Facebook Twitter
    Trending
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    • Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha
    • Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri
    • Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini
    • Kurangkan air manis, banyakkan air kosong
    • Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025

      Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

      June 5, 2025

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025
    • Kerjaya

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 jenis rehat untuk capai kehidupan lebih sejahtera

    7 jenis rehat untuk capai kehidupan lebih sejahtera

    By Umi FatehahSeptember 9, 2024Updated:September 9, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    WAKTU cuti, kebanyakan kita mahu berehat selepas lima hari bekerja, berhempas pulas untuk mencari rezeki.

    Cuaca yang sejuk dan nyaman pula membuatkan kita mahu terus dibuai mimpi.

    Namun, sudah tidur lapan jam atau mungkin lebih, kita tetap bangun dengan rasa yang letih. Mengapa?

    Tidur sepatutnya memberi kesegaran kerana kita sudah mengecas tenaga tetapi sebaliknya rasa penat masih menghantui diri.

    Ini menunjukkan bahawa tidur semata-mata tidak mencukupi untuk memulihkan tenaga dan kesejahteraan.

    Rehat yang sebenar adalah lebih daripada sekadar tidur; ia melibatkan pemulihan minda, tubuh dan jiwa.

    Dalam buku Sacred Rest, Dr. Saundra Dalton-Smith memperkenalkan tujuh jenis rehat yang berbeza. Setiap jenis rehat itu pula ada tujuan yang tersendiri.

    Berikut adalah tujuh jenis rehat yang dapat membantu memulihkan kesejahteraan dan keseimbangan hidup, membolehkan kita menghadapi kehidupan dengan lebih bertenaga dan sihat.

    1. Rehat fizikal

    Selain tidur yang cukup, rehat fizikal melibatkan aktiviti seperti berbaring, meregangkan otot dan pergerakan ringan seperti yoga atau senaman ringan.

    Aktiviti tersebut membantu melepaskan ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah dan memulihkan badan daripada keletihan.

    Aktiviti regangan dan urutan juga dapat membantu badan kembali cergas, menambah tenaga dan mengurangkan risiko kecederaan selepas melakukan aktiviti harian seperti bekerja dan sebagainya.

    2. Rehat mental

    Otak kita sering bekerja tanpa henti kerana perlu memproses maklumat, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

    Rehat mental membolehkan otak berehat daripada terus bekerja. Teknik seperti meditasi atau mengambil masa untuk berfikir secara kreatif tanpa tekanan boleh membantu otak berehat daripada tertekan.

    Mengambil masa sejenak untuk merehatkan minda seperti mencatat apa yang difikirkan juga membantu membaiki tumpuan dan mengurangkan keletihan mental.

    Percayalah, kepala anda akan terasa lebih ‘ringan’. Lima hari dalam seminggu otak kita bekerja. Sekali sekala, ia juga perlu rehat agar boleh bekerja dengan lebih cerdas.

    Otak yang cerdas akan memudahkan anda untuk membuat keputusan dan memproses maklumat dengan lebih baik.

    3. Rehat emosi

    Untuk rehatkan emosi, anda perlu memberi kebenaran kepada diri sendiri untuk merasai dan mengekspresikan emosi tanpa rasa bersalah.

    Anda boleh dapatkan sokongan daripada rakan, keluarga atau pakar terapi rehatkan emosi.

    Sebenarnya, suka memendam adalah salah satu punca anda cenderung mengalami keletihan emosi. Jadi, gunakan tempoh ini untuk mengenali perasaan sendiri, mengatakan ‘tidak’ sekiranya perlu dan menjauhkan diri daripada situasi atau individu yang merosakkan emosi.

    4. Rehat deria (sensory rest)

    Pendedahan berlebihan kepada rangsangan seperti bunyi bising, cahaya terang dan skrin elektronik boleh menyebabkan deria menjadi letih.

    Kehidupan teknologi kini membuatkan kita sentiasa menghadap skrin peranti elektronik. Bangun pagi sahaja kita sudah membelek telefon. Kemudian sambung pula merenung skrin komputer di pejabat berjam-jam lamanya.

    Jadi, anda dinasihatkan untuk mengurangkan penggunaan peranti digital, mematikan notifikasi telefon dan meluangkan masa di tempat yang tenang atau dalam suasana yang redup untuk merawat keletihan deria.

    Anda juga digalakkan untuk melakukan aktiviti yang melibatkan alam semula jadi seperti berjalan-jalan di tasik atau pantai, mandi sungai atau cukup sekadar duduk dalam keheningan untuk mengurangkan keletihan deria.

    5. Rehat kreatif

    Rehat kreatif memberi peluang kepada kita untuk menghirup keindahan dunia dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui seni, alam semula jadi, muzik atau aktiviti kreatif lain.

    Mengunjungi galeri seni, berjalan di taman atau mendengar muzik yang menenangkan adalah beberapa cara untuk menyegarkan kembali tenaga kreatif.

    Rehat kreatif bukan sahaja membantu membaiki kemampuan menyelesaikan masalah tetapi juga memupuk inovasi dan memberikan rasa inspirasi yang diperlukan dalam kehidupan seharian terutamanya jika anda bekerja dalam bidang kreatif.

    6. Rehat sosial

    Interaksi sosial boleh menjadi sangat memenatkan, terutamanya apabila berurusan dengan individu yang toksik atau negatif. Jika seseorang itu introvert, mereka lebih cenderung untuk mengalami keletihan interaksi sosial.

    Rehat sosial bermaksud mengehadkan masa dengan orang yang mencetuskan tekanan dan sebaliknya, anda digalakkan meluangkan masa dengan orang yang positif dan menyokong. Atau, sekiranya anda mahu meluangkan masa bersendirian juga tidak mengapa.

    Dahulukan diri sendiri sebelum orang lain. Ia tidak bermakna anda pentingkan diri sendiri tetapi lebih memilih untuk menjaga keamanan mental diri sendiri berbanding memuaskan hati orang lain.

    7. Rehat kerohanian

    Rehat kerohanian melibatkan mencari makna yang lebih mendalam dalam kehidupan. Tidak kiralah apa jenis agama sekalipun, ia boleh dicapai melalui berdoa, beribadah atau melibatkan diri dalam aktiviti komuniti kerohanian.

    Selain mendekatkan diri dengan pencipta, ia juga memberikan ketenangan batin, perspektif baharu dan membantu kita merasa kehidupan di dunia ini bukan segala-galanya.

    Kita hanya dipinjamkan untuk hidup berpijakkan bumi dan langit milik tuhan. Segala yang berlaku di dunia ini hanyalah sementara, bukan selamanya.

    Sama seperti rasa penat untuk meneruskan hidup – perasaan itu normal tetapi ia hanya sementara.

    Justeru, rehat kerohanian akan membantu kita berdamai dengan tekanan hidup dan mencari kesejahteraan serta tujuan hidup yang lebih bermakna. – RELEVAN

    featured kesihatan penat rehat
    Artikel Terkini

    Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

    June 12, 2025

    Sam Altman: Penggerak revolusi AI

    June 11, 2025

    Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

    June 11, 2025

    Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

    June 9, 2025

    Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

    June 6, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.