Facebook Twitter
    Trending
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 bukti agihan gaji di Malaysia penuh masalah

    7 bukti agihan gaji di Malaysia penuh masalah

    By October 20, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    HAKIKAT ini perlu diterima ramai: gaji pekerja di Malaysia adalah rendah dan bermasalah.

    Apa-apa bacaan dan kajian tentang gaji di Malaysia akan mengarah kepada kesimpulan tersebut. Secara umum, agihan gaji dan upah di Malaysia perlukan banyak pembetulan.

    Mungkin ada sesetengah pihak yang melihat keadaan dirinya baik sebab gaji yang diterima tinggi serta selesa untuk menjalani kehidupan. Tetapi ia anekdotal – mungkin baik pada dia secara individu tetapi secara keseluruhannya, banyak masalah berlaku.

    Impak besar gaji

    Gaji merupakan sumber pendapatan utama pekerja di Malaysia. Tinggi-rendah gaji menentukan kualiti kehidupan dan kualiti kehidupan rakyat akan mempengaruhi pelbagai hal lain, termasuk pembangunan ekonomi dan sosial negara.

    Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkata, gaji memainkan peranan peranan penting untuk mengurangkan kemiskinan dan ketidaksamaan serta memastikan kehidupan wajar dan bermaruah.

    Analisis Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan dan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pula menyatakan bahawa pampasan pekerja (yang lebih 70 peratus daripadanya merupakan komponen gaji) yang lebih tinggi memberi pelbagai kesan positif.

    Ini termasuk meningkatkan produktiviti, penyertaan tenaga buruh wanita dan penerimagunaan teknologi. Malah, ia turut mengurangkan aktiviti tidak formal, ketidaksamaan, penghijrahan keluar bakat dan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

    Sebab itu, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang akan berakhir tahun hadapan menetapkan sasaran bahagian pampasan pekerja daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 40 peratus menjelang 2025 dan 45 peratus menjelang 2033.

    Walau bagaimanapun, masalah struktural berkaitan gaji di Malaysia memberi cabaran besar kepada kerajaan untuk menambah baik keadaan.

    Ini dapat dibuktikan melalui rencana sisipan dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2025 terbitan Kementerian Kewangan.

    Rencana tersebut menggariskan tujuh masalah dalam agihan gaji di Malaysia bersama data dan statistiknya.

    Berikut Relevan senaraikannya untuk anda.

    • Pampasan pekerja

    Pampasan pekerja merupakan satu daripada tiga komponen penjanaan pendapatan KDNK negara secara kaedah pendapatan. Dua komponen lain merupakan lebihan kendalian kasar (keuntungan perniagaan selepas membayar pekerja) dan cukai bersih (cukai tolak subsidi).

    Sekian lama, Malaysia mencatatkan kadar pampasan pekerja yang rendah. Sejak 2010, peratus tertinggi dicapai pada 2020, iaitu 37.4 peratus. Ia bagaimanapun kembali menurun dan pada 2023, kadar yang dicatatkan ialah 33.1 peratus.

    ARTIKEL BERKAITAN: Keuntungan pemilik modal di Malaysia antara yang tertinggi di dunia

    Ia lebih rendah berbanding negara serantau seperti Filipina (35.5 peratus) dan Singapura (38.5 peratus). Jurangnya lebih lebar jika dibanding dengan negara-negara maju seperti Korea Selatan (47.9 peratus), Kanada (51.1 peratus), Jerman (52.4 peratus) dan Amerika Syarikat (53.1 peratus).

    • Kesatuan sekerja

    Mekanisme penetapan pembayaran gaji paling lazim di Malaysia adalah melalui kontrak perkhidmatan yang dipersetujui secara bersama oleh pekerja dan majikan di bawah Akta Kerja 1955.

    Ada juga gaji yang ditetapkan berdasarkan prestasi melalui Sistem Upah yang Dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS).

    Satu lagi mekanisme yang agak lazim adalah melalui perundingan kolektif (CA) antara majikan dengan kesatuan sekerja.

    Itu kelebihan mempunyai kesatuan sekerja yang teguh dan berfungsi. Kesatuan mampu mewakili pekerja untuk berunding peningkatan gaji dan faedah, seterusnya menjurus kepada pampasan lebih tinggi dan hasil pekerjaan yang lebih baik.

