Facebook Twitter
    Trending
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    • Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar
    • Organ dalaman paling mudah diserang kanser
    • Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026
    • Pendidikan

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gerakan Tanah Air

    Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gerakan Tanah Air

    By Umi FatehahNovember 11, 2022Updated:November 11, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TUN Dr. Mahathir Mohamad merupakan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Melayu (GTA) yang ditubuhkan Ogos lalu.- GAMBAR KOSMO!

    SEMALAM, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Penaja bagi parti yang baru ditubuhkan Ogos lalu iaitu Gerakan Tanah Melayu (GTA) membentangkan asas parti dan manifesto mereka sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

    Sebelum kita selam dengan lebih lanjut apa yang telah dibentangkan semalam, Relevan ceritakan dahulu sejarah penubuhan dan asas parti komponen di bawah GTA.

    Sejarah penubuhan

    GTA diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Dr. Mahathir. Penubuhan parti ini dengan rasminya diumumkan pada 4 Ogos 2022.

    Menurut Dr. Mahathir, penubuhan GTA adalah untuk menjaga negara supaya aman dan stabil dengan mengurangkan jurang antara kaum ketika  ini. 

    Beliau juga berkata langkah ini diambil untuk selamatkan negara kita, bangsa dan agama. Gagasan yang diasaskan oleh Dr. Mahathir mengumpulkan parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta golongan profesional dan cendekiawan berbangsa Melayu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, tokoh utama dan hala tuju Barisan Nasional

    Dr. Mahathir yang juga pengerusi penaja gagasan baharu itu berkata, asas penubuhan GTA ini bukan bertujuan untuk merampas harta masyarakat bukan Melayu atau menyekat mereka daripada berusaha untuk mendapatkan kekayaan, sebaliknya menyalurkan usaha untuk memperbetulkan ekonomi masyarakat Melayu.

    Sebagai persiapan untuk bertanding dalam PRU15, GTA telah mendaftar sebagai gabungan politik dan menghantar permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 18 Ogos lalu.

    Namun, setakat 26 Oktober, pendaftaran GTA masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan. Menurut Mohd. Nawardi iaitu wakil daripada GTA, masih ada pindaan draf perlu dilakukan membabitkan perlembagaan GTA supaya selari dengan dasar dan undang-undang sedia ada.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Perikatan Nasional

    Walau bagaimanapun, GTA sudah mendapat kelulusan sementara daripada RoS dalam usaha gabungan tersebut turut serta dalam PRU15 nanti.

    Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kelulusan sementara itu bermaksud GTA sudah pun menerima nombor persatuan dan bakal melalui beberapa lagi proses sebelum diluluskan secara rasmi.

    Parti komponen

    Penubuhan GTA dianggotai oleh empat parti iaitu:

    • Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)
    • Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa)
    • Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN)
    • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

    Prinsip asas parti

    Semalam, Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Penaja GTA telah mengumumkan manifesto parti ini yang dinamakan sebagai Agenda Baharu Malaysia bagi PRU15 kali ini.

    Beliau berkata, GTA enggan berjanji ‘bulan dan bintang’ untuk PRU15, sebaliknya berpegang kepada lima prinsip utama sekiranya diberi peluang membentuk kerajaan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Pakatan Harapan

    Berikut merupakan prinsip asas parti:

    • Menubuhkan sebuah kerajaan yang berwibawa dan bertanggungjawab.
    • Menubuhkan sebuah kerajaan yang bebas daripada rasuah
    • Mengamalkan pentadbiran yang berpegang kepada prinsip bersih, cekap dan amanah sebagai teras kepada semua lapisan pentadbiran
    • Memastikan kerajaan yang ditubuh akan menebus kedudukan ekonomi Malaysia serta kembali menjadi ‘harimau Asia’
    • Memastikan kerajaan yang berprinsip, berintegriti dan mempertahankan kedaulatan undang-undang

    Berikut adalah janji GTA untuk PRU15:

    • Bangsa Wibawa

    Pemimpin dan rakyat yang bersih daripada korupsi, politik wang, penyalahgunaan kuasa, diganti kepemimpinan bersih, cekap dan boleh dipercayai.

    • Bangsa Makmur

    Pekerjaan dan pendapatan yang menjamin kehidupan sejahtera. Ekosistem ekonomi dan industri perlu diperbaiki serta diperkasa.

    • Bangsa Berdaulat

    Jaminan kesihatan, pendidikan, jaringan keselamatan, kebajikan, sekuriti serta keselamatan, keterjaminan dan kedaulatan daripada pelbagai aspek.

    • Bangsa Bertamadun

    Memfokuskan pendidikan bagi mencapai potensi pelajar yang sebenar, membangunkan masyarakat dengan nilai hidup dan patriotisme.

    • Negara Moden

    Pemodenan pelbagai sektor negara bagi menyesuaikan dengan kehendak ekonomi baharu dan kehendak kesejahteraan masyarakat.

    • Negara Sejahtera

    Jaringan sosial dan keselamatan rakyat dapat diperkukuhkan terutama kepada kumpulan miskin dan rentan, terpencil, kelainan upaya dan keluarga tunggal.

    • Negara Lestari

    Masa depan yang lebih baik dengan memastikan polisi kelestarian dalam pengurusan alam sekitar, konservasi biodiversiti dan adaptasi perubahan iklim menjadi kepentingan utama.

    Tokoh utama

    GTA diketuai oleh DR. Mahathir sebagai Pengerusi manakala jawatan Timbalan Pengerusi disandang oleh keempat-empat presiden parti komponen GTA iaitu Ustaz Zamani Ibrahim (Presiden Berjasa), Datuk Paduka Ibrahim Ali (Presiden Putra),  Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (Presiden Pejuang) dan Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak (Presiden IMAN).

    Bagi jawatan Ketua Setiausaha, ia dipegang oleh Datuk Wira Marzuki Yahya daripada Pejuang. Bendahari pula disandang oleh Datuk Mohamed Ismail daripada Berjasa.

    Antara tokoh-tokoh lain yang dikenali dalam GTA termasuk:

    • Dato’ Wira Amiruddin Hamzah (Pejuang)
    • Datuk Mohamed Ismail Ibrahim (IMAN)
    • Borhan Ahmad Zakaria (Putra)
    • Dr. Amir Hamzah (IMAN)
    • Azriq Rosman (Berjasa)
    • Datuk Seri Eizlan Yusof (Pelakon)
    • Ahmad Idham Ahmad Nadzri (Pelakon)
    • Azlan Sani Nawawi atau lebih dikenali sebagai Lando (Pelakon)

    – RELEVAN

    Previous Article3,436 kes baharu Covid-19, 8 kematian dicatatkan semalam
    Next Article 7 keadaan ini anda tidak boleh tukar kerja baharu

    Artikel berkaitan

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    April 7, 2026

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    April 6, 2026
    Artikel Terkini

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    April 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.