Facebook Twitter
    Trending
    • Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba
    • Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru
    • Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?
    • Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan
    • Pantau glukosa walaupun ketika beraya
    • Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini
    • Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya
    • 3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026

      3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

      March 19, 2026

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026
    • Kewangan

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026
    • Pendidikan

      Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

      March 25, 2026

      Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

      March 24, 2026

      Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

      March 23, 2026

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 pekerjaan nomad digital, kerja santai sambil mengembara

    6 pekerjaan nomad digital, kerja santai sambil mengembara

    By Zubaidah IbrahimOctober 6, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    NOMAD digital ialah orang yang bekerja secara maya dari pelbagai lokasi, malah di seluruh dunia.- GAMBAR HIASAN/ MARYMARKEVICH/FREEPIK

    BAYANGKAN anda membuat kerja sambil menikmati deruan ombak, menghirup secawan kopi di kafe dan boleh melakukannya di pelbagai lokasi. Pastinya sesiapa sahaja tidak menolak untuk pekerjaan seperti itu.

    Ia adalah salah satu contoh situasi bagi pekerja nomad digital. Cukup menarik kerana anda juga boleh mengembara sambil bekerja. Melihat keindahan tempat orang dan sebagainya.

    Nomad digital ialah orang yang bekerja secara maya dari pelbagai lokasi, malah di seluruh dunia.

    Apa itu nomad digital?

    Seorang nomad digital menjalani gaya hidup nomad, berpindah dari lokasi ke lokasi dan berhubung secara digital. Nomad digital menggunakan teknologi dan alat komunikasi untuk menyelesaikan kerja dari jauh untuk mengembara ke seluruh negara atau dunia.

    Sesetengah nomad digital berada di satu lokasi untuk seketika, selama beberapa minggu atau beberapa bulan sebelum berpindah ke tempat lain.

    ARTIKEL BERKAITAN: Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    Ada yang memilih untuk menukar bandar atau negara dengan lebih kerap. Mereka bekerja dari kedai kopi, bilik hotel, kapal terbang dan ruang kerja bersama.

    Pekerjaan perantau digital

    Pekerjaan nomad digital boleh menjadi jalan untuk membantu anda melihat dunia tanpa mengubah aspirasi kerjaya anda secara singkat.

     Berikut beberapa contoh pekerjaan nomad digital yang biasa ditemui:

    1. Penulis/editor

    Kerja menulis dan menyunting sangat sesuai dilakukan di mana-mana sahaja. Mereka boleh melakukan tugas itu secara sambilan atau sepenuh masa. Ramai nomad digital turut mengisi kandungan blog mereka sendiri yang memperincikan pengembaraan mereka.

    1. Pengurus projek

    Pekerjaan sebagai pengurus projek juga sangat popular dilakukan secara nomad.

    Pengurus projek yang bekerja dari jarak jauh perlu mahir dan sentiasa berada di hadapan dalam urusan komunikasi dengan pelanggan dan rakan sekerja. 

    Anda juga perlu sentiasa ambil tahu perbezaan zon waktu jika berada di negara berbeza supaya tarikh akhir projek dipatuhi.

    ARTIKEL BERKAITAN: 4 langkah ini kunci kejayaan dalam temu duga

    1. Guru/tutor online

    Sebagai guru atau tutor yang mengajar secara online, ia memberi kelebihan kepada anda untuk melakukannya secara nomad.

    Guru dan tutor maya boleh melaksanakan tugasnya memberi ilmu kepada pelajar secara online tanpa perlu pergi ke kelas fizikal. Dengan hanya membawa komputer riba atau alat sokongan komunikasi yang lain, anda sudah boleh melaksanakan tanggungjawab itu di pelbagai lokasi.

    1. Pengurus media sosial

    Ramai nomad digital mempunyai kemahiran media sosial yang mantap di mana mereka berkongsi foto dan kemas kini pengembaraan mereka. Ia sangat bersesuaian dengan kerjaya dalam bidang media sosial.

    Berada di zon waktu yang berbeza juga mungkin sesuai untuk anda jika majikan mahu jadual penghantaran di media sosial dilakukan pada waktu malam.

    1. Khidmat pelanggan

    Banyak syarikat memerlukan sokongan perkhidmatan pelanggan pada waktu semalaman (overnight), menjadikannya pekerjaan semalaman yang popular.

    Bergantung pada tempat anda berada, waktu semalaman itu mungkin jatuh tepat pada hari kerja biasa anda. Walaupun sesetengah peranan perkhidmatan pelanggan mungkin memerlukan ruang yang sunyi untuk membuat panggilan telefon, kebanyakannya adalah berasaskan web dan e-mel sepenuhnya.

    1. Pereka web

    Kreativiti boleh meningkat semasa anda dalam perjalanan. Gunakannya untuk bekerja sebagai pereka web. Peranan pereka web antaranya adalah membuat reka bentuk web dan mockup. Anda juga mungkin memerlukan pengalaman JavaScript, HTML dan CSS.- RELEVAN

    Previous ArticleToko Buku Rakyat dan Tokosue: Menggerakkan ekosistem buku
    Next Article Jaga postur, pakar kongsi tip hentikan sakit belakang

    Artikel berkaitan

    Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    March 25, 2026

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    March 23, 2026

    Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

    March 23, 2026
    Artikel Terkini

    Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    March 25, 2026

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    March 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.