pendidikan kepada kanak-kanak autisme di setiap ibu negeri. – RELEVAN

    Previous ArticleRMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat
    Next Article RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

    Artikel berkaitan

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026
    Artikel Terkini

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.