Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar
    • Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • 10 bandar paling ramai penduduk di dunia
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah
    • Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu
    • 6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus
    • 10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir
    • Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025

      Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

      November 24, 2025

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025
    • Kewangan

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025
    • Pendidikan

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025

      10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir

      November 25, 2025

      Kenali siren banjir

      November 24, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berdengkur biasa atau sleep apnea? Perhatikan tanda amaran ini

    Berdengkur biasa atau sleep apnea? Perhatikan tanda amaran ini

    By Umi FatehahJanuary 16, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    APNEA tidur obstruktif adalah gangguan tidur yang serius di mana individu berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih pada satu masa.

    Tetapi, setiap daripada kita mesti pernah berdengkur. Kadang-kadang, apabila badan terlalu letih atau selesema boleh menyekat saluran hidung dan secara tidak sedar memaksa udara melepasi tisu lembut yang menyebabkan getaran dilepaskan, iaitu dengkuran.

    Berdengkur boleh menjadi perkara biasa dan bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan. Namun, menurut seorang pakar tidur daripada Harvard Medical School, Rebecca Robbins, apabila seseorang itu berdengkur dengan kuat, kasar atau berhenti bernafas dalam tempoh 10 saat atau lebih, ini perlu dibimbangkan.

    Menurut beliau lagi, dianggarkan bahawa sekurang-kurangnya 936 juta orang dewasa berumur antara 30 dan 69 tahun di seluruh dunia mungkin mengalami apnea tidur obstruktif. Tetapi, masih ramai yang tidak mendapatkan diagnosis tentang dengkuran atau apnea tidur.

    Apnea tidur boleh menjadi ancaman kesihatan

    Keadaan ini dipanggil apnea tidur “obstruktif” kerana kadang-kadang otak ‘terlupa’ atau tidak memberi isyarat kepada badan untuk bernafas. 

    Kebiasaannya, kita berusaha menggunakan perut dan dada anda untuk cuba mendapatkan udara masuk dan keluar. Tetapi disebabkan ada halangan di saluran pernafasan di bahagian atas, sesetengah individu tidak boleh bernafas seperti biasa ketika tidur yang menyebabkan apnea tidur obstruktif berlaku.

    Individu yang mempunyai apnea tidur obstruktif mungkin tidak perasaan atau tidak pernah tahu mereka mengalami kesukaran untuk bernafas ketika tidur. Tetapi, ia boleh menjadikan pasangan, rakan, ahli keluarga atau sesiapa yang melihat anda tidur berasa takut.

    Jika tidak dirawat, apnea tidur obstruktif meletakkan anda berisiko tinggi untuk mendapat hipertensi, penyakit jantung, diabetes jenis 2 atau kemurungan dan juga kematian awal.

    Tanda amaran apnea tidur obstruktif

    1. Tabiat dengkur

    Dengkuran ialah petunjuk utama apnea tidur obstruktif. Dengkuran yang dimaksudkan ialah kedengaran kuat, kasar seperti beruang mengaum dan bukan dengkuran manja yang mungkin kelihatan lucu atau comel. 

    1. Seberapa penatkah anda?

    Keletihan melampau pada siang hari adalah penunjuk utama tidur yang kurang baik. Apabila digabungkan dengan dengkuran, ia boleh menjadi gejala apnea tidur.

    Tertidur pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja seperti duduk sebentar selepas makan dan tertidur atau tertidur di dalam panggung wayang juga menunjukkan simptom keletihan melampau. 

    1. Ada yang beritahu dengkuran anda kedengaran aneh

    Kebanyakan orang tidak sedar pun mereka berdengkur ketika tidur melainkan tiba-tiba terjaga akibat tercekik atau kesukaran bernafas. Tanda-tanda lain yang perlu diambil berat ialah berhenti bernafas dan tercungap-cungap ketika tidur.

    Jadi, sekiranya ada yang memberitahu bahawa dengkuran anda kedengaran aneh, cuba dapatkan pemeriksaan pakar tidur. 

    Sekiranya anda tidur berseorangan, cuba rekod suara dengkuran. Lebih baik berjaga-jaga agar dapat mencegah berbanding merawat.

    1. Hipertensi

    Apnea tidur obstruktif boleh menyebabkan hipertensi. Setiap kali seseorang berhenti bernafas selama beberapa saat, sistem saraf simpatetik badan akan bertindak dan meningkatkan tekanan darah. 

    Di samping itu, badan akan mengeluarkan hormon tekanan yang dipanggil katekolamin yang boleh meningkatkan tekanan darah dari masa ke masa.

    Walaupun hipertensi dengan sendirinya bukanlah petanda gangguan tidur, ia boleh menjadi tanda amaran apabila digabungkan dengan isyarat petanda lain. 

    Mujurlah, rawatan untuk apnea tidur obstruktif seperti tekanan saluran udara positif berterusan (CPAP) bukan sahaja ditunjukkan untuk membantu apnea tidur,  ia juga menurunkan tekanan darah.

    1. Berat badan juga berkaitan dengan apnea tidur

    Orang yang mengalami obesiti (dengan BMI 35 dan ke atas) sering didapati mengalami apnea tidur obstruktif kerana berat tambahan di dalam mulut, lidah dan leher meruntuhkan tisu lembut. Hal ini membuatkan mereka lebih sukar untuk bernafas dengan mudah tanpa berdengkur.

    Peningkatan jumlah individu yang mempunyai masalah apnea tidur obstruktif juga sering dikaitkan dengan peningkatan kadar obesiti.

    Penurunan berat badan boleh menjadi sebahagian besar daripada cadangan daripada penyedia penjagaan kesihatan untuk menangani apnea tidur.

    1. Umur, jantina dan keadaan leher

    Menurut beberapa kajian, orang tua yang mempunyai apnea tidur cenderung untuk mengalami apnea tidur pada tahap ringan atau sederhana sahaja. Berbanding golongan yang lebih muda, mereka cenderung untuk mengalami apnea tidur yang lebih teruk.

    Perhatikan juga lilitan leher anda. Sekiranya anda mempunyai lilitan leher yang besar, sama ada disebabkan oleh berat badan berlebihan atau genetik, juga merupakan penunjuk utama apnea tidur obstruktif.

    Sekiranya anda mempunyai lilitan leher lebih besar daripada 17 inci (43 cm) untuk lelaki dan lebih daripada 16 inci (40.6 cm) untuk wanita, anda cenderung untuk mempunyai masalah apnea tidur obstruktif. 

    Adakah anda seorang lelaki? Itu juga menjadikan anda berisiko tinggi untuk apnea tidur obstruktif. Antara sebabnya mungkin lelaki cenderung mempunyai lidah yang lebih gemuk dan membawa lebih banyak lemak di bahagian atas badan berbanding wanita, terutamanya di leher. 

    Lelaki juga cenderung mempunyai lebih banyak lemak di bahagian perut yang boleh menyukarkan proses pernafasan secara umum. Walau bagaimanapun, wanita selepas menopaus juga mempunyai potensi untuk apnea tidur obstruktif. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025

    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    November 28, 2025

    10 bandar paling ramai penduduk di dunia

    November 27, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

    November 27, 2025

    Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

    November 26, 2025

    6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

    November 26, 2025
    Artikel Terkini

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025

    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    November 28, 2025

    10 bandar paling ramai penduduk di dunia

    November 27, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

    November 27, 2025

    Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

    November 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.