Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rasa nak berhenti kerja? Tanya 9 soalan ini dulu

    Rasa nak berhenti kerja? Tanya 9 soalan ini dulu

    By Umi FatehahFebruary 18, 20255 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Rasa nak berhenti kerja? Tanya 9 soalan ini dulu. - GAMBAR HIASAN RDNE/PEXELS

    “ADUH, malasnya nak pergi kerja esok.”

    “Hari Isnin lagi? Cepatnya hujung minggu berlalu.”

    “Kenapa aku masih di sini? Bos tak pernah hargai usaha aku.”

    “Kalau berhenti kerja, cukupkah simpanan untuk terus hidup?”

    Pernah tak ayat-ayat di atas terlintas di fikiran? Atau mungkin anda kerap mengeluh setiap kali bangun pagi, rasa berat nak ke pejabat? 

    Hakikatnya, kita semua pernah lalui saat-saat kerja terasa membebankan. Tetapi, adakah perasaan itu normal dan hanya fasa sementara atau sebenarnya tanda-tanda anda patut berhenti kerja?

    Berhenti kerja bukan keputusan mudah. Ia bukan sekadar meninggalkan meja pejabat dan ucapkan selamat tinggal kepada rakan sekerja. 

    Ia melibatkan kewangan, kestabilan emosi dan hala tuju kerjaya pada masa depan. Kalau tersilap langkah, kita mungkin menyesal dan hilang arah tuju. Namun, kalau betul caranya, ia boleh menjadi permulaan kepada kehidupan yang lebih baik dan membahagiakan.

    Jadi, sebelum anda hantar surat perletakan jawatan dan nekad untuk berhenti kerja, tanyakan 9 soalan penting ini kepada diri sendiri.

    1. Kenapa nak berhenti?

    Ini soalan paling asas tetapi paling penting. Kenapa sebenarnya anda nak berhenti? Sebab bos asyik beri tekanan? Sebab gaji tak cukup? Atau sebab rasa diri tak dihargai?

    Fahami punca sebenar keinginan untuk berhenti kerja. Adakah masalah ini boleh diselesaikan tanpa perlu tinggalkan kerja? Kadang-kadang, kita fikir berhenti kerja adalah jalan keluar tetapi mungkin ia hanya akan menambah masalah lain.

    Contohnya, kalau sebabnya adalah beban kerja terlalu banyak, adakah anda dah cuba bincang dengan pengurus untuk dapatkan bantuan atau agihan tugas yang lebih seimbang? 

    Kalau mahu berhenti kerja pucuk pangkalnya disebabkan rakan sekerja, adakah masalah ini boleh diselesaikan dengan komunikasi yang lebih baik?

    Fikirkan sama ada masalah ini adalah masalah dalaman diri sendiri, sementara atau memang persekitaran kerja yang toksik. Memahami sebab utama ini akan bantu anda buat keputusan dengan lebih rasional.

    1. Adakah ia sekadar fasa sukar?

    Setiap kerja ada naik turunnya. Kadang-kadang kita rasa stres sebab projek besar, tarikh akhir terlalu ketat atau bos dalam mood tak baik. Tetapi, adakah tekanan ini akan berpanjangan atau cuma sementara?

    Contohnya, adakah sekarang musim sibuk di pejabat dan semua orang pun rasa stres? Jika ya, mungkin lebih baik bertahan dulu sehingga keadaan kembali normal. 

    Namun, jika anda dah lama rasa tertekan tanpa sebarang perubahan, mungkin masalah itu lebih besar daripada sekadar fasa sukar.

    Cuba ingat kembali, adakah anda pernah rasa gembira dan bersemangat dengan kerja sekarang? 

    Jika ya, bila? Apa yang berbeza pada waktu itu berbanding sekarang? Menilai keadaan secara keseluruhan akan membantu anda buat keputusan yang lebih bijak dan tidak terburu-buru.

    1. Dah cuba cari penyelesaian?

    Adakah anda terus nak berhenti tanpa cuba cari jalan penyelesaian? Kadang-kadang, perubahan kecil boleh memberi kesan yang besar. Contohnya, minta fleksibiliti waktu kerja, cuti rehat untuk tenangkan fikiran atau berpindah ke jabatan lain dalam syarikat yang sama.

    Jika puncanya adalah gaji tak mencukupi, sudahkah anda berbincang untuk kenaikan gaji atau mencari peluang kerja lebih masa? 

    Buat senarai masalah yang dihadapi dan cari penyelesaian satu persatu. Jika dah cuba semua cara tetapi tak berhasil, barulah fikirkan untuk berhenti kerja.

    1. Simpanan mencukupi atau tidak?

    Berhenti kerja bermaksud hilang pendapatan tetap. Adakah anda bersedia untuk itu? Pakar kewangan biasanya menyarankan untuk mempunyai simpanan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan simpanan sebelum berhenti kerja.

    Kira berapa banyak duit yang diperlukan untuk bayar sewa rumah, bil, makanan dan keperluan lain. 

    Jangan lupa kos tersembunyi seperti hutang pendidikan atau pinjaman kereta. Pastikan anda ada simpanan kecemasan supaya tidak tertekan mencari kerja baru dalam keadaan terdesak.

    1. Sudah ada pelan seterusnya?

    Berhenti kerja tanpa pelan umpama terjun ke laut tanpa pelampung. Apa yang anda nak buat lepas ni? Nak cari kerja baharu, sambung belajar atau mula berniaga?

    Fikirkan juga, berapa lama anda sanggup menganggur sebelum mula rasa tertekan? Cari kerja baru mungkin ambil masa, jadi ada baiknya cari kerja lain dahulu sebelum betul-betul berhenti.

    1. Sudah capai segalanya di sini?

    Adakah kerja sekarang memberi peluang untuk anda belajar dan berkembang? Jika anda rasa tiada lagi yang boleh dipelajari dan kerjaya tersekat di takuk lama, mungkin dah tiba masanya untuk cari cabaran baru.

    Tetapi, pastikan anda dah belajar sebanyak mungkin di sini. Contohnya, jika anda belum diberi peluang memimpin projek, cuba minta peluang itu dahulu. Kalau dah cuba semua tapi masih tak berkembang, barulah fikirkan untuk berhenti.

    1. Adakah Saya Akan Lebih Bahagia Selepas Berhenti?

    Berhenti kerja bukan jaminan kebahagiaan. Jangan buat keputusan hanya kerana nak lari dari tekanan. Tepuk dada dan muhasabah diri – adakah tekanan itu berpunca daripada kerja atau sebenarnya masalah dalaman diri sendiri?

    1. Berpisah cara baik atau buruk?

    Jangan runtuhkan jambatan, dunia pekerjaan ini kecil. Mungkin suatu hari nanti, anda akan bekerja dengan orang yang sama tetapi dalam syarikat berbeza. Berhenti dengan cara baik akan memastikan anda kekal dalam rangkaian profesional yang positif.

    1. Sudah bersedia dari segi emosi?

    Berhenti kerja melibatkan perubahan emosi. Anda mungkin rasa kehilangan rutin, hilang identiti sebagai pekerja malah mungkin rasa rendah diri jika lama menganggur. Pastikan anda bersedia untuk menghadapi semua ini dengan hati yang kuat. – RELEVAN

    Previous ArticlePunca ramai anak muda hilang motivasi dan rasa putus asa
    Next Article Kenapa malam kita mengantuk?

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.