    Namun, kesatuan sekerja di Malaysia secara umumnya lemah dan kurang berpengaruh.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mengenali kesatuan sekerja dan fungsinya kepada pekerja 

    Kajian KRI menganggarkan liputan CA di Malaysia adalah sekitar 0.4 peratus pada 2018. Ini jauh lebih rendah berbanding purata Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sebanyak 32.1 peratus.

    Kajian The Centre juga mendapati, hanya 5.8 peratus tenaga kerja di Malaysia diwakili kesatuan sekerja pada 2022 dan kurang dua peratus pekerja mendapat liputan CA.

    Lebih teruk, kadar tersebut menurun. Pada 1982, 11.3 peratus pekerja diwakili kesatuan.

    • Pertengahan dihimpit

    Pada 2022, purata gaji bulanan pekerja mahir adalah 2.8 kali ganda lebih tinggi daripada pekerja tidak mahir dan 2.2 kali ganda lebih tinggi daripada pekerja separuh mahir.

    Pekerja mahir mendapat manfaat daripada kemajuan ekonomi, membolehkan gaji yang diterima berada pada tahap baik.

    Campur tangan kerajaan pula memberi manfaat kepada pekerja bergaji rendah melalui pelaksanaan Dasar Gaji Minimum.

    Namun, ada satu lagi golongan yang tersorok di tengah dan tidak mendapat manfaat secukupnya, baik dari kemajuan ekonomi atau campur tangan kerajaan.

    Golongan ini yang dikenali sebagai “pekerja gaji pertengahan yang dihimpit”.

    • Jurang negeri

    Jurang ekonomi dapat dilihat antara negeri-negeri di Malaysia dengan perbezaan kadar pertumbuhan ekonomi hampir 10 peratus antara negeri terbaik (Pulau Pinang, 13.3 peratus) dengan terburuk (Sabah, 3.9 peratus) pada 2022.

    Negeri yang maju mempunyai permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan yang tinggi. Ini membolehkan perniagaan berkembang maju dan menawarkan gaji yang lebih baik kepada pekerja.

    Namun, kesannya, harga barang juga akan naik, menyebabkan kos sara hidup yang tinggi.

    Di negeri-negeri kurang maju, kos sara hidup mungkin rendah tetapi permintaan yang tidak kompetitif menyebabkan tawaran gaji juga kekal rendah.

    • Jurang gaji

    Pengiraan oleh Kementerian Kewangan berdasarkan tinjauan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendapati, pekerja pengurusan atas menerima gaji 20 kali ganda lebih tinggi berbanding kategori bukan eksekutif dan 10 kali ganda lebih tinggi berbanding eksekutif baharu.

    Lebih buruk lagi, pengiraan sama menunjukkan bahawa tiada perbezaan gaji yang ketara dalam kalangan pekerja mengikut saiz syarikat, terutamanya bagi peringkat eksekutif dan eksekutif kanan.

    Ini bermakna, walaupun sesetengah syarikat mempunyai keuntungan yang jauh lebih tinggi, ia tidak diagihkan dalam bentuk gaji yang lebih tinggi.

    Dua perkara ini – jurang gaji antara jawatan dan agihan keuntungan syarikat – perlu dibaiki untuk menambah baik pengagihan gaji di Malaysia.

    • Gaji TVET

    Kerajaan menggalakkan pekerjaan berkaitan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) tetapi tawaran gaji dalam bidang itu kurang menarik.

    Pada 2023, 80.5 peratus graduan TVET menerima gaji permulaan di bawah RM2,000.

    Jumlah tersebut berkurang berbanding 92.4 peratus pada 2015, namun jumlahnya masih ketara.

    • Graduan baharu

    Isu gaji permulaan rendah juga menimpa graduan baharu dalam bidang lain.

    Pada 2023, 51.2 peratus graduan baharu menerima gaji permulaan di bawah RM2,000 manakala hanya tujuh peratus yang mendapat gaji permulaan RM5,000 ke atas.

    Impaknya besar kerana kajian KRI mendapati, gaji permulaan individu penting dalam menentukan gaji keseluruhan dan kemajuan kerjaya.

    Jelas Kementerian Kewangan, gaji permulaan yang rendah bukan sahaja menyebabkan kadar kenaikan gaji tahunan rendah, malah mengakibatkan individu mengambil masa yang lebih lama untuk menikmati tahap gaji yang mencukupi. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Artikel Terkini

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.