Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sering digigit nyamuk? ini sebabnya anda ‘magnet’ nyamuk

    Sering digigit nyamuk? ini sebabnya anda ‘magnet’ nyamuk

    By November 16, 2022Updated:November 30, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ADA diantara kita yang sangat disukai nyamuk sehingga sering menjadi mangsa gigitannya sedangkan orang yang berada berdekatan individu tersebut tidak pula menarik minat penghisap darah itu.

    Menurut Sciencedaily, nyamuk akan memburu manusia dengan menjejaki hembusan pernafasan, haba badan dan bau badan, tetapi sesetengah daripada kita adalah ‘magnet’ nyamuk.

    Antara teori popular yang menjadi sebab seseorang itu menjadi kesukaan nyamuk ialah jenis darah, paras gula dalam darah, makan bawang putih atau pisang, wanita dan kanak-kanak.

    Sehubungan itu, perkara tersebut telah menarik minat Leslie Vosshall dan dan Maria Elena De Obaldia untuk meneroka teori terkemuka yang menjadi punca tarikan nyamuk iaitu variasi bau individu yang berkaitan dengan mikrobiota kulit.

    ARTIKEL BERKAITAN: Makanan yang perlu diambil dan dielakkan ketika dijangkiti Covid-19 – Relevan

    “Kajian ini juga mendapati bahawa asid lemak pada kulit boleh menghasilkan minyak wangi yang memabukkan dan boleh menentang nyamuk.

    “Terdapat perkaitan yang sangat kuat antara mempunyai kuantiti asid lemak yang banyak pada kulit dan menjadi magnet nyamuk,” kata Vosshall yang merupakan Profesor di Universiti Rockefeller dan Ketua Pegawai Saintifik Institut Perubatan Howard Hughes.

    NYAMUK akan memburu manusia dengan menjejaki hembusan pernafasan, haba badan dan bau badan, tetapi sesetengah daripada kita adalah ‘magnet’ nyamuk.-FOTO OLEH PIXABAY

    Dalam kajian tiga tahun itu, lapan peserta diminta memakai stoking nilon di lengan dan dimasukkan ke dalam satu ruang dengan setiap kawasan itu dihubungkan kepada dua tiub yang mana di situ tersimpan nyamuk.

    Mereka meletakkan nyamuk Aedes Aegypti, spesies vektor utama untuk zika, denggi, demam kuning dan chikungunya.

    “Kami mendapati nyamuk-nyamuk tersebut berkerumun ke arah subjek 33, sesuatu yang luar biasa sedang berlaku.

    “Perkara ini membuatkan saya berasa sangat teruja sebagai seorang saintis,” ujar Vosshall.

    Penyelidik menyusun peserta bermula dengan yang mempunyai tinggi daya penarik kepada paling rendah dan kemudian mengenal pasti apa yang membezakan mereka.

    Mereka menggunakan teknik analisis kimia untuk mengenal pasti 50 sebatian molekul yang ditambah ke dalam sebum (penghalang pelembab pada kulit).

    Dari situ, mereka mendapati bahawa peserta yang ‘magnet’ nyamuk menghasilkan asid karboksilik pada tahap yang lebih tinggi. 

    Bahan-bahan ini berada dalam sebum dan digunakan oleh bakteria pada kulit kita untuk menghasilkan bau badan manusia yang unik.

    Lazimnya, manusia mempunyai dua kelas bau utama yang dikesan nyamuk dengan dua set penerima bau yang berbeza iaitu Orco dan reseptor IR.

    ARTIKEL BERKAITAN: Awas batu karang hempedu, ini punca dan rawatan – Relevan

    Untuk melihat sama ada mereka boleh merekayasa nyamuk yang tidak dapat mengesan manusia, para penyelidik mencipta mutan yang kehilangan satu atau kedua-dua reseptor.

    Mutan Orco kekal tertarik kepada manusia dan dapat membezakan antara magnet nyamuk dan penarik rendah manakala mutan IR kehilangan daya tarikannya kepada manusia pada tahap yang berbeza-beza, tetapi masih mengekalkan keupayaan untuk mencari kita.

    “Salah satu cara yang berpotensi untuk mematikan penjejak nyamuk adalah dengan mengoles sebum dan bakteria daripada kulit orang yang kurang menarik serangga itu.

    “Kami berharap kajian ini akan memberi inspirasi kepada penyelidik untuk menguji spesies nyamuk lain, termasuk dalam genus Anopheles yang menyebarkan malaria,” tuturnya lagi.- RELEVAN

    aedes featured gigit nyamuk

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.