Facebook Twitter
    Trending
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026
    • Pendidikan

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Prof. Dr. Rosylin wanita paling berpengaruh dalam perniagaan dan kewangan Islam

    Prof. Dr. Rosylin wanita paling berpengaruh dalam perniagaan dan kewangan Islam

    By Zubaidah IbrahimJune 27, 2023Updated:June 27, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PROF Dr. Rosylin (dua dari kanan) dinobatkan sebagai Wanita Paling Berpengaruh dalam Perniagaan dan Kewangan Islam 2022.

    TANGAN yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia, pepatah Melayu itu menggambarkan betapa hebatnya peranan dan pengaruh seorang wanita dalam kehidupan manusia.

    Ini terbukti apabila Profesor Ekonomi dan Kewangan Islam dan Dekan Pusat Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Rosylin Mohd. Yusof disenaraikan dalam kategori Most Influential Women in Islamic Business & Finance 2022 dan diiktiraf sebagai WOMANi Academica For The Year 2022 oleh Cambridge IFA.

    Anugerah berprestij itu disampaikan oleh bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz di Menara Maybank Kuala Lumpur baru-baru ini kepada wanita luar biasa itu.

    Prof. Dr. Rosylin melahirkan rasa syukur di atas penganugerahan ini dan menyifatkannya sebagai satu pengiktirafan kepada semua wanita yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada pembangunan perbankan Islam di Malaysia serta di peringkat antarabangsa.

    ARTIKEL  BERKAITAN: Mengapa Hari Wanita Sedunia disambut? Ini sejarah ringkas

    “Program WOMANi telah dilancarkan secara rasmi oleh Cambridge IFA pada 2018 untuk memperkasakan wanita dan meraikan pencapaian cemerlang mereka dengan memperkasakan sekurang-kurangnya satu juta wanita dari pelbagai  negara   merentas pelbagai bidang profesion,” katanya yang  telah menjadi penyokong perbankan dan Kewangan Islam sejak empat dekad lalu.

    Beliau menyifatkan anugerah itu adalah kemuncak dedikasi, profesionalisme, ketabahan, kejayaan dan kerja kerasnya sepanjang karier dalam mengajar, menyumbang kepada penyelidikan dan penerbitan mengenai ekonomi serta kewangan Islam.

    Menyelusuri penglibatannya dalam bidang perniagaan dan kewangan Islam, beliau merupakan ahli exco International Council of Islamic Finance Educators (ICIFE), Pengerusi Kluster Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial, Akademi Profesor Malaysia, Ketua Editor Jurnal Antarabangsa Perniagaan Islam dan ahli editorial Jurnal Perakaunan Islam serta penyelidikan perniagaan yang berpangkalan di United Kingdom.

    Beliau telah menerbitkan lebih 50 kertas kerja dalam bidang perbankan dan kewangan Islam serta menerima Anugerah Sasterawan Zamrud Antarabangsa pada 2019.

    Selain itu, beliau turut meraih pelbagai anugerah dalam penyelidikan dan penerbitan di peringkat nasional serta antarabangsa.

    Selain pencapaian akademiknya, Prof Dr. Rosylin telah dianugerahkan Pingat Paduka Mahkota (PMK) dari  negeri Kelantan pada tahun 2018.

    ARTIKEL BERKAITAN: Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan turut berbangga dengan pencapaian beliau yang disenaraikan dalam kategori Wanita Paling Berpengaruh dalam Perniagaan dan Kewangan Islam 2022 dan diiktiraf sebagai WOMANi Academica For The Year 2022.

    “Saya mengucapkan tahniah di atas pencapaian cemerlang beliau yang mengharumkan nama UUM.

    “Anugerah itu secara tidak langsung meletakkan UUM pada peta global kecemerlangan akademik yang menjadi kebanggaan bagi universiti dan negara,” katanya.- RELEVAN

    Previous Article12 tabiat yang boleh buat anda dibenci rakan sepejabat
    Next Article Titanic: Mengapa orang masih tertarik dengan bangkai kapal tua?

    Artikel berkaitan

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026
    Artikel Terkini

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.