Facebook Twitter
    Trending
    • Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya
    • 3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka
    • Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026

      3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

      March 19, 2026

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Selesaikan hutang 10 tahun sebelum bersara

    Selesaikan hutang 10 tahun sebelum bersara

    By Zubaidah IbrahimFebruary 9, 2023Updated:February 9, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MENJALANI kehidupan bersara dengan tenang dan bebas hutang menjadi impian semua orang. – GAMBAR HIASAN/ TIRACHARD (FREEPIK)

    USIA emas sepatutnya menjadi masa terbaik untuk berehat, beribadah, meluangkan masa bersama keluarga tercinta, bercuti dan melakukan apa jua hobi yang diminati.

    Namun, perkara itu hanya menjadi angan-angan apabila ada yang terpaksa bekerja keras selepas bersara untuk menyara hidup dan juga melunaskan hutang piutang sehinggakan tiada istilah waktu rehat.

    Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pada umur 30 tahun rakyat Malaysia sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya RM29,000 dalam akaun KWSP. KWSP juga mengumumkan kenaikan simpanan minimum yang dicadangkan adalah sebanyak RM228,000 untuk ahlinya menjelang umur 55 tahun, berbanding jumlah minimum yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM196,800.

    “Simpanan asas merujuk kepada jumlah yang dianggap mencukupi bagi menampung keperluan persaraan asas ahli KWSP selama 20 tahun, bermula umur 55 hingga 75 tahun sejajar dengan jangka hayat kebanyakan rakyat Malaysia.

    “Kuantum baharu ditanda aras dengan pencen minimum bagi kakitangan sektor awam yang dinaikkan daripada RM820 kepada RM950 sebulan daripada umur 55 hingga 75 tahun,” kata KWSP.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah – Relevan

    Menurut Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali, kita boleh bersara dengan tenang sekiranya wang persaraan itu dirancang dengan baik.

    “Pekerja swasta yang memperoleh sejumlah besar wang KWSP ketika mencapai umur persaraan sepatutnya merancang wang tersebut dengan teliti untuk kehidupan 20 tahun selepas itu.

    “Berdasarkan kajian yang dijalankan, kebanyakan orang akan menghabiskan wang persaraan KWSP itu dalam masa tiga tahun jika tidak diurus dengan baik.

    “Sepatutnya wang tersebut tidak dihabiskan sekali gus, sebaliknya dilaburkan seperti dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Lembaga Tabung Haji (TH) yang mana duit dividen itu boleh digunakan untuk menampung kehidupan,” katanya kepada Relevan.

    Beliau menasihatkan para pesara agar memilih pelaburan yang berisiko rendah seperti ASB dan TH.

    Jangan sesekali menggunakan wang KWSP itu untuk melabur dalam skim pelaburan cepat kaya, buat perniagaan tanpa ilmu dan apa juga pelaburan yang berisiko tinggi.

    Sangat penting untuk kita membuat bajet persaraan supaya kehidupan bersara dapat dilayari dengan tenang dan menikmati benih yang ditabur. “Kita tidak boleh bergantung harap kepada anak-anak ketika bersara kelak kerana mereka juga mempunyai kehidupan berkeluarga dan masing-masing menanggung komitmen kewangan.

    “Saya khuatir sekiranya jumlah pesara yang tidak berkemampuan akan meningkat sehingga menjadi gelandangan dan memaksa kerajaan membuat penempatan khas untuk mereka tinggal di situ.

    “Semoga perkara tersebut tidak berlaku. Setiap daripada kita perlu ada kesedaran dari sekarang untuk mempersiap kehidupan bersara yang lebih baik,” ujarnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 tanda anda masih belum bersedia untuk bersara – Relevan

    Tambah beliau, sepatutnya 10 tahun sebelum bersara kita sudah mula selesaikan hutang dan jangan buat hutang baharu supaya dapat menikmati kehidupan bersara dengan tenang.

    Sementara itu, beliau turut kongsikan lima perancangan kewangan persaraan yang boleh kita mulakan dari sekarang.

    1. RANCANG WANG PERSARAAN

    Kita perlu merancang wang persaraan dengan baik seperti hendak digunakan untuk apa dan melabur di mana? Ini supaya wang persaraan tidak habis begitu sahaja tanpa hala tuju yang jelas.

    2. SIMPANAN TAMBAHAN PERSARAAN

    Selain mengharapkan wang persaraan dan KWSP, orang ramai juga boleh membuat simpanan di Skim Persaraan Persendirian (PRS).

    Ia adalah satu skim pelaburan dan simpanan sukarela yang diuruskan oleh syarikat swasta. Menariknya, sesiapa yang membuat simpanan PRS akan menikmati pelepasan cukai sehingga RM3000.

    3. PEMBIAYAAN PELAN TAKAFUL

    Orang ramai perlu memiliki perlindungan takaful untuk menampung perubatan sejak usia muda sehingga bersara.

    Namun, harus diingat ketika usia persaraan harga pelan takalful akan naik. Perlindungan takaful ini akan membantu meringankan beban anda untuk membayar kos perubatan.

    4. SELESAIKAN HUTANG SEBELUM BERSARA

    Hutang besar seperti rumah dan kereta perlu mula diselesaikan 10 tahun sebelum bersara. Ini bertujuan memastikan kita bebas hutang setelah bersara.

    Seeloknya, hanya 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan gaji diperuntukkan untuk membayar hutang perumahan setiap bulan. Jika lebih ia akan membebankan kita.

    5. BUAT BAJET TAHUNAN

    Bajet tahunan berasaskan nilai bersih (net worth) sangat penting untuk kita lihat berapa banyak hutang, aset dan nilai kekayaan setiap tahun.

    Dari situ kita boleh tahu status kewangan semasa, menilai kelemahan dalam perancangan kewangan dan mencari solusi.

    Kita akan dapat lihat trend seperti peningkatan aset, peningkatan liabiliti atau peningkatan perbelanjaan dan trend pendapatan.

    Secara umumnya, aset perlu lebih besar dari liabiliti dan pendapatan mesti lebih besar dari perbelanjaan.

    Sebagai contoh, apabila hutang dilihat semakin bertambah, kita akan mencari solusi untuk mengecilkan saiz hutang dan mencari alternatif menambah pendapatan bagi membayar hutang-hutang tersebut.

    Bajet tahunan itu juga perlu melibatkan anak-anak supaya mereka dapat melihat status kewangan keluarga serta belajar menguruskan kewangan. – RELEVAN

    Previous ArticleBahana anak muda tolak pelajaran
    Next Article 9,892 kes aktif Covid-19 dilaporkan setakat semalam

    Artikel berkaitan

    Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

    March 19, 2026

    3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

    March 19, 2026

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026
    Artikel Terkini

    Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

    March 19, 2026

    3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

    March 19, 2026

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.