Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip kempiskan perut dengan pantas!

    5 tip kempiskan perut dengan pantas!

    By Umi FatehahAugust 13, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PERASAAN kurang yakin terhadap tubuh sendiri adalah sesuatu yang normal. Setiap orang pasti pernah mengalaminya dari semasa ke semasa.

    Ia boleh menjadi lebih mencabar apabila perut terasa buncit. Pakailah apa sahaja baju pun tetap rasa tidak cantik.

    Namun, perut buncit juga normal. Kita hanya manusia yang tidak sempurna.

    Ia bukan satu kekurangan. Masalah perut buncit boleh diatasi dengan beberapa cara dalam masa seminggu sahaja. Rujuk tip-tip di bawah.

    1. Aktif bergerak

    Selain bersenam, cubalah untuk meningkatkan pergerakan dan aktiviti fizikal sepanjang hari, terutamanya jika anda sering duduk dalam jangka masa yang lama.

    Beberapa aktiviti fizikal yang boleh dilakukan termasuklah:

    • Naik turun tangga.
    • Banyakkan berjalan.
    • Gunakan meja berdiri (standing desk).
    • Lakukan regangan.

    2. Tingkatkan pengambilan serat

    Serat adalah nutrien penting yang dapat membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama.

    Masukkan lebih banyak kekacang, brokoli, epal dan roti yang kaya dengan serat ke dalam diet harian. Makanan-makanan itu bukan sahaja membantu mengurangkan rasa lapar, malah menyokong kesihatan secara keseluruhan.

    Serat memainkan peranan penting dalam menjaga sistem pencernaan agar berfungsi dengan baik. Ia membantu melancarkan pergerakan usus, mencegah sembelit dan memastikan tubuh dapat mengeluarkan toksin dengan lebih cekap.

    Apabila sistem pencernaan berfungsi dengan baik, perut akan kelihatan lebih kempis. Selain itu, serat juga membantu mengawal kadar gula dalam darah dan menurunkan paras kolesterol.

    3. Minum air yang mencukupi

    Satu lagi cara untuk kempiskan perut adalah dengan meminum air secukupnya.

    Keperluan air setiap individu mungkin berbeza tetapi cara untuk tahu sama ada anda minum air secukupnya atau tidak adalah sama, iaitu dengan melihat warna air kencing.

    Air kencing kuning pekat bermakna anda kurang minum air. Pastikan air kencing anda berwarna kuning pucat.

    Jika tidak suka minum air kosong, cuba tambah sedikit buah-buahan sitrus ke dalam air anda. Anda boleh tambahkan hirisan lemon, oren atau strawberi untuk memberikan rasa yang lebih menyegarkan.

    4. Kurangkan makan

    Ada kalanya, perut kita buncit sebab terlebih makan. Mana tidak buncit kalau pergi kedai macam Suki-ya, kita makan sampai tak ingat dunia!

    Makan banyak untuk memastikan harga yang dibayar berbaloi itu betul juga tetapi jangan sampai risikokan kesihatan.

    Cara untuk mengurangkan lemak dalam badan sebenarnya cukup mudah. Anda hanya perlu membakar lebih banyak kalori daripada yang anda makan setiap hari.

    Cuba amalkan intermittent fasting atau tambah aktiviti senaman. Jika anda jarang bersenam, sekarang adalah waktu yang sesuai untuk memulakannya!

    Bagi mengurangkan 0.5 hingga satu kilogram seminggu, anda perlu mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 hingga 1,000 kalori daripada kebiasaan. Jika tidak, sukar untuk mengempiskan perut dalam masa seminggu!

    5. Kurangkan garam

    Garam adalah antara faktor utama yang boleh menyebabkan air kekal dalam badan, seterusnya mengakibatkan perut kelihatan lebih buncit dan kembung.

    Sekiranya kita mengambil garam dalam jumlah yang berlebihan, tubuh cenderung menyimpan lebih banyak air untuk mengimbangi kepekatan natrium yang tinggi dalam darah.

    Ini bukan sahaja membuatkan kita berasa kurang selesa, malah boleh memberi kesan negatif kepada penampilan fizikal, terutamanya di bahagian perut.

    Untuk mengurangkan risiko perut buncit akibat pengekalan air, sangat penting untuk mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi garam.

    Makanan segera, snek dan makanan yang diproses adalah penyumbang utama garam berlebihan dalam diet harian.

    Makanan sedemikian biasanya mengandungi garam yang tinggi untuk meningkatkan rasa dan memperpanjang jangka hayat produk. Tetapi kesannya terhadap kesihatan boleh memudaratkan.

    Bagi memastikan kita tidak mengambil garam dalam jumlah yang berlebihan, disarankan untuk mengehadkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2,300 mg sehari, bersamaan kurang daripada satu sudu teh. – RELEVAN

    buncit featured kempis kesihatan
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.