Facebook Twitter
    Trending
    • Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru
    • Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?
    • Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan
    • Pantau glukosa walaupun ketika beraya
    • Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini
    • Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya
    • 3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka
    • Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026

      3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

      March 19, 2026

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026
    • Kewangan

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026
    • Pendidikan

      Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

      March 25, 2026

      Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

      March 24, 2026

      Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

      March 23, 2026

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pengajaran kewangan di bulan Ramadan

    Pengajaran kewangan di bulan Ramadan

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 19, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RAMADAN membawa banyak pengajaran, termasuk dari segi kewangan. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    RAMADAN merupakan bulan suci yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam sepanjang tahun.

    Sepanjang bulan, pelbagai peluang menambah pahala dihidang dan sepanjang sebulan itu juga, kita diingatkan untuk mendekati diri dengan agama.

    Menguruskan kewangan dengan cermat juga antara tuntutan dalam Islam. Punca datang dan arah belanja harta adalah antara perkara yang akan dipertanggungjawabkan ke atas seorang Muslim pada hari akhirat kelak.

    Maka, adalah baik kalau keberkatan dan pengajaran yang diperoleh daripada Ramadan diterjemahkan ke dalam strategi pengurusan kewangan. Bagaimana Ramadan boleh mengajar kita membelanjakan harta dengan lebih cermat dan bertanggungjawab.

    • Disiplin diri ketika berbelanja

    Ramadan mengajarkan kita tentang disiplin diri. Pengurusan masa perlu cekap – perlu rancang elok-elok masa kita nak bangun sahur, memelihara solat dan berbuka, kemudian masa-masa untuk melakukan ibadah sunat.

    Sebagaimana kita boleh menahan diri untuk tidak makan, minum dan melakukan perkara membatalkan puasa yang lain sepanjang siang Ramadan, begitu juga kita mampu untuk menahan diri daripada membazir ketika berbelanja.

    Bank al Etihad menjelaskan, dengan menerapkan disiplin diri ketika berbelanja, kita boleh membezakan antara keperluan mustahak dengan kehendak picisan. Kita juga boleh mengelak hutang dan tekanan kewangan.

    • Belanjawan dan perancangan kewangan

    Kita merancang kewangan dengan lebih teliti dalam bulan Ramadan, biasanya. Lebih-lebih lagi di Malaysia, godaan roti john dan martabak memaksa kita menetapkan had belanja setiap kali ke bazar.

    Perancangan kewangan yang teliti ini boleh diteruskan dalam bulan-bulan seterusnya juga. Dan perancangan terbaik – untuk jangka pendek khususnya – pastilah melalui belanjawan.

    Belanjawan bulanan, menurut Bank al Etihad, membantu kita menjejak perbelanjaan dan pendapatan, mengenal pasti perkara yang perlukan penjimatan dan merancang simpanan dengan lebih baik.

    Pengasas dan CEO Kestrl, Areeb Siddiqui pula mengaitkan belanjawan dengan ibadah puasa, apabila kita menahan diri daripada perbuatan jahat dan sia-sia. 

    Begitulah juga kita ketika menyusun belanjawan, perbelanjaan yang sia-sia diketepikan untuk memberi ruang kepada perbelanjaan yang lebih bermanfaat.

    • Menjadi tangan yang memberi

    Antara tujuan puasa adalah untuk kita berempati dengan nasib mereka yang kurang bernasib baik. Puasa juga bertujuan menebalkan rasa syukur dalam diri.

    Portal Bigpay menegaskan, tidak ada sesiapa yang miskin kerana memberi. Malah, ia perbuatan yang membahagiakan – jiwa yang bahagia lebih cekap mencari rezeki dan menambah pendapatan.

    Ramadan mengajar kita bahawa dalam rezeki yang dimiliki, ada sebahagiannya milik orang lain. Maka, bersedekahlah dan memberilah.

    • Kesyukuran dan perbelanjaan berhemah

    Seperti yang disebut di atas, Ramadan menebalkan rasa syukur dalam diri. Apabila diletakkan dalam konteks pengurusan kewangan, kesyukuran bermaksud kita faham rasa cukup. Tidak lagi meletakkan perhatian pada hal yang tidak ada.

    Rasa tak cukup adalah racun dalam pengurusan kewangan. Ia buat kita selalu mahu berbelanja walaupun pembelian itu tidak rasional dan betul-betul bermanfaat. 

    Bank al Etihad mengajak kita untuk menjadi minimalis. Jauhi pembaziran dan berhemah dalam berbelanja. 

    Malah, perbelanjaan berhemah juga bermaksud memikirkan impak alam sekitar pada perbelanjaan. Pembelian yang melampau di bazar Ramadan tidak baik untuk alam, akhirnya makanan akan dibazir dan dibuang.

    • Nilai waktu

    Kita menghargai setiap minit di waktu siang Ramadan kerana setiapnya memberi pahala kepada yang berpuasa. Kita syukuri setiap minit di waktu malam Ramadan kerana ruang mengumpul pahala dibentang seluasnya. Begitulah berharganya waktu di bulan Ramadan.

    Ambil semangat itu dan terapkannya pada siang dan malam bulan lain. Selain mengejar pahala, kita tetapkan sasaran mengejar wang pula (dengan panduan agama, tanpa berlebihan). 

    Sebab dalam kewangan, waktu juga berharga. Ramadan mengajar kita memanfaatkan waktu dengan keutamaan terhadap ibadah. Terjemahkannya dalam perancangan kewangan dengan menyusun sasaran jelas dan menggerakkannya dengan bersungguh-sungguh.

    Dengan menghargai waktu, kita lebih jelas ketika membuat keputusan kewangan. Kita sedar, langkah-langkah kecil yang diambil dalam sela waktu pendek boleh membuahkan impak yang besar kepada kewangan peribadi.

    Maka, menyimpanlah dan manfaatkan waktu sebaiknya untuk kesenangan diri. – RELEVAN

    Previous ArticleMAREA dan MPAJ gerakkan Program Kutipan Kitar Semula Strata 
    Next Article Semantik dinamik, sistem dinamikal, filem realisme dan muzik tradisi dihargai dalam Hadiah Rolf Schock 2024

    Artikel berkaitan

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    March 23, 2026

    Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

    March 23, 2026

    Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

    March 19, 2026
    Artikel Terkini

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    March 23, 2026

    Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

    March 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.