Facebook Twitter
    Trending
    • Punca terkejut semasa tidur
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025
    • Kewangan

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ibnu Sina: Adiwira dunia sains dan perubatan

    Ibnu Sina: Adiwira dunia sains dan perubatan

    By Umi FatehahOctober 9, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BAYANGKAN hidup pada zaman dahulu ketika masyarakat masih tidak tahu apa-apa tentang perubatan atau cara tubuh kita berfungsi.

    Kebanyakannya, orang bergantung kepada kepercayaan aneh dan ramalan sahaja kerana teknologi perubatan masih belum wujud.

    Sekarang bayangkan pula di tengah-tengah kekeliruan itu, muncul seorang budak yang penuh dengan rasa ingin tahu. Dia suka membaca, bertanya soalan dan tidak akan berpuas hati dengan jawapan biasa-biasa. 

    Budak ini membesar dengan satu misi – untuk mencari jawapan yang betul dan menyembuhkan orang. Budak itu ialah Ibnu Sina! 

    Dia merupakan seorang genius yang mengubah cara dunia memahami perubatan dan tubuh manusia. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut siapakah Ibnu Sina dan apakah sumbangannya dalam dunia perubatan!

    Siapa Ibnu Sina?

    Ibnu Sina atau nama penuhnya Abu Ali Husain bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina dilahirkan pada tahun 980 Masihi di Bukhara, Iran (kini sebahagian daripada Uzbekistan). Dia mempunyai bakat yang luar biasa dalam pembelajaran. 

    Seawal umur 10 tahun, dia sudah menghafal Al-Quran. Tidak lama selepas itu, dia mula mempelajari pelbagai subjek dari matematik hingga sains dan perubatan. Dia seperti adiwira yang sangat suka belajar!

    Ketika umurnya mencecah 16 tahun, Ibnu Sina sudah mula merawat orang sebagai seorang doktor walaupun usianya masih muda. Dia menjadi sangat terkenal dengan kebolehannya sehingga raja-raja dan orang bangsawan memanggilnya apabila mereka jatuh sakit. 

    Al-Qanun fi al-Tibb

    Buku paling terkenal Ibnu Sina ialah Al-Qanun fi al-Tibb (The Canon of Medicine). Buku itu merupakan ensiklopedia perubatan dilengkapi dengan lima jilid. Doktor-doktor menggunakan buku itu selama beratus-ratus tahun sebagai panduan untuk belajar tentang perubatan.

    Dalam bukunya, Ibnu Sina menjelaskan banyak perkara, seperti bagaimana sesetengah penyakit boleh berjangkit. Dia adalah antara yang pertama menyedari bahawa penyakit seperti selesema boleh berjangkit daripada seorang individu kepada individu lain.

    Dia juga menggariskan tentang kepentingan menguji rawatan sebelum menggunakannya kepada pesakit.

    Malah, dia juga bercakap tentang kesihatan mental. Dia menerangkan bagaimana fikiran dan perasaan kita boleh mempengaruhi kesihatan keseluruhan tubuh badan.

    Budak yang menjadi doktor

    Ibnu Sina ibaratnya menjadi seorang detektif apabila merawat masalah kesihatan. Dia akan bertanya banyak soalan dan memerhatikan simptom pesakit dengan teliti untuk mengetahui apa punca dan rawatan yang bersesuaian.

    Dia tidak merawat hanya berdasarkan andaian sebaliknya setiap penyakit dipelajari dengan teliti. Dia juga menyenaraikan pelbagai herba dan tumbuhan yang boleh membantu menyembuhkan beberapa jenis penyakit.

    Menurut Pejabat Mufti Wilayah, dikisahkan bahawa pada suatu hari, raja Bukhara telah dijangkiti penyakit yang gagal dirawat oleh semua doktor istana. Ibnu Sina telah dibawa ke istana dan ditakdirkan dia berjaya menyembuhkan penyakit tersebut. 

    Untuk berterima kasih kepadanya, baginda membuka perpustakaan diraja khas untuk Ibnu Sina untuk dia mengkaji lebih mendalam tentang sains, perubatan dan falsafah.

    Kenapa Ibnu Sina sangat terkenal?

    Idea-idea Ibnu Sina sangat penting sehingga doktor di seluruh dunia mempelajari bukunya selama beratus-ratus tahun. Bukunya, The Canon of Medicine digunakan di universiti-universiti Eropah hingga abad ke-17! 

    Bayangkan pergi ke sekolah dan membaca buku yang ditulis oleh seseorang yang hidup lebih 1,000 tahun yang lalu. Hebat betul Ibnu Sina, bukan?

    Apa yang boleh dipelajari daripada Ibnu Sina?

    Kehidupan Ibnu Sina mengajar kita untuk sentiasa tanamkan rasa ingin tahu tentang dunia. 

    Dia menunjukkan bahawa pembelajaran adalah satu pengembaraan seumur hidup dan tidak kira sama ada muda atau tua, sesiapa sahaja boleh membuat perubahan besar jika anda berusaha keras dan bertanya soalan. 

    Paling penting, dia mengajar kita untuk sentiasa mencari jawapan saintifik dalam menyelesaikan masalah. Dengan bertanya soalan, kita akan berusaha untuk mencari jawapan. Itu merupakan cara yang terbaik untuk menuntut ilmu.

    Jadi, sekiranya anda berjumpa doktor kerana sakit, ingatlah bahawa Ibnu Sina merupakan si genius yang membuka jalan supaya doktor hari ini dapat memahami cara menyembuhkan orang. 

    Kerana Ibnu Sina juga, setiap kali jatuh sakit, pasti ada ubat yang akan menyembuhkan kita. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025
    Artikel Terkini

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.