Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidak berpuas hati dengan keputusan SPM? Ini cara memohon semak semula

    Tidak berpuas hati dengan keputusan SPM? Ini cara memohon semak semula

    By Umi FatehahJune 8, 2023Updated:June 8, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tidak berpuas hati dengan keputusan SPM? Ini cara memohon semak semula. - GAMBAR HIASAN ZULHANIFA SIDEK

    BAGI calon SPM 2022 yang berasa kurang berpuas hati dengan keputusan diterima, jangan terus kecewa. 

    Anda masih berpeluang untuk memohon semakan semula keputusan. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa kemungkinan hasil semakan akan menyebabkan risiko markah anda lebih rendah dari sebelumnya atau masih sama.

    Permohonan pula hendaklah dibuat dalam masa 30 hari bermula daripada tarikh keputusan diumumkan iaitu 8 Jun 2023 hingga 7 Julai 2023. 

    Berikut ialah panduan untuk memohon semakan semula keputusan SPM.

    1. Dapatkan borang semak semula/kes T

    Untuk menghantar permohonan, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan borang semak semula/kes T. Borang tersebut boleh didapati di sekolah, Sektor Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dan kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya. 

    Anda juga boleh melayari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) atau aplikasi rasmi eLembaga Peperiksaan (pengguna Android sahaja) untuk memfailkan permohonan secara dalam talian. Selain itu, anda boleh muat turun borang LP/Am 65 Pin 1/2020 di pautan yang tertera. 

    Pastikan setiap maklumat yang diperlukan diisi dengan lengkap dan tepat bagi mengelakkan permohonan ditolak.

    1. Sediakan dokumen-dokumen penting

    Setiap permohonan Semak Semula Keputusan SPM hendaklah disertakan bersama:

    • Dua sampul surat berukuran 11cm x 22cm bernama dan beralamat sendiri dan dilekatkan setem RM1.30. Tulis SEMAK SEMULA SPM di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.
    • Sertakan satu salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

      Untuk kes T (tidak hadir), pemohon perlu menyertakan sekali markah peperiksaan percubaan.
    1. Penghantaran borang permohonan

    Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:

    Pengarah Peperiksaan

    Lembaga Peperiksaan

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Aras 8, Blok E11

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62604 PUTRAJAYA.

    (U.P.: Unit Menengah Atas)

    Sekiranya borang permohonan didapati tidak lengkap atau maklumat yang diisi tidak tepat, ia akan dibatalkan dan dipulangkan semula kepada anda. 

    1. Pembayaran

    Kadar bayaran proses penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah sebanyak RM100 bagi setiap mata pelajaran. Sekiranya pemohon mahu menyemak semula keputusan untuk dua subjek, maka jumlah yang perlu dibayar ialah RM200.

    Sekiranya permohonan dihantar melalui kaedah pos, pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. 

    Pastikan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf dicantum menggunakan dawai kokot pada borang permohonan bagi memastikan ia tidak tercicir.

    Jika borang permohonan dihantar melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan, anda boleh menggunakan kaedah yang sama seperti di atas atau secara wang tunai. Penggunaan cek persendirian adalah tidak dibenarkan dalam mana-mana situasi permohonan.

    Kebiasaannya, keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh LP melalui surat rasmi dalam tempoh dua bulan dari tarikh tutup permohonan. Pastikan anda terus peka dengan pengumuman daripada LP. 

    Menurut LP, apa sahaja keputusan semak semula adalah muktamad. Justeru, sebarang rayuan yang difailkan akan tidak dilayan. – RELEVAN

    Previous ArticleTanda-tanda anda menghidap imposter syndrome
    Next Article 7 rumusan Laporan Analisis Keputusan SPM 2022  

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.