Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Titanic: Mengapa orang masih tertarik dengan bangkai kapal tua?

    Titanic: Mengapa orang masih tertarik dengan bangkai kapal tua?

    By Umi FatehahJune 27, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MENGAPA obses terhadap Titanic? - GAMBAR HIASAN NOAA/UNSPLASH

    BARU-BARU ini, dunia dihidangkan dengan berita mengenai tragedi melibatkan kematian lima orang akibat letupan kapal selam. Mereka dikatakan menaiki kapal tersebut untuk melawat ke kawasan persemadian kapal Titanic.

    Ironinya, masyarakat dunia sangat tertarik dengan bangkai kapal yang sudah usang dan berusia lebih 100 tahun itu.

    Tragedi bersejarah itu telah memberi inspirasi kepada penghasilan novel dan filem. Malah, industri pelancongan juga berkembang maju dengan penubuhan muzium dan penganjuran pameran yang menarik ratusan ribu pengunjung setiap tahun.

    Titanic hanyalah satu daripada puluh, ratus atau mungkin ribuan bangkai kapal yang tenggelam di lautan Atlantik yang dalam. Pastinya anda semua pernah menonton filem Titanic, bukan?

    Titanic tenggelam kerana berlanggar dengan aisberg besar. Ia telah mengakibatkan 1,517 kematian dalam pelayaran pertama kapal tersebut pada tahun 1912.

    Cuma yang menjadi persoalan, mengapa Titanic mempunyai daya tarikan yang begitu kuat?

    Kemegahan Titanic

    Menurut seorang profesor di Universiti Guelph di Kanada, Brent McKenzie, daya tarikan Titanic berasal dari kemegahan yang diceritakan dari tragedi asal.

    “Hakikat bahawa banyak nyawa terkorban, kapal yang tenggelam dan individu terkenal yang berada di atas kapal tersebut menjadi daya tarikan berterusan.

    “Tambahan pula, ia telah berlaku lebih daripada satu abad yang lalu. Ini bermakna, kita tidak lagi boleh mendapatkan keterangan atau penjelasan langsung daripada mangsa dan saksi tragedi,” katanya.

    Menurut profesor itu lagi, dengan ketiadaan mangsa dan saksi tragedi, generasi akan datang menghadapi cabaran untuk memahami fakta dan cerita penuh berkaitan Titanic.

    Memandangkan tiada saksi hidup untuk memberikan naratif atau pandangan peribadi, pemahaman tentang peristiwa itu bergantung pada rekod sejarah, tafsiran atau cerita daripada mulut ke mulut yang mungkin sudah ditokok tambah.

    Sama sahajalah dengan cerita Mona Fendy yang sudah menjadi acara tahunan dibincangkan di media sosial.

    Dark tourism

    Eskpedisi Titanic adalah salah satu industri yang dikenali sebagai pelancongan gelap atau dark tourism.

    “Betul atau salah, semakin ramai pelancong tertarik ke tempat yang berkaitan dengan kematian, tragedi dan penderitaan.

    “Ada beberapa sebab. Salah satunya ialah peningkatan pilihan dan peluang untuk melawat tempat-tempat ini kerana tawaran pelancongan yang meluas. Terdapat juga pengaruh daripada peningkatan media yang menumpukan pada pelancongan gelap,” tambah McKenzie.

    Bagi yang berminat untuk menerokai sejarah Titanic, terdapat pilihan pelancongan standard seperti muzium Titanic di Belfast, tempat kapal itu dibina di Liverpool dan pelabuhan terakhir di Cobh. 

    Selain itu, tanah perkuburan di Halifax, Nova Scotia yang menjadi tempat mangsa dikebumikan juga menjadi tarikan pelancong. Di Cape Race, Newfoundland pula, kisah-kisah usaha menyelamatkan mangsa diceritakan di The Myrick Wireless Interpretation Centre.

    Ahli perniagaan di Australia, Clive Palmer juga mempunyai projek tertangguh untuk membina replika bersaiz hidup kapal itu yang akan dikenali sebagai Titanic II.

    Titanic Expeditions

    Kegilaan orang terhadap Titanic termasuklah pakej ekspedisi yang ditawarkan oleh OceanGate Expeditions. 

    Ekspedisi tersebut bernilai AS$250,000 iaitu bersamaan RM1.1 juta. Pakej itu juga termasuk percutian selama lapan hari dan peluang melihat bangkai kapal tersebut dengan mata kepala sendiri. 

    OceanGate mula mengendalikan perjalanan ke Titanic pada 2021. Sekurang-kurangnya, sudah 28 orang melawat bangkai kapal itu dengan syarikat itu pada tahun lepas. 

    Menurut pakar Titanic, Dik Barton, hakikat bahawa terdapat individu yang tertarik dengan tawaran tersebut dan sanggup mempertaruhkan keselamatan hanya untuk melihat bangkai kapal telah mewujudkan permintaan yang tidak sihat untuk merasai pengalaman Titanic.

    “Dunia sedang kemaruk dan obsesi terhadap Titanic ini sangat memudaratkan,” kata Barton.

    Tetapi berikutan tragedi kapal selam Titan yang meletup baru-baru ini, mungkin orang ramai perlu fikir-fikirkan semula pilihan untuk melawat bangkai Titanic. Adakah ia benar-benar berbaloi? – RELEVAN

    featured kapal selam oceangate pendidikan submersible titan titanic
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.