Facebook Twitter
    Trending
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    • Pantang larang selepas cabut gigi
    • Elak makanan ini jika sedang haus
    • Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    By Umi FatehahMay 30, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    NOMAD digital menggunakan teknologi dan alat komunikasi untuk menyelesaikan tanggungjawab kerja dari jauh. - GAMBAR HIASAN PEGGY ANKE/UNSPLASH

    SEJAK wabak Covid-19 melanda dan seluruh negara dikehendaki mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia sudah menyentuh pelbagai norma baharu seperti mandatori memakai pelitup muka dalam pengangkutan awam, termasuklah sistem bekerja dari rumah.

    Terdapat beberapa istilah digunakan bagi menggambarkan pekerja yang bekerja dari rumah seperti telekomuter atau pekerja jarak jauh (remote worker) dan muncul lagi istilah baharu iaitu nomad digital.

    Apa yang dimaksudkan oleh nomad digital ialah orang yang bekerja secara maya dan selalunya dari pelbagai lokasi termasuklah di seluruh dunia. Nomad digital menggunakan teknologi dan alat komunikasi untuk menyelesaikan tanggungjawab kerja dari jauh sambil mengembara tidak kira di mana anda berada.

    Bayangkan, hari ini anda bekerja dari rumah, esok pula mungkin anda memilih untuk bekerja di kafe mewah. Bulan hadapan pula mungkin bekerja sambil menikmati deruan ombak pantai di Langkawi. Kedengaran sangat menarik, bukan?

    Nomad digital di bawah MDEC

    Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah memperkenalkan program DE Rantau sebagai inisiatif menjadikan Malaysia sebagai hab nomad digital pilihan di ASEAN. 

    Inisiatif ini sekali gus meningkatkan penggunaan digital dan mempromosi mobiliti profesional serta pelancongan di seluruh negara.

    Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz berkata sehingga kini, terdapat 807 hab DE Rantau dan telah berdaftar dengan MDEC. Pihaknya juga menyasarkan untuk mewujudkan sebanyak 2,000 hab DE Rantau untuk nomad digital bagi tahun ini.

    Program DE Rantau akan memanfaatkan kedua-dua bakat tempatan dan nomad asing melalui penciptaan ekosistem bertenaga yang menyokong nomad digital.

    Nomad digital boleh mengembara dan bekerja dari jauh merentasi pelbagai lokasi di Malaysia, sambil mempunyai akses kepada sambungan jalur lebar yang stabil dan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan lain yang menyokong gaya hidup nomad.

    Tumpuan utama DE Rantau adalah seperti:

    • Kelengkapan hab nomad digital
    • Komuniti nomad digital dan ekosistem sokongan
    • Pas Nomad DE Rantau bagi nomad digital warga asing yang berkelayakan

    Syarat kelayakan

    Sekiranya berminat, terdapat beberapa syarat kelayakan sebelum anda memohon untuk bekerja sebagai nomad digital di bawah program DE Rantau.

    Beberapa syarat kelayakan bagi nomad digital rakyat tempatan adalah seperti berkepakaran dalam bidang teknologi maklumat. Pemohon juga perlu melampirkan beberapa bukti pekerjaan untuk pihak tersebut menyemak sama ada anda berkelayakan atau tidak.

    Pemohon juga perlu mempunyai pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM36,000 setahun. Untuk melihat syarat kelayakan dengan lebih teliti, layari pautan rasmi MDEC.

    Cara memohon

    Jika anda menepati syarat kelayakan, lakukan langkah-langkah berikut untuk memfailkan permohonan.

    1. Layari laman web rasmi DE Rantau
    2. Pilih laman khusus sama ada sebagai nomad digital tempatan atau warga asing
    3. Teruskan pendaftaran dengan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan untuk semakan kelayakan dan pengesahan
    4. Terima kelulusan untuk masuk ke negara ini menggunakan DE Rantau Pass bagi nomad digital warga asing atau pengesahan keahlian program DE Rantau bagi nomad digital tempatan.

      – RELEVAN
    Previous ArticleSeketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    Next Article Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    Artikel berkaitan

    Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    February 16, 2026

    Pantang larang selepas cabut gigi

    February 16, 2026

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026
    Artikel Terkini

    Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    February 16, 2026

    Pantang larang selepas cabut gigi

    February 16, 2026

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.