Facebook Twitter
    Trending
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » ‘Superbanana’ atasi kekurangan zat makanan dan vitamin

    ‘Superbanana’ atasi kekurangan zat makanan dan vitamin

    By Zubaidah IbrahimOctober 3, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PASUKAN saintis telah mencipta pisang yang diubah suai secara genetik yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk memerangi kekurangan zat makanan.- GIORGIO TROVATO/UNSPLASH

    PASUKAN saintis dilaporkan telah mencipta ‘superbanana’ yang diubah suai secara genetik yang mengandungi lebih banyak nutrien, terutamanya vitamin A.

    Kekurangan vitamin A telah melanda negara-negara miskin di sub-Sahara Afrika dan Asia Tenggara selama beratus-ratus tahun.

    Masalah tersebut telah menghalang tumbesaran kanak-kanak, menyebabkan kebutaan dan dengan ketara melemahkan daya tahan mereka terhadap penyakit seperti cirit-birit dan campak.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 190 juta kanak-kanak prasekolah di seluruh dunia kekurangan vitamin A dan kekurangan zat makanan yang menyumbang sebanyak enam peratus daripada kematian awal kanak-kanak di Afrika.

    ARTIKEL BERKAITAN: Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    Oleh itu, ‘superbanana’ memberi penyelesaian yang murah dan berdaya maju untuk kekurangan zat makanan dan kekurangan vitamin A.

    Uganda adalah salah satu daripada beberapa negara Afrika yang memerangi kekurangan zat makanan lantas ia mencetuskan penyelesaian kepada masalah itu di negara ini.

    Satu pasukan penyelidik dari Makmal Penyelidikan Pertanian Kebangsaan di Uganda dengan kerjasama saintis pertanian Australia James Dale dan Yayasan Bill dan Melinda Gates dilaporkan telah mencipta pisang yang diubah suai secara genetik yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk memerangi kekurangan zat makanan.

    Projek Banana21 telah dilancarkan pada tahun 2005. Selepas 18 tahun penyelidikan dengan pelaburan sebanyak AS$11 juta (RM52 juta) oleh Yayasan Bill dan Melinda Gates dan kerja keras tanpa berputus asa, saintis akhirnya mencipta pisang yang mampu menyelamatkan berjuta-juta nyawa kanak-kanak.

    Pengubahsuaian genetik pokok pisang pernah dilakukan sebelum ini untuk menentang serangga perosak, kulat atau menghadapi kemarau dengan lebih baik.

    ARTIKEL BERKAITAN: Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    Tetapi ini adalah buat pertama kalinya pisang berjaya diubah untuk bertindak sebagai suplemen pemakanan untuk manusia.

    Menurut National Geographic, ‘superbanana’ itu sedia untuk diusahakan, tetapi saintis masih menunggu kelulusan daripada kerajaan tempatan.

    Malangnya, ia mungkin menjadi halangan yang ketara, memandangkan tentangan kuat terhadap penanaman makanan yang diubah suai secara genetik di Uganda.

    Tanaman sedemikian pada masa ini dilarang sama sekali di Uganda. Di Kenya juga pernah mengambil pendekatan serupa tetapi baru-baru ini negara itu telah menarik balik larangan penanaman tanaman yang diubah suai secara genetik (GM) selepas sedekad dikuatkuasakan.- RELEVAN

    Previous ArticleMaksud lirik Nur Nilam Sari, bukan lagu untuk arwah isteri pertama M. Nasir
    Next Article 5 langkah kejar kerjaya impian

    Artikel berkaitan

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Artikel Terkini

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.