Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Diisytiharkan bankrap? Berikut merupakan cara untuk mendapat pelepasan bankrap

    Diisytiharkan bankrap? Berikut merupakan cara untuk mendapat pelepasan bankrap

    By Umi FatehahDecember 6, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Diisytiharkan bankrap? Berikut merupakan cara untuk mendapat pelepasan bankrap. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    BANKRAP  merujuk kepada proses yang mana seorang penghutang diisytiharkan sebagai muflis melalui perintah mahkamah atas petisyen pemiutang atau petisyen penghutang sendiri. 

    Segala harta kepunyaan penghutang bankrap yang tidak bercagar menjadi hak Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). 

    KPI juga bertanggungjawab untuk menghasilkan semua harta tersebut dan hasil jualan harta akan diagihkan kepada pemiutang yang telah memfailkan borang bukti hutang dan bukti hutang tersebut telah menerima perakuan KPI.

    Menurut laporan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), sebanyak 271,554 kes kebankrapan telah dilaporkan setakat tahun ini sehingga September 2022 berbanding keseluruhan 2021 dengan 289,766 kes.

    Secara keseluruhannya, jumlah kes kebankrapan yang dilaporkan bermula pada 2018 sehingga kini menunjukkan aliran penurunan jumlah kes.  

    Berdasarkan statistik yang dikongsikan, antara punca-punca kebanyakan rakyat malaysia diisytiharkan bankrap dari 2018 sehingga 2022 adalah disebabkan pinjaman peribadi dengan catatan kes tertinggi iaitu sebanyak 20,190 kes.

    Seterusnya, sewa beli kenderaan dengan 6,964 kes dan pinjaman perniagaan dengan 6,646 kes. Selain itu, pinjaman perumahan juga menjadi punca kebankrapan dengan 4,566 kes dan hutang kad kredit dengan 3,908 kes.

    Bagi rakyat Malaysia yang telah menerima notis kebankrapan, terdapat beberapa cara untuk mendapatkan pelepasan daripada status bankrap.

    • Perintah Pembatalan di bawah seksyen 105 Akta Insolvensi 1967

    Individu yang diisytiharkan bankrap perlu memfailkan permohonan ini ke mahkamah setelah semua tuntutan hutang telah dibayar sepenuhnya melalui KPI. 

    Setiap hutang perlu dijelaskan kepada pemiutang-pemiutang serta menampilkan bersama bukti pembayaran hutang, fi dan kos pentadbiran kes.

    Mahkamah akan membatalkan kes kebankrapan apabila mahkamah telah meneliti dan berpuas hati bahawa setiap hutang telah diselesaikan sepenuhnya.

    • Pelepasan Melalui Perintah Mahkamah di bawah seksyen 33 Akta Insolvensi 1967

    Individu boleh memfailkan permohonan ini kepada mahkamah pada bila-bila masa selepas perintah kebankrapan dikeluarkan. 

    Mahkamah akan meneliti laporan yang diberikan oleh KPI berkaitan sikap dan kelakuan individu yang diisytiharkan bankrap sepanjang tempoh pentadbiran kebankrapan.

    Mahkamah juga akan memutuskan sama ada memberi pelepasan mutlak, pelepasan bersyarat atau menolak permohonan pelepasan yang difailkan bergantung kepada beberapa sebab tertentu.

    • Pelepasan Melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi di bawah seksyen 33A Akta Insolvensi 1967

    Individu bankrap dibenarkan memohon pelepasan bankrap melalui Sijil Pelepasan KPI sekiranya tempoh lima tahun bankrap telah tamat dari tarikh perintah kebankrapan.

    Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh KPI sebelum diberikan pelepasan. Faktor-faktor tersebut ialah alasan permohonan, peratusan dividen yang boleh dibayar, kerjasama dan sikap individu sepanjang pentadbiran kes dan kepentingan pihak pemiutang.

    Tetapi, KPI boleh melepaskan empat kategori bankrap tanpa bantahan daripada pemiutang di bawah seksyen 33A yang dibaca bersama seksyen 33B(2A). Empat kategori tersebut ialah:

    a.  Bankrap atas alasan menjadi penjamin sosial

    b. Individu bankrap didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008

    c. Individu yang menerima perintah bankrap telah meninggal dunia 

    d. Individu bankrap menghidap penyakit serius yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan

    • Pelepasan Automatik di bawah seksyen 33C Akta Insolvensi 1967

    Melalui pindaan Akta Insolvensi 1967 yang berkuat kuasa pada 6 Oktober 2017, individu yang menerima perintah bankrap boleh memohon untuk dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pemfailan Pernyataan Hal Ehwal (PHE) dengan syarat-syarat tertentu. – RELEVAN

    bankrap featured kewangan

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.