Facebook Twitter
    Trending
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    • Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    • Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025
    • Pendidikan

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah, prinsip asas, dan tokoh utama Parti Sosialis Malaysia

    Sejarah, prinsip asas, dan tokoh utama Parti Sosialis Malaysia

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 16, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PARTI Sosialis Malaysia (PSM) akan bertanding untuk dua kerusi dalam PRU15. - GAMBAR TWITTER PSM

    SEBAGAI parti utama kaum Melayu, parti yang memperoleh kemerdekaan dan menguasai pemerintahan negara selama lebih 60 tahun, politik Malaysia sangat didominasi UMNO.

    Kebanyakan parti politik yang wujud hari ini, termasuk yang membangkang UMNO, merupakan pecahan atau pernah bergabung dengan parti tersebut.

    Gabungan yang menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan PRU15, Pakatan Harapan (PH) juga dibarisi oleh parti-parti yang boleh dikaitkan dengan pemerintahan UMNO sebelum ini, kecuali DAP.

    Kewujudan parti-parti politik yang langsung tidak pernah kena ‘getah’ UMNO tidak banyak dan salah satunya ialah Parti Sosialis Malaysia (PSM).

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, prinsip asas dan tokoh utama parti MUDA

    Sejarah penubuhan 

    PSM didaftarkan secara rasmi sebagai parti politik pada Ogos 2008. Walau bagaimanapun, penubuhan dan usaha pendaftarannya sudah bermula sejak 30 April 1998 lagi. 

    Menurut portal rasminya, SOSIALIS, PSM ditubuhkan oleh aktivis-aktivis yang bergiat dalam gerakan perjuangan rakyat dari organisasi masyarakat sivil (CSO) seperti Suara Warga Pertiwi (SWP), Alaigal dan Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC).

    Aktivis-aktivis tersebut terlibat dalam perjuangan untuk menuntut hak dan membangunkan masyarakat ladang serta peneroka bandar, malah turut membina jaringan bagi menganjurkan perhimpunan Hari Pekerja Sedunia pada 1994. Ia merupakan perhimpunan pertama yang dianjurkan oleh golongan  pekerja sendiri di Malaysia sejak 1 Mei diiktiraf sebagai cuti umum pada 1979.

    Pendaftaran PSM sebagai sebuah parti politik yang layak bertanding dalam pilihan raya dinafikan selama 10 tahun. Dalam tempoh itu, parti tersebut turut mencabar Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia di mahkamah atas penafian pendaftaran tersebut.

    Dalam tempoh dinafikan pendaftaran itu, PSM bertanding dalam pilihan raya menggunakan logo parti politik lain.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gabungan Parti Sarawak

    Prestasi pilihan raya

    PRU10 (1999) merupakan pilihan raya pertama ditandingi PSM melalui calonnya, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj di Parlimen Sungai Siput. Mereka menggunakan logo DAP. 

    DR. JEYAKUMAR 

    Dalam PRU11 (2004), PSM bertanding dua kerusi Parlimen (Sungai Siput, Subang) dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) (Jalong, Bukit Lanjan). Dalam keempat-empat kerusi tersebut, mereka menggunakan logo PKR.

    PRU12 menyaksikan buat pertama kali PSM berjaya menghantar wakilnya ke Parlimen apabila Dr. Jeyakumar mencipta kejutan menewaskan Tun Dr. S. Samy Vellu di Sungai Siput. Beliau menggunakan logo PKR ketika itu.

    PSM turut bertanding di tiga kerusi DUN dalam pilihan raya tersebut, iaitu Semenyih, Kota Damansara dan Jelapang. Di Kota Damansara, PSM berjaya menang melalui calonnya, Dr. Mohd. Nasir Hashim.  Hanya di Jelapang mereka bertanding sebagai calon bebas, dua kerusi lagi menggunakan logo PKR.

    Dalam PRU13, Dr. Jeyakumar mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Siput menggunakan logo PKR. PSM turut kekal menggunakan logo PKR di Kota Damansara namun memutuskan untuk menggunakan logo sendiri di Semenyih dan Jelapang.

    Pada 2018, PSM menyertai PRU14 dengan jumlah kerusi terbesar yang pernah ditandinginya, malah menggunakan logo sendiri dalam semua kerusi tersebut.

