Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar
    • Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • 10 bandar paling ramai penduduk di dunia
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah
    • Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu
    • 6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus
    • 10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir
    • Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025

      Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

      November 24, 2025

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025
    • Kewangan

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025
    • Pendidikan

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025

      10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir

      November 25, 2025

      Kenali siren banjir

      November 24, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Susah nak buang barang di rumah? Anda mungkin mempunyai kecelaruan tabiat mengumpul

    Susah nak buang barang di rumah? Anda mungkin mempunyai kecelaruan tabiat mengumpul

    By Umi FatehahMay 1, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ADAKAH anda, ahli keluarga atau kenalan mempunyai masalah sukar untuk membuang barang yang sudah tidak digunakan? Ia boleh menjadi pakaian lama, beg kertas beli belah mahupun bekas makanan. 

    Barang-barang tersebut akhirnya disimpan, dikumpul sehingga menjadi longgokan yang memakan ruang di rumah. 

    Keadaan ini dipanggil sebagai hoarding atau tabiat mengumpul. Ia mungkin tidak mendatangkan apa-apa masalah, tetapi sekiranya ia menjadi keterlaluan, itu sudah menjadi salah satu simptom kecelaruan (disorder) sehingga mengganggu rutin kehidupan seharian diri sendiri dan juga orang sekeliling.

    Orang yang mengalami masalah kecelaruan tabiat mengumpul mungkin tidak melihatnya sebagai masalah, jadi usaha untuk memujuk mereka menjadi lebih baik dan dapatkan rawatan mungkin menjadi satu cabaran.

    Beberapa alasan yang dilontarkan mereka apabila ditanyakan mengapa masih menyimpan barangan yang tidak lagi berguna ialah mereka mungkin akan memerlukannya pada masa akan datang atau tidak mahu membazir kerana percaya ia masih boleh digunakan untuk apa sahaja tujuan.

    Simptom

    Menurut Mayo Clinic, gejala pertama kecelaruan tabiat mengumpul sering muncul semasa lingkungan umur remaja hingga awal dewasa. 

    Ia mungkin bermula dengan menyimpan terlalu banyak barang sehingga secara perlahan-lahan memenuhi ruang kediaman dan sukar untuk dibuang. 

    Semakin menginjak dewasa, individu ini cenderung menyimpan barangan yang mungkin tidak digunakan lagi tanpa mengambil kira nilainya. 

    Seperti yang disebutkan di pengenalan, ia mungkin barang yang remeh seperti beg kertas beli-belah. Menjelang usia pertengahan, tabiat ini boleh menjadi semakin teruk dan semakin sukar untuk dirawat.

    Masalah hoarding berkembang dari semasa ke semasa dan cenderung menjadi tabiat peribadi yang mungkin tidak mahu diketahui oleh orang lain. Mereka mungkin mengelak daripada mempunyai keluarga, rakan termasuk tukang paip di rumah. Selalunya, ia menjadi masalah besar sehingga mengganggu bukan sahaja orang serumah tetapi juga jiran-jiran.

    Simptom kecelaruan tabiat mengumpul yang lain adalah seperti:

    • Merasakan keperluan untuk terus menyimpan barang-barang tersebut dan beremosi sekiranya perlu membuangnya
    • Menyimpan sehingga menjadi timbunan yang memakan ruang
    • Mempunyai masalah untuk mengemas 
    • Terlalu sentimental terhadap barangan yang tidak perlu disimpan

    Kesan

    Tabiat mengumpul yang tidak dapat dikawal menyebabkan beberapa ruang di rumah dipenuhi longgokan barang yang tidak teratur. Misalnya, longgokan surat khabar, pakaian atau barangan sentimental.

    Selain itu, ia juga menyebabkan bilik menjadi semak dan tidak boleh digunakan untuk tujuan asalnya seperti bilik tidur tidak lagi boleh digunakan untuk tidur dan berehat. 

    Bagi individu yang suka mengumpul bungkusan makanan, persekitaran kehidupan akan menjadi kotor dan mengundang masalah kesihatan lain.

    Di samping itu, tabiat ini juga menyebabkan berlakunya konflik dengan orang lain yang cuba mengurangkan atau membuang barangan yang dikumpul. Secara tidak langsung, ia menimbulkan isu perhubungan seperti sengaja mengelakkan diri daripada penglibatan sosial dan masalah dalam pekerjaan.

    Disebabkan tabiat suka mengumpul barangan di dalam longgokan, ia menyebabkan barang lebih penting sukar dicari atau hilang. Kesan-kesan yang disebutkan ini semuanya akan mengeruhkan lagi kesihatan mental seseorang.

    Hoarding bukan hobi

    Jangan terkeliru dengan hobi mengumpul barangan koleksi dengan hoarding disorder. Orang yang mempunyai koleksi seperti setem atau model kereta mainan akan menyusun dan memaparkan koleksi mereka dengan kemas. 

    Koleksi boleh menjadi besar tetapi ia biasanya tidak bersepah. Selain itu, ia tidak menyebabkan ketidakselesaan kepada orang lain dan tidak akan menyebabkan longgokan yang semak.

    Jika anda atau orang tersayang mempunyai kecelaruan tabiat menyimpan, dapatkan nasihat pakar kesihatan mental secepat mungkin. 

    Sesetengah komuniti juga mempunyai agensi yang membantu masalah kecelaruan tabiat menyimpan. Semak dengan kerajaan tempatan atau daerah untuk mendapatkan sumber di kawasan anda.

    Walaupun sukar, jika masalah ini mengancam kesihatan atau keselamatan, anda mungkin perlu menghubungi pihak berkuasa tempatan, seperti polis, bomba atau perkhidmatan perlindungan kanak-kanak dan warga emas. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025

    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    November 28, 2025

    10 bandar paling ramai penduduk di dunia

    November 27, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

    November 27, 2025

    Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

    November 26, 2025

    6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

    November 26, 2025
    Artikel Terkini

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025

    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    November 28, 2025

    10 bandar paling ramai penduduk di dunia

    November 27, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

    November 27, 2025

    Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

    November 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.