Facebook Twitter
    Trending
    • Rasa diri ketinggalan di belakang?
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    • Jangan cas telefon sebelah bantal!
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026
    • Kerjaya

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kesenian nyanyian rakyat Pahang

    Kesenian nyanyian rakyat Pahang

    By Zubaidah IbrahimMay 18, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BUKU bertajuk Malay Singing in Pahang Villages: Identity and Practice menceritakan mengenai aktiviti kesenian dan nyanyian masyarakat di Pahang.- FOTO OLEH FARIZ RUSADIO

    BERPELUANG melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Belanda merupakan peluang yang sangat bermakna bagi Shafa untuk mengangkat martabat kesenian dan kebudayaan bangsa Melayu.

    Pengajian selama empat tahun di Belanda itu menerima biaya daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UM.

    Kajiannya memfokuskan kepada aktiviti muzik dan nyanyian dalam kalangan masyarakat Melayu di Pahang.

    Rentetan daripada kajian tersebut, kini beliau menghasilkan buku bertajuk Malay Singing in Pahang Villages: Identity and Practice yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

    “Buku ini menceritakan mengenai aktiviti kesenian dan nyanyian masyarakat di Pahang.

    “Saya memilih kesenian nyanyian di Pahang kerana negeri ini terkenal dengan lagu-lagu tradisi dan penglipur lara,” katanya.

    Jelas beliau, buku tersebut dibahagikan kepada enam bab. Bab pertama menceritakan latar belakang buku manakala bab kedua pula menerangkan mengenai nyanyian, alat-alat muzik dan bentuk-bentuk seni persembahan pada abad ke-15 hingga ke-19.

    Kajian tersebut merujuk 12 naskah manuskrip Melayu seperti Hikayat Bayan Budiman (1371), Hikayat Raja Pasai (1390), Hikayat Aceh (1625), Hikayat Hang Tuah (1700), Misa Melayu (1780) dan Syair Seratus Siti (1890).

    “Saya dapati terdapat 15 bentuk nyanyian Melayu seperti syair, nazam, pantun dan gurindam.

    “Sebenarnya syair, nazam, gurindam dan pantun sudah tertulis dalam manuskrip Melayu dan ia bukannya perkara baharu,” ujarnya.

    Tambah Shafa, untuk bab tiga hingga enam beliau melihat komuniti muzik di Pahang iaitu melibatkan muzik tradisional, lagu-lagu dialek Pahang dan juga lagu rancak (punk rock).

    Shafa juga mengkaji mengenai pop yeh yeh dan persembahan nyanyian popular. Selain itu, beliau turut melihat kegiatan nyanyian dalam kalangan wanita berusia 60 tahun ke atas.

    “Orang Pahang suka menyanyi, terutamanya nazam berendoi yang dinyanyikan untuk bayi baru lahir dan dikir rebana bagi menghiburkan hati.

    “Oleh itu, saya menyeru orang ramai untuk mendapatkan buku ini yang menceritakan sejarah muzik Melayu yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini,” katanya.

    Orang ramai boleh mendapatkan buku tersebut di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bermula 26 Mei ini pada harga RM60.- RELEVAN

    Previous ArticleShafa’atussara srikandi pejuang syair
    Next Article Bolehkah bakal majikan meminta penyata gaji semasa anda?

    Artikel berkaitan

    Rasa diri ketinggalan di belakang?

    February 3, 2026

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026
    Artikel Terkini

    Rasa diri ketinggalan di belakang?

    February 3, 2026

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.