Facebook Twitter
    Trending
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    • Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sila bergerak! Ini bahaya gaya hidup sedentari

    Sila bergerak! Ini bahaya gaya hidup sedentari

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 26, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GAYA hidup sedentari yang tidak aktif dan kurang bergerak datang dengan pelbagai risiko kesihatan. - GAMBAR HIASAN/KETUT SUBIYANTO (Pexels)

    GAYA hidup sedentari bermaksud gaya hidup yang tidak aktif dan tidak melibatkan banyak pergerakan fizikal.

    Ini antara musuh kesihatan terbaharu buat manusia kerana ia bukan saja melibatkan aktiviti masa lapang yang tidak aktif (seperti menghabiskan masa berjam-jam menonton televisyen setiap hari), malah sudah memasuki ruang kerja.

    Cuba tanya datuk nenek kita yang masih sihat pada usia tua, apa kerja yang mereka buat sewaktu muda dahulu? Besar kemungkinan, kerja mereka melibatkan aktiviti fizikal yang berat. Mungkin pesawah atau buruh kasar.

    Di Amerika Syarikat (AS), kurang 20 peratus pekerjaan yang ada merupakan pekerjaan dengan pergerakan fizikal yang aktif. Selebihnya pekerjaan yang memerlukan kita duduk dalam tempoh yang lama atau tidak banyak bergerak.

    ARTIKEL BERKAITAN: Lima cara mudah untuk bersenam sambil melakukan tugas harian

    Kurangnya pergerakan fizikal datang dengan risiko kesihatan tersendiri. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan amaran mereka 20 tahun lalu.

    Kata WHO, gaya hidup sedentari menjadi salah satu daripada 10 punca utama kematian dan kecacatan.

    Maka, bergeraklah. Cari ruang dan masa untuk melakukan senaman ringkas jika pekerjaan sememangnya memerlukan anda untuk kekal pada satu tempat dalam tempoh yang lama.

    Bagi menguatkan lagi semangat anda untuk bergerak, Relevan (https://relevan.com.my/) senaraikan kesan-kesan buruk gaya hidup sedentari untuk kesihatan. Kalau mahu sihat, bergeraklah.

    • Melemahkan otot

    Apabila kita kurang menggunakan otot, ia melemah dari masa ke masa. Begitu juga kalau kita banyak menghabiskan masa dengan duduk, ia melemah dan membazirkan otot-otot di bahagian kaki dan punggung (gluteus). 

    Otot-otot ini penting untuk berjalan dan menstabilkan tubuh. Kalau otot-otot ini lemah, anda mudah tercedera apabila terjatuh atau ketika melakukan senaman.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu brisk walking dan berapa pantas patut kita berjalan apabila melakukannya?

    • Tambah lemak

    Dengan menggerakkan otot, kita membantu tubuh mencerna lemak dan gula yang dimakan. Jika masa kita dihabiskan dengan duduk sepanjang masa, lemak dan gula itu tidak dicerna, menambah lagi lemak dalam badan.

    • Pinggang dan belakang

    Duduk terlalu lama menyebabkan otot fleksor pinggang memendek, seterusnya menyebabkan masalah pada sendi pinggang. Ia turut membawa masalah pada belakang anda, lebih-lebih jika anda duduk dengan postur yang tak betul.

    Postur yang salah merosotkan kesihatan tulang belakang. Contohnya apabila cakera pada tulang belakang termampat kerana salah postur, ia menyebabkan degenerasi pramatang yang sangat menyakitkan.

    • Kanser

    Terdapat kajian yang mengaitkan kehidupan sedentari dengan risiko kanser, termasuk kanser paru-paru, kolon, uterus dan payu dara. Kaitan langsung gaya hidup itu dengan kanser belum dapat ditemukan tetapi menurut Pusat Perubatan Awam AS, tingkah laku sedentari mengubah tahap kitaran hormon seks yang meningkatkan kejadian kanser berkaitan hormon.

    Bagi Persatuan Kanser Kanada pula, memandangkan obesiti merupakan faktor risiko untuk 11 jenis kanser dan gaya hidup sedentari berisiko mengakibatkan obesiti, maka gaya hidup sedentari boleh membawa kepada kanser.

    • Sakit jantung

    Antara risiko utama gaya hidup sedentari ialah penyakit berkaitan jantung. Menurut Betterhealth, portal kesihatan milik kerajaan Victoria, Australia, ada kajian menunjukkan lelaki yang menonton televisyen selama lebih 23 jam seminggu mempunyai 64 peratus risiko lebih tinggi berbanding lelaki yang menonton hanya 11 jam televisyen seminggu.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 manfaat kesihatan brisk walking

    Ada kajian lain pula mendapati, mereka yang tidak aktif dan duduk terlalu lama mempunyai risiko 147 peratus lebih tinggi untuk mengalami serangan jantung atau strok.

    • Diabetes

    Kajian menunjukkan dalam tempoh lima hari kita berbaring, rintangan insulin dalam tubuh boleh meningkat. Ini menyebabkan tahap gula dalam darah meningkat. 

    Kajian lain pula mendapati, orang yang meluangkan banyak masa dengan duduk mempunyai 112 peratus lebih risiko menghidap diabetes.

    • Vena varikos

    Vena varikos atau urat yang membengkak dan bersimpul terjadi apabila aliran darah tersekat atau terganggu, kebiasaannya di bahagian kaki. Apabila kita duduk terlalu lama, darah terkumpul di bahagian kaki, menyebabkan vena varikos atau vena lelabah (vena varikos yang lebih kecil).

    Walaupun vena varikos kebiasaannya tidak berbahaya, dalam beberapa keadaan, ia boleh menyebabkan darah beku yang boleh membawa kepada keadaan lebih serius.

    Antara risiko darah beku, terutamanya di bahagian kaki ialah trombosis vena dalam (DVT). DVT terjadi apabila darah beku menyekat aliran darah di bahagian kaki.

    Jika sebahagian daripada darah beku itu pecah dan mengalir, ia boleh menyekat aliran darah ke bahagian lain dalam tubuh, termasuk paru-paru yang boleh mengakibatkan embolisme pulmonari. – RELEVAN

    Previous ArticleIJN diiktiraf sebagai Hospital Pakar Terbaik di rantau APAC
    Next Article Sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK merosot, hanya 32.4% pada 2022

    Artikel berkaitan

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.