    PSM bertanding dalam empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN. Walau bagaimanapun, semua calon PSM tewas dan hilang deposit, termasuk Dr. Jeyakumar yang mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput.

    Dalam PRU15, PSM bertanding dalam satu kerusi Parlimen, iaitu Rembau dan satu kerusi DUN, iaitu Ayer Kuning.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gerakan Tanah Air

    Prinsip asas

    Sesuai dengan namanya, PSM merupakan parti yang memperjuangkan ideologi sosialisme dengan penekanan terhadap sistem ekonomi yang memastikan pengagihan kekayaan yang adil dalam masyarakat yang demokratik dan saksama serta bebas daripada eksploitasi.

    Dalam artikel pengenalan terhadap parti itu di laman web SOSIALIS, terdapat tiga agenda yang diperjuangkan PSM, iaitu:

    • Demokrasi sejati

    Rakyat biasa dapat menyertai sepenuhnya proses menentukan hala tuju masyarakat dan masa depan kehidupan sendiri.

    • Keadilan ekonomi

    Pengagihan kekayaan masyarakat yang saksama supaya segala hasil usaha rakyat dapat dinikmati bersama semua orang.

    • Kelestarian alam sekitar

    Pembangunan masyarakat yang menjamin kesinambungan ekologi alam sekitar supaya generasi akan datang dapat terus hidup dalam persekitaran bumi yang bersih dan selamat.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gabungan Rakyat Sabah

    Dalam artikel sama, PSM turut menyenaraikan 10 perkara yang diperjuangkan parti itu, iaitu:

    • Gaji pekerja yang mampu sara hidup
    • Perumahan untuk semua rakyat. Rumah untuk diduduki rakyat, bukannya untuk keuntungan korporat
    • Cukai lebih tinggi ke atas golongan mahakaya 1 peratus teratas
    • Pendidikan percuma sehingga ijazah pertama
    • Tingkatkan perkhidmatan kesihatan awam. Sekat pembukaan hospital swasta
    • Iktiraf hak tanah adat masyarakat Orang Asli
    • Lindungi hak tanah untuk petani kecil yang menghasilkan bahan makanan demi memperkukuh jaminan makanan negara
    • Pembangunan tenaga boleh dibaharui yang selamat. Tolak pembinaan loji penjana kuasa nuklear
    • Pencen untuk semua warga emas
    • Kembalikan pilihan raya tempatan

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Pakatan Harapan

    Untuk PRU15 pula, PSM menggariskan enam visi alternatif untuk Malaysia, iaitu:

    • Ekonomi untuk ramai, bukan segelintir
    • Perumahan untuk semua
    • Khidmat kesihatan berkualiti dan mampu
    • Hak pekerja dan gaji sara hidup
    • Pendidikan sebagai hak
    • Perubahan iklim dan tenaga boleh dibaharui

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Perikatan Nasional

    Tokoh utama

    PSM dipimpin oleh Pengerusi, Dr. Jeyakumar dan Timbalan Pengerusi, S. Arulchelvan. Jawatan Setiausaha Agung pula disandang A. Sivarajan.

    Antara tokoh lain yang dikenali dalam PSM termasuk:

    • Soh Hook Hwa (Bendahari)
    • Arveent Kathirtchelvan (Ketua Pemuda Sosialis)
    • Bawani KS (Timbalan Setiausaha Agung)
    • Choo Chon Kai (Ahli Jawatankuasa Pusat)
    • Madhavi Madhu (Timbalan Bendahari)
    • Chong Yee Shan (Ahli Jawatankuasa Pusat)
    • Kohila Yanasekaran (Ahli Jawatankuasa Pusat)
    • Karthiges Rajamanickam (Ahli Jawatankuasa Pusat)
    • Rani Rasiah (Ahli Jawatankuasa Pusat)
    • Nalini Elumalai (Ahli Jawatankuasa Pusat)

    -RELEVAN

    featured pendidikan politik PRU15
    Artikel Terkini

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    May 16, 2025

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    May 14, 2025

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    May 13, 2025

    Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

    May 12, 2025

    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    May 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.