Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pupuk amalan bersedekah

    Pupuk amalan bersedekah

    By Zahra Mohamad ZhahirOctober 17, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEDEKAH
    Apabila bersedekah, kita berniat memberikan sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada sesiapa - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SEDEKAH merupakan satu cara untuk berkongsi rezeki dengan orang lain.

    Apabila bersedekah, kita berniat memberikan sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

    Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang tunai semata-mata. Ia juga boleh jadi dalam bentuk makanan, barangan, tenaga atau masa.

    Melalui sedekah, kita boleh belajar bersyukur dengan apa yang ada. Lagipun, Allah SWT sangat menggalakkan amalan bersedekah, walaupun hanyalah sekadar sebiji kurma.

    Kita tidak perlu menjadi kaya atau miskin untuk bersedekah. Semua orang boleh bersedekah mengikut kemampuan masing-masing asalkan tidak memudaratkan diri.

    Bagaimanapun, apakah cara terbaik bagi seorang pelajar untuk bersedekah? Berikut adalah langkah mudah yang anda boleh praktikkan untuk menerapkan amalan bersedekah dalam diri:

    1. Sedekahkan baki duit syiling

    Setiap kali berkunjung ke masjid atau surau, anda boleh ketepikan sedikit wang saku untuk disedekahkan. Cukuplah sekadar 20 atau 50 sen, asalkan ikhlas.

    Anda juga boleh membahagikan sebahagian tabungan bagi tujuan sedekah. Hujung bulan, serahkan kepada ibu atau bapa untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan.

    Artikel berkaitan: Duit raya itu sedekah, beri ikut kemampuan 

    Artikel berkaitan: Kawan belum bayar hutang? Ikuti tip ini untuk minta dengan cara baik

    2. Belanja kawan makan

    Sedekah bukan terhad dalam bentuk wang semata-mata. Membelanja rakan makan, walaupun hanya sebungkus nasi lemak sudah cukup. Tindakan tersebut merupakan antara cara termudah untuk berbuat baik kepada rakan-rakan.

    3. Derma barangan terpakai

    Ada banyak pakaian terpakai di rumah? Anda boleh kumpulkannya dan dermakan kepada badan-badan kebajikan atau pusat komuniti berdekatan.

    Barangan lain seperti mainan atau buku yang tidak digunakan juga boleh didermakan kepada mereka yang lebih memerlukan.

    Ingatlah, kita tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk bersedekah.

    Belajar bersedekah sejak muda. Mulai hari ini, cubalah bersedekah setiap minggu walau dengan nilai yang sedikit.

    Jangan lupa, bukankah senyuman itu juga sedekah? – RELEVAN

    Previous ArticleApa yang anda perlu lakukan sekiranya banjir melanda?
    Next Article Belanjawan 2025: Di sebalik angka RM421 bilion

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.