Facebook Twitter
    Trending
    • Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?
    • Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan
    • ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?
    • Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza
    • Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri
    • Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri
    • Jangan diam kalau dibuli
    • 5 matlamat kewangan selepas umur 30
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

      September 12, 2025

      Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

      September 10, 2025

      Pempengaruh ubah kehidupan dengan diet ‘suku suku separuh’

      September 9, 2025

      Asyik tidur waktu siang? 

      September 9, 2025

      5 tanaman penyeri dalam rumah

      September 4, 2025
    • Kewangan

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025

      RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

      September 5, 2025

      Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia

      September 3, 2025

      Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya

      September 2, 2025

      BNPL – budaya hutang alaf baru yang mengancam generasi kini

      August 21, 2025
    • Pendidikan

      ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

      September 11, 2025

      Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

      September 11, 2025

      Jangan diam kalau dibuli

      September 10, 2025

      Fakta semesta: Apa itu fenomena ‘Blood Moon’ ?

      September 8, 2025

      Persiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti

      September 5, 2025
    • Kerjaya

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025

      Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman

      August 29, 2025

      Minat guru semakin luntur, masa depan negara berisiko

      August 22, 2025

      Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

      August 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Waspada ancaman kewangan alam siber

    Waspada ancaman kewangan alam siber

    By March 8, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENIPU dan penjenayah siber menggunakan pelbagai taktik untuk mencuri wang serta data anda. - Gambar hiasan Pvproductions/Freepik

     

    SEIRING kecanggihan teknologi, mencuri dan merompak wang tidak lagi perlu dilakukan secara fizikal, sebaliknya boleh dilakukan di mana-mana sahaja lokasi di dunia tanpa batasan jarak atau masa.

    Itu adalah kepahitan yang kita perlu telan daripada 1001 kebaikan teknologi yang banyak membantu pelbagai urusan pada ketika ini.

    Penipu (scammer) dan penjenayah siber menggunakan pelbagai taktik untuk mencuri wang serta data anda.

    Perantara yang memudahkan kerja mereka adalah telefon pintar yang dimiliki hampir semua orang dan digunakan dalam banyak urusan seharian kita seperti perbankan, pembelian dalam talian dan media sosial.

    Jika tidak berjaga-jaga, anda berisiko menjadi mangsa.

    Menurut Security Intelligence, kebanyakan individu meluangkan kira-kira 400 minit dalam rutin harian mereka untuk aktiviti dalam talian. Ini telah membuka pintu kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan dalam talian.

    Penipu dan penjenayah siber akan menggunakan peluang itu untuk memerangkap mangsa seperti menghantar pautan-pautan yang mana sekali baca, kita rasa ia meyakinkan.

    Contohnya seperti pautan di Telegram: “klik pautan ini untuk mendapatkan bantuan tunai”. Sebenarnya itu adalah cara mereka memancing dan mencuri data kita. Jadilah pengguna yang bijak, jangan mudah klik pautan yang diterima. Teliti dan siasat terlebih dahulu.

    Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jenis jenayah siber yang paling biasa berlaku ialah e-dagang, mencatatkan kes tertinggi pada 2021 dengan 9,602 kes.

    Penipuan telekomunikasi pula direkodkan sebagai jenis jenayah siber kedua yang paling biasa berlaku dan merekodkan kes tertinggi pada 2022 dengan 7,783 kes.

    Jangan fikir mereka yang bijak dan berkelulusan akademik tertinggi boleh terlepas daripada tipu daya kerana penipu dan penjenayah siber licik menggunakan helah serta tawaran yang mampu membuai anda.

    Sedar-sedar wang sudah hilang dari akaun. Sebagaimana teknologi semakin berkembang, taktik-taktik penipuan juga berevolusi dengan pelbagai helah baharu yang sesuai dengan keadaan semasa untuk mengaburi mata mangsa.

    Justeru, penting untuk kita semua mempunyai kesedaran dan pengetahuan tentang taktik serta jenis-jenis penipuan terutama yang melibatkan kewangan.

    Antara jenis-jenis penipuan kewangan seperti menjerat mangsa dengan cinta, menawarkan pulangan pelaburan lumayan, tawaran pekerjaan, derma kebajikan dan kecurian identiti. Mereka juga menyamar menjadi sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga serta kenalan rapat untuk ‘mendesak’ anda memberikan sejumlah wang.

    Sebagai pengguna, kita perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti menyemak penyata bank dan kad kredit sekurang-kurangnya sekali seminggu, guna kata laluan yang kukuh dan sambungan internet yang selamat. Jika ada caj yang mencurigakan walaupun kecil, itu adalah red flag.

    Akaun bank anda dalam bahaya. Ramai yang berkongsi pengalaman duit dalam bank lesap sekelip mata ekoran tidak peka dengan caj kecil itu.

    Kita bersusah payah bekerja keras dan menahan nafsu daripada membeli untuk membuat tabungan itu tetapi dengan mudah mereka merompak hasil titik peluh yang dikumpul bertahun-tahun. Boleh murung dibuatnya.

    Sehubungan itu, jangan leka dan sentiasa berwaspada.- RELEVAN

    featured kecurian kewangan siber

    Artikel berkaitan

    Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

    September 12, 2025

    ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

    September 11, 2025

    Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

    September 11, 2025

    Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

    September 10, 2025

    Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

    September 10, 2025

    Jangan diam kalau dibuli

    September 10, 2025
    Artikel Terkini

    Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

    September 12, 2025

    Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

    September 12, 2025

    ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

    September 11, 2025

    Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

    September 11, 2025

    Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

    September 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.