Facebook Twitter
    Trending
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berjalan kaki untuk tingkatkan kesihatan diri

    Berjalan kaki untuk tingkatkan kesihatan diri

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 11, 2024Updated:September 11, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berjalan cergas
    Berjalan cergas dapat menurunkan berat badan, menguatkan sistem imun dan mengurangkan stres - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    BERJALAN cergas, juga dikenali sebagai brisk walk merupakan satu bentuk senaman yang semakin popular dalam media sosial. 

    Hanya dengan berjalan kaki beberapa kali seminggu, individu yang berjalan cergas dapat menurunkan berat badan, menguatkan sistem imun dan mengurangkan stres. 

    Senaman berjalan cergas sangat sesuai untuk mereka yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan. 

    Malah, ia juga adalah senaman yang disarankan untuk mereka yang sudah lama tidak melakukan aktiviti fizikal atau sudah berusia. 

    Aktiviti lain seperti berjoging atau berlari boleh mendatangkan tekanan pada kawasan lutut dan mungkin boleh membawa kecederaan. Bagi pemula, senaman berjalan cergas lebih sesuai kerana ia mempunyai risiko kecederaan yang rendah.

    Walaupun nampak mudah, berjalan cergas boleh mendatangkan 1001 manfaat kepada kesihatan diri. Semakin banyak anda berjalan, semakin besarlah manfaat yang dapat diperoleh. 

    Bagi pemula, kami ada beberapa tip yang mungkin dapat membantu anda melakukan senaman berjalan cergas dengan lebih berkesan. 

    Kebaikan berjalan cergas

    Berjalan cergas
    Berjalan cergas boleh membawa ketenangan dari segi mental dan fizikal – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Menurut Very Well Fit, aktiviti berjalan cergas dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan kekuatan otot seseorang. 

    Orang yang lebih aktif dan sihat kurang berisiko untuk mengalami sakit jantung, kencing manis, kanser atau penyakit kronik lain. 

    Selain itu, berjalan cergas juga boleh membawa ketenangan dari segi mental. 

    Menurut kajian yang dimuatkan dalam jurnal Workplace Health and Safety, individu yang berjalan kaki selama 45 hingga 60 minit setiap minggu lebih bermotivasi di tempat kerja. 

    Kajian sama juga mendapati, ia dapat mengurangkan keletihan dan boleh meningkatkan fokus di tempat kerja. 

    Sebagai pemula, anda boleh tetapkan sasaran berjalan cergas selama 150 minit seminggu.

    Anda tidak perlu berjalan cergas selama berjam-jam lamanya, cukuplah sekadar 10 minit untuk memastikan kesihatan jantung kekal terjaga. 

    Namun, jika ingin menurunkan berat badan, anda perlu berjalan lebih 300 minit seminggu. 

    Bagaimanapun, berjalan cergas sahaja mungkin tidak mencukupi. Mereka yang serius ingin menurunkan berat perlu mengamalkan diet dalam masa yang sama. 

    Berbeza dengan senaman lain, anda tidak perlukan sebarang peralatan khas untuk mula berjalan cergas. Cukuplah dengan memakai pakaian yang selesa. 

    Jika anda ingin bersenam dengan lebih kerap, barulah anda disarankan untuk membeli kasut, topi, baju dan seluar yang lebih sesuai. 

    Artikel berkaitan: 7 jenis rehat untuk capai kehidupan lebih sejahtera

    Artikel berkaitan: 5 tip kempiskan perut dengan pantas!

    Berapa cepat perlu berjalan?

    Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS UK), senaman berjalan cergas perlu dilakukan dalam kelajuan tertentu. 

    Sebagai pemula, anda boleh berjalan cergas kira-kira 4.8 kilometer per jam atau dalam anggaran 100 langkah seminit. 

    Jika anda sudah selesa, anda boleh tingkatkan kadar aktiviti kepada 6.4 kilometer per jam. 

    Bagaimana hendak pastikan kelajuan berada pada tahap yang optimum? 

    Anda boleh gunakan aplikasi penjejak seperti Strava, Nike Run atau aplikasi kecergasan sedia ada pada telefon pintar untuk melakukan anggaran. 

    Sebagai panduan, anda boleh amalkan tip di bawah sekiranya ingin menganggar kelajuan optimum: 

    • Jika anda boleh bercakap secara normal ketika berjalan, anda sedang berjalan dengan kelajuan sederhana. 
    • Jika anda sukar bercakap ketika berjalan, kelajuan anda adalah lebih pantas daripada biasa. 
    • Jika anda boleh berjalan sambil menyanyi, anda perlu tingkatkan kelajuan.  

    Adakah berjalan lebih baik daripada berlari? 

    berjalan cergas
    Tidak mengapa jika anda ingin mula bersenam secara perlahan-lahan – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Berjalan cergas sebenarnya mempunyai manfaat yang hampir sama dengan berlari. 

    Bagaimanapun, menurut kajian yang dimuatkan dalam jurnal Strength and Conditioning Research, berlari dapat membakar dua kali ganda kalori berbanding berjalan. 

    Jika anda ingin menurunkan berat badan sebanyak satu kilogram, anda perlu membakar 7,700 kalori. 

    Oleh itu, berjoging atau berlari merupakan senaman yang lebih sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. 

    Namun, itu tidak bermaksud anda tidak boleh berjalan cergas. Tidak mengapa jika anda ingin mula bersenam secara perlahan-lahan. 

    Lama-kelamaan, anda boleh tingkatkan kekerapan dan intensiti senaman mengikut kesesuaian. 

    Kekalkan motivasi untuk berjalan cergas

    Bukan mudah untuk terus komited dan bersenam setiap hari. Semua orang mempunyai mood dan motivasi yang tidak tetap. 

    Namun, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan semangat diri tidak terpadam ketika bersenam:

    • Mula dengan perlahan. Sebagai pemula, anda boleh tetapkan sasaran untuk bersenam selama 10 minit sehari. Kemudian, tingkatkannya kepada 20 minit. Lama-kelamaan, ia akan menjadi satu kebiasaan. 
    • Jadikan aktiviti berjalan cergas perkara yang menyeronokkan. Dengar lagu atau ajak kawan-kawan untuk berlari bersama. Anda juga boleh cuba berjalan atau berjoging di tempat yang lebih indah seperti di jalan kampung, tepi sungai atau di taman rekreasi. 

    Ingatlah, langkah pertama adalah langkah yang paling sukar. Setelah anda mula berjalan cergas, pasti anda akan rasa bersemangat dan lebih bermotivasi untuk melakukan senaman seterusnya. – RELEVAN

    Previous ArticleMarie Curie dan radioaktiviti
    Next Article Berapa yang perlu dibayar untuk pengurusan pusaka?

    Artikel berkaitan

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026
    Artikel Terkini

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.