Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hukum sembelih waktu malam, binatang cacat dan sedekah bahagian tanpa penama

    Hukum sembelih waktu malam, binatang cacat dan sedekah bahagian tanpa penama

    By June 16, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TERDAPAT kekeliruan mengenai situasi spesifik dalam ibadah korban. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KETIBAAN Hari Raya Aidiladha membawa kita mendalami makna pengorbanan dan ketaatan kepada perintah Allah.

    Sebagaimana taat dan redanya Nabi Ibrahim menjunjung perintah untuk menyembelih anak baginda, Nabi Ismail yang akhirnya diganti kibas, begitulah kita, para hamba Allah, harus menanam rasa taat dan reda terhadap ketentuan-Nya.

    Selain makna yang mendalam, Aidiladha turut menuntut ibadah-ibadah khusus. Orang ramai kadang kala terkeliru dengan pelaksanaan ibadah tersebut, terutamanya apabila melibatkan situasi yang spesifik.

    Oleh itu, merujuk Irsyad Hukum Edisi Haji dan Korban oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Relevan cuba merungkai beberapa kekeliruan yang ada.

    • Hukum menyembelih binatang korban pada waktu malam

    Amalan lazim, ibadah korban dijalankan pada waktu pagi sehingga petang 10 Zulhijjah. Namun, mungkin ada yang tertanya, bolehlah sembelihan dilakukan pada waktu malam?

    Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, waktu melaksanakan ibadah korban bermula seusai solat sunat Aidiladha dan dua khutbah sehingga 13 Zulhijjah.

    Ini bermakna, ibadah korban yang dilaksanakan sepanjang tempoh itu adalah sah.

    Namun, ada waktu penyembelihan tertentu yang afdal dan makruh.

    Waktu afdal untuk menyembelih adalah selepas solat hari raya. Itu merupakan aturan yang disunatkan, menurut hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

    Untuk penyembelihan pada waktu malam pula, walaupun masih sah, hukumnya makruh. Ini menurut mazhab Syafie, sekiranya ia dilakukan tanpa apa-apa keperluan atau maslahat (kegunaan).

    ARTIKEL BERKAITAN: Apakah hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri?

    Jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukumnya makruh kerana ada kemungkinan berlaku kesilapan dalam penyembelihan akibat gelapnya malam. Penyembelihan pada waktu malam juga agak tertutup sedangkan keutamaan diberikan kepada penyembelihan yang jelas.

    Selain itu, dikhuatiri juga penyembelihan tersebut akan terlindung daripada pengetahuan orang miskin kerana dilaksanakan pada waktu malam. Daging juga mungkin tertukar jika agihan dilakukan hanya pada waktu siang keesokan hari.

    Berbeza jika penyembelihan tersebut dilaksanakan pada waktu malam kerana ada keperluan, maka hukumnya harus.

    Penjelasan penuh: Irsyad Hukum Khas Haji dan Korban Siri ke-91

    • Hukum cacat cela pada binatang yang telah dinazar untuk korban

    Ijmak ulama menyatakan, adalah disunatkan untuk memilih binatang yang terbaik dan paling sempurna untuk dijadikan korban.

    Malah, ulama juga bersepakat bahawa binatang yang ingin dijadikan korban tidak mempunyai sebarang aib atau cacat cela, termasuk buta mata, mempunyai sakit yang ketara, tempang kakinya dan kurus kering.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 Soalan Haji dan Korban #3: Hukum berhutang, jantina haiwan korban dan lain-lain

    Namun, untuk situasi kecacatan atau aib yang berlaku selepas binatang tersebut dinazarkan untuk korban, hukumnya sah dan binatang tersebut tidak perlu diganti.

    Ini dengan syarat jika seseorang itu telah menetapkan binatang tertentu dengan berkata (seumpamanya) “aku menjadikan binatang ini sebagai korban” atau telah bernazar mahu menjadikan binatang yang spesifik untuk dijadikan korban.

    Penjelasan penuh: Irsyad Hukum Khas Haji dan Korban Siri ke-87

    • Hukum menyedekahkan bahagian korban yang tidak mempunyai penama

    Seekor binatang boleh dikorbankan dengan berkongsi bahagian. Maknanya, daripada seekor binatang (wajib ada tujuh bahagian, seperti unta dan lembu), ada dipecahkan bahagian dengan setiap bahagian dinamakan kepada orang berbeza.

    Namun, ada juga keadaan apabila seekor binatang mahu dikorbankan tetapi tidak semua bahagiannya mendapat penama.

    Situasi ini diharuskan dalam mazhab Syafie. Bahagian daging yang diniatkan korban dikira sah dan perlu diagihkan mengikut apa yang disyaratkan dalam pengagihan daging korban.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 Soalan Korban dan Haji #2: Persoalan-persoalan tentang ibadah korban

    Bahagian yang tidak diniatkan korban pula dikira sebagai sedekah umum: ia boleh disedekah atau digunakan mengikut keperluan.

    Sehubungan itu, jika bahagian yang tiada penama mahu disedekahkan, ia dibolehkan. Malah, bahagian tersebut juga boleh digunakan tanpa perlu mengikut cara pengagihan daging korban.

    Penjelasan penuh: Irsyad Hukum Khas Haji dan Korban Siri ke-76

    -RELEVAN

    Previous ArticleApakah hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri?
    Next Article Yang murni tapi disembunyi tentang minyak kelapa sawit

